"Ada sesuatu yang tidak kena dengan dia." sehingga ada yang mengatakan dia gila. - begitulah selalunya persepsi dan pandangan kebanyakan masyarakat mengenai orang yang murung atau depress lebih-lebih lagi yang parah dan susah untuk diubati.
Bagaimana untuk mengatasi kemurungan dan bagaimana untuk menghadapinya daripada menjadi semakin teruk? Di dalam journal saya yang sebelumnya, telah diterangkan serba sedikit mengenai salah faham kemurungan. Kemurungan ini sebenarnya dan ternyata boleh diubati dan dirawat!
Kita ulangkaji semula langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang yang dalam kemurungan dan depresi:
- Setting up the mind;
- Rethink & Reflect.
Kali ini, saya nak share langkah ke-3 bagaimana mengatasi kemurungan. Ianya mungkin sesuai untuk sesetengah orang dan mungkin juga tidak dan juga, ianya subjektif. Ada orang jiwanya kuat dan berusaha untuk melawan, manakala sebahagian yang lain, jiwa nya lemah dan hanya berserah kepada keadaan dengan mengatakan "itu sudah takdir aku".
Cara ke-3 yang berkesan bagi saya adalah, bantu diri sendiri dengan membantu orang lain. Cara ini bagi saya sangat berkesan.
Bagaimana cara kita membantu orang lain menjadikan ianya dapat membantu diri kita sendiri?
Nampak susah tapi sebenarnya mudah. Nak tahu cerita saya?
One of The secret to happiness is helping others!
We make a living by what we get; we make a life by what we give — Winston Churchill
Kenapa membantu orang lain adalah penting di dalam mengatasi masalah kemurungan?
There is a Chinese saying that goes: “If you want happiness for an hour, take a nap. If you want happiness for a day, go fishing. If you want happiness for a year, inherit a fortune. If you want happiness for a lifetime, help somebody.”
Happiness is found in helping others.
Doing things for others - whether small, unplanned acts or regular volunteering - is a powerful way to boost our own happiness as well of those around us. The people we help may be strangers, family, friends, colleagues or neighbours. They can be old or young, nearby or far away.
Giving isn't just about money, so you don't need to be rich. Giving to others can be as simple as a single kind word, smile or a thoughtful gesture. It can include giving time, care, skills, thought or attention. Sometimes these mean as much, if not more, than financial gifts.
Ya betul = kegembiraan akan dijumpai di dalam kita menolong orang lain yang memerlukan.
Menolong orang lain adalah salah satu daripada cara kita mendidik jiwa bahawa ada orang yang lebih susah dan sukar kehidupannya daripada kita. - hampir setiap hari saya berkata kepada diri saya bahawa ujian semasa PKP tidaklah sesukar mana untuk saya, kerana saya masih punya kerja, masih punya tempat tinggal dan tidak berhujan berpanas berbanding dengan yang tidak punya rumah. Saya masih hidup walaupun sendirian dan saya masih ada wang ringgit untuk membeli makanan. Yang pentingnya, saya masih hidup dan tidak terkena virus COVID19 yang sedang merebak pada masa sekarang.
Di awal-awal PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020, perasaan gembira semacam je bila kene kerja dari rumah. Tak perlu mengharungi kesesakan luar biasa dari rumah ke pejabat setiap hari bekerja. Namun, bila keadaan berlanjutan dan bagi yang tidak biasa duduk diam di rumah, hari ke hari menjadi semakin membebankan dan semakin menyesakkan otak. Kegembiraan sementara itu menjadi suatu perkara yang sangat membosankan sehinggalah meningkatkan tahap stress yang berpanjangan dan akhirnya menyebabkan kemurungan.
Setiap hari saya membina kekuatan dan memujuk diri agar percaya kepada Qada dan Qadar yang Allah SWT telah tentukan dan virus ini juga adalah makhluk Allah SWT.
Sekiranya dilihat dari sudut positif, pandemik ini mengajar manusia bahawa apa sahaja yang dimiliki kita tidak akan kekal lama. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa beringat dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama sekali dari segi kestabilan kewangan. Kita tidak tahu bila kita akan diberhentikan kerja atau bila masanya kita akan meninggal dunia.
Setiap hari selepas bangun tidur, saya setkan minda dengan ayat2 positif, dengan ayat2 peringatan dari Al-Quran dan tazkirah2, walaupun kadang-kadang peperangan menentang minda sendiri itu kadang-kadang tewas.
Dalam situasi Covid-19 pada masa itu, di awal-awal PKP, seruan bantuan untuk yang memerlukan, bantuan untuk para frontliners dan yang keputusan makanan sering dilihat di media sosial, media-media seperti TV dan radio dan sebagainya. Dari situlah saya berazam untuk mengubati masalah saya dengan memberi dan membantu orang lain dengan lebih proaktif.
