15 October 2020

Depresi : Kronologi PKP sepanjang tahun 2020


Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh sejarah bagi rakyat Malaysia.

16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan secara rasmi mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh Malaysia di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bagi membendung kes penularan pandemik COVID-19 di seluruh Malaysia. Ianya juga dinamakan sebagai Kuarantin Malaysia. Laluan domestik dan antarabangsa di tutup, syarikat penerbangan menghentikan operasi semerta dan hanya beberapa penerbangan penting sahaja dibenarkan. 

PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020 telah menyebabkan rakyat membuat pembelian panik. Kebanyakan pasaraya di seluruh negara kehabisan sumber produk terutama sekali produk asa seperti tepung, beras, roti dan sebagainya. Perkhidmatan penting sahaja yang beroperasi seperti biasa. Semua perjalanan antara negeri, kecuali perjalanan ke Sarawak tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada pihak polis yang dikehendaki dengan alasan yang sah dalam tempoh kawalan. Penalti sehingga RM1,000 dan/atau sehingga enam bulan penjara bagi sesiapa yang tidak mematuhi peraturan perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan. PDRM dengan dibantu Angkatan Tentera Malaysia digerakkan untuk melaksanakan kawalan pergerakan bagi membendung rakyat bergerak ke sana dan ke mari sepanjang PKP. Semua pusat perniagaan dihadkan waktu perniagaan dan secara tidak langsung sedikit sebanyak menyebabkan ekonomi negara tergugat. Aktiviti pelancongan domestik dan luar negara lumpuh serta merta sepanjang PKP berkuatkuasa.

Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dari beberapa industri terutamanya dari sektor pelancongan, penerbangan, dan perhotelan. Ramai usahawan terpaksa menyesuaikan keadaan perniagaan mereka dengan keadaan semasa. Ada yang terpaksa memberhentikan pekerja atau mengurangkan gaji pekerja untuk meminimakan kos operasi. Ada juga yang terpaksa berpindah kepada pejabat yang lebih kecil atau menutup pejabat masing-masing bagi membolehkan bisnes dapat beroperasi pada kadar minima. Hampir semuanya terkesan dengan pandemik COVID-19 ini sama ada yang berniaga, bekerja sendiri dan makan gaji.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berkuatkuasa mulai 4 Mei 2020 dengan beberapa syarat-syarat baharu. Hampir semua sektor dan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sambil memperhatikan Prosedur Operasi Standard (SOP) perniagaan yang merangkumi penjarakan sosial dan mencatat nama dan nombor telefon pelanggan dan tarikh lawatan mereka. Walaubagaimanapun, perjalanan antara negeri masih dihadkan dan hampir semua rakyat tidak dapat pulang ke kampung halaman semasa Hari Raya Aidilfitri. 

Pada 7 Jun 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan bahawa pada 10 Jun, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang merupakan fasa pemulihan dari pelaksanaan PKP dan PKPB yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Disember 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan semula selama 2 minggu iaitu bermula pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020 memandangkan kes penularan COVID-19 semakin berleluasa berikutan peningkatan kes COVID-19 disebabkan jangkitan terkawal di beberapa penjara di beberapa negeri dan aktiviti-aktiviti Pilihanraya di Sabah yang melibatkan ramai petugas dan ahli politik mendapat jangkitan COVID-19.

OK, berbalik kepada kisah depresi kesan dari PKP seawal Mac 2020. 
Perintah dan Arahan Bekerja dari Rumah telah dikuatkuasakan dan bermulalah sesi kehidupan yang agak stress bagi yang tidak biasa duduk dan bekerja di rumah.Sepanjang tempoh PKP dari Mac sehingga Jun, ramai terpaksa mengadaptasi kepada situasi yang baharu. Situasi yang tidak pernah dan  tidak biasa di hadapi disebabkan COVID-19 ini, dan saya percaya ramai yang menghadapi stress dan depresi, terutama sekali yang telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Bagaimana kita mengharungi ujian ini bergantung kepada kekuatan mental dan jiwa kita sendiri serta persediaan yang telah kita lakukan bagi menghadapi situasi kesusahan tersebut.

Bersambung....

No comments: