Artikel ini mungkin agak panjang. Please take time to read it. TQVM😊
Betul ke orang Malaysia masih dalam "mood happy honey moon, mood festival" dan masih seronok dengan cuti lama atau bekerja dari rumah?
Bila saya