Banyak cara untuk kita membantu orang semasa wabak Covid-19 ini dan dengan cara membantu orang inilah akan dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kemurungan. Antaranya:
- Membantu para peniaga atau kawan-kawan kita yang berniaga dengan membeli barangan jualan mereka tidak kira apa sahaja seperti makanan, buah-buahan, barang dapur dan sebagainya. Setiap kali ada iklan-iklan meniaga makanan dihantar ke grup-grup taman dan sebagainya, saya usahakan untuk membeli dan kadang-kadang diberikan kepada jiran tetangga dan kawan-kawan;
- Selain membantu para peniaga dengan membeli - bila deliveryman hantar makanan, sekiranya kita mampu berikan upah kepada mereka selain dari harga makanan tersebut. Ada yang diberhentikan kerja dan terpaksa menjadi GrabFoodDeliveryMan or FoodPandaDeliveryMan dan sebagainya. Dari bergaji besar, bila diberhentikan dan terpaksa mencari pekerjaan lain yang lebih kecil gajinya untuk menyara keluarga;
- Membantu menggembirakan hati orang lain. Salah satu cara yang saya lakukan semasa PKP adalah dengan membeli barang secara online ataupun membeli makanan dan terus dihantarkan kepada kawan-kawan dan keluarga sebagai hadiah. Jangan pula kita mengharapkan balasan kerana dengan mengharapkan balasan itu akan menjadikan kita semakin stress. Beri tanpa mengharapkan balasan merupakan salah satu cara untuk mengubat jiwa kita yang sedang kesakitan;
- Sadaqah sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan kita. Sepanjang tempoh pertengahan PKP, saya menemui cara yang agak berkesan untuk mengurangkan kemurungan. Niat di dalam hati untuk bersedekah RM100 sehari, realisasikan niat tersebut dan mohon pada Allah SWT agar sentiasa tenangkan hati dan jiwa saya sepanjang berada di dalam kurungan di rumah. Nampak macam banyak, dan gaji saya bukanlah banyak manapun, cukup untuk keperluan diri sahaja. Akan tetapi ajaibnya sedekah ini, sentiasa membuatkan ianya cukup dan sentiasa ada untuk diberikan RM100 itu kepada orang lain yang memerlukan. Sentiasa bercakap-cakap dengan diri sendiri bahawa, wang ringgit dapat dicari tetapi hati yang tenang itu lebih mahal nilainya dari wang ringgit. Biarpun di pertengahan bulan dan masih belum menerima gaji, aktiviti tersebut diteruskan sehinggalah kerajaan mengumumkan boleh bekerja semua di pejabat dan boleh keluar rumah dengan pelaksanaan PKPB (Bersyarat). Ajaibnya sedekah ini, sungguh luar biasa. Bukan sahaja jiwa menjadi tenang, malahan rezeki sentiasa ada sama ada di dalam bentuk wang ringgit ataupun bentuk yang lain. Sadaqah walaupun sedikit atau banyak, bukan kita yang tentukan sadaqah kita itu diterima. Itu urusan Allah SWT. Yang penting, kita buat dan percayalah lama-lama dan kita dah biasa buat, kalau duit dalam wallet ada RM10, kita akan berikan semuanya kepada yang memerlukan; dan
- Sekiranya kita tidak dapat atau tidak mampu membantu dari segi kewangan - bantulah dari segi tenaga atau fikiran atau idea atau apa sahaja. Sedekahkan apa sahaja yang kita mampu. Jika kita mampu memberi semangat atau motivasi kepada orang lain semasa waktu sukar ini, itu juga merupakan sedekah. Sekiranya kita boleh sedekahkan masa kita untuk orang lain, itu juga sudah dikira sesuatu yang baik.
Semoga Allah SWT sentiasa terima amalan-amalan kita samaada yang nampak atau yang tidak dinampakkan.
Bagi anda yang masih berada di dalam cocoon kemurungan, cubalah idea ke-3 ini. Setiap kali anda merasa jiwa anda kosong dan merasakan diri tidak berharga, SADAQAH lah. Berikan apa yang anda suka kepada orang yang lebih memerlukan. Dengan meletakkan DUNIA itu ditangan dan bukannya dihati juga merupakan salah satu cara bagi kita untuk mendapatkan jiwa yang tenang dan hati yang gembira.
Ibnul Qayyim rahimahullah mengingatkan kita tentang harta
"Saat harta berada di tanganmu dan tidak di hatimu, maka harta itu tidaklah membahayakanmu meskipun ia begitu melimpah. Namun, bilamana harta ada di dalam kalbumu, sungguh itu akan sangat berbahaya bagimu. Meskipun, harta itu sama sekali tidak kau miliki dalam genggaman tanganmu."
Madariju as-Salikin (415/1)
Allahul Musta'aan. Semoga bermanfaat buat semua.
Tunggu tips seterusnya iaitu tips ke-4 bagaimana mengharungi depresi di kala waktu sukar - COVID-19. Peace :)
No comments:
Post a Comment