02 November 2020

Depresi: Bagaimana untuk mengharunginya #4

Salah satu cara untuk mengurangkan kemurungan disebabkan situasi semasa atau personal adalah dengan "retail therapy".

Membeli belah atau "retail therapy" secara amnya sangat membantu di dalam mengatasi kemurungan atau "bad moments/days". Namun, semasa PKP berjalan-jalan di sekitar pusat membeli belah sambil mencuci mata tidak dibenarkan dan hanya dibenarkan membeli barang keperluan sahaja dengan SOP yang ketat. Mengeteh dengan kawan-kawan juga tidak dibenarkan dan ianya terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Perkara yang biasa kita lakukan menjadi perkara yang dilarang di waktu wabak COVID-19 berleluasa dan ada juga yang melanggar SOP serta menerima natijahnya.

Sekiranya membeli belah atau mencuci mata di gedung membeli belah tidak boleh dilakukan semasa PKP, apa yang boleh dilakukan adalah membeli belah secara online. Semakin ramai yang membeli belah secara online mengakibatkan perkhidmatan pos-pos seperti Pos Laju, DHL, JnT dan sebagainya terpaksa bekerja lebih masa menampung keperluan pelanggan yang membeli belah secara atas talian.

Saya juga tidak terkecuali dari menjadi salah satu punca lambakan pos tersebut. 

Retail Therapy - ada yang mengatakan "retail therapy" lebih murah dari berjumpa psikiatri. Kadang-kadang betul dan juga tidak betul. Ianya terpulang kepada barang yang kita beli. Ada kes, masa-masa kemurungan ada yang membeli beg beribu-ribu sedangkan gaji cukup-cukup makan sahaja. 

Retail therapy juga kadang-kadang membahayakan. Ada yang membeli bila sedih dan kadang-kadang yang dibeli itu tidak diperlukan pun.

"I was sad but then I bought something online. I feel better now." – Unknown

Retail therapy is an easing transitions
Kadang-kadang bila kita menghadapi masalah depresi / kemurungan sehingga tidak dapat berbuat apa-apa (blank mind), RT merupakan salah satu cara untuk memindahkan masalah kita kepada yang lain. "Spent hours shopping or browsing the online shopping portal is like therapeutic". 

Saya juga mendapati dengan "retail therapy" ini dapat memindahkan kekusutan minda dalam jangka masa pendek. Gembiranya dan leganya sekejap dan seterusnya minda dapat diatur untuk berfikir dengan lebih rasional. Hampir setiap hari ada sahaja order dibuat. Namun, aktiviti membeli belah tersebut bukan hanya untuk keperluan diri. Dalam masa yang sama, cara ke-3 diaplikasikan. Beli dan beri akan membuatkan kita lebih gembira. Perasaan memberi itu merupakan perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan. Anda memberi sesuatu kepada orang lain untuk digunakan, untuk dimakan, untuk mengurangkan beban orang lain dan dalam masa yang sama juga, untuk menolong diri sendiri.

Walaupun wang ringgit semakin berkurang, namun...masa sukar begini, kadang-kadang kegembiraan itu lebih penting dari wang ringgit. Mendapatkan rasa gembira dan bahagia itu sekaligus dapat mengurangkan kesakitan jiwa yang dihadapi.

Retail therapy ini jika digunakan dengan jalan yang betul akan terbukti membuatkan kita gembira dan bahagia.

Cubalah - sekiranya anda sentiasa membeli belah untuk mengurangkan stress anda, namun sentiasa menyesal atau kemurungan anda semakin meningkat, cuba praktikkan retail therapy tersebut dengan kaedah yang lain. Beli dan Beri. Anda beli barang-barang keperluan rumah dan berikan kepada yang memerlukan. Saya yakin, anda akan berasa satu perasaan yang berlainan berbanding retail therapy yang dibuat untuk diri sendiri.

Setakat ini, ada 4 cara yang telah saya cadangkan berdasarkan pengalaman sendiri di dalam menghadapi kemurungan atau depresi. Depresi yang saya alami tidaklah seteruk mana berbanding sesetengah orang. Saya cepat sedar dari cocoon depresi tersebut dan berusaha untuk mengatasinya dengan cara tersendiri. Setiap hari berperang dengan perasaan dan lebih sukar jika ianya diatasi dengan sendiri.

Jika anda tidak punya kekuatan, carilah bantuan. Bercakap dengan orang yang anda percaya untuk ada bercerita dan mengeluarkan masalah jiwa anda. 

Retail therapy - akan membuatkan anda berasa gembira dengan sementara. Namun, ianya tidak berpanjangan. Ianya mungkin akan dapat membantu anda memindahkan masalah anda secara seketika sahaja. Ianya boleh digunakan di masa-masa anda buntu dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda.

Anda boleh cuba, namun jangan menjadikan ianya satu ketagihan!
Selamat mencuba dan saya doakan anda yang mengalami depresi dan kemurungan dapat mengatasi masalah anda itu. ✌😊

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian.. beli dan beri..saya suka part tu.. mmg dah rajin shopping online.. maklumlah ibu anak empat dan bekerja.. mmg stress.. stress lg bila investment money ditipu org.. moga dipermudahkan urusan. Terima kasih sekali lagi.

Travellingbie said...

Terima kasih kerana membaca. Saya berharap anda terus bersemangat untuk "beli dan beri". Untuk part kewangan boleh rujuk label "kewangan" atau pengurusan kewangan. Labur dengan ilmu, InsyaAllah tidak tertipu. Saya pun ada juga pernah hilang investment money yang telah dikumpul sedikit demi sedikit. Silap pelaburan, ianya hilang sekelip mata. Semoga anda terus semangat untuk berjuang demi anak-anak. FIghting! ;)