23 November 2021

Anekdot seorang pekerja #13

Senario 1 : "Boss, saya EL hari nie. Nak uruskan sekolah anak."
Senario 2 : "Boss, saya EL hari nie. Kereta rosak tengah jalan." 
Apa perbezaan antara kenyataan 1 dan 2? Kedua-dua pekerja memohon EL.
Senario 1 sepatutnya tidak berlaku disebabkan urusan sekolah anak telah diketahui in advance dan bukannya adhoc Boleh je mohon cuti rehat dan maklumkan lebih awal kepada boss. Lain pula dengan Senario 2, perkara tersebut bukan dalam perancangan kita.

Emergency Leave atau EL bermaksud cuti kecemasan, saya ulang sekali lagi CUTI KECEMASAN. Biasanya pekerja akan mengambil cuti kecemasan apabila berada di dalam situasi kecemasan seperti kereta rosak, rumah terbakar, banjir dan sebagainya. Cuti kecemasan adalah cuti yang dipohon apabila berlakunya kecemasan atau pekerja tidak dapat hadir ke tempat kerja tanpa dapat memohon cuti sekurang kurangnya sehari sebelum hari cuti tersebut. Cuti akan ditolak dari baki cuti tahunan.

Ramai yang beranggapan bahawa boleh sahaja kalau ambil EL dan normalisasikan EL. Bila rasa takde mood nak kerja, bagitau boss "hari ni saya EL." Ramai yang normalisasikan EL, tanpa sedar pengambilan EL tersebut mungkin akan menyusahkan orang lain. 

Elakkan diri dari selalu mengambil EL. Menormalisasikan EL adalah satu amalan yang tidak sihat. Perancangan cuti boleh dirancang, jadual sekolah anak pun cikgu dah maklumkan lebih awal, begitu juga urusan-urusan lain yang kita boleh rancang atau telah pun diberikan jadual. Jika kita nak bercuti, rancang awal dan mohon cuti rehat. Jangan pulak kita menjadi kominiti pejabat yang menyusahkan orang lain.

No comments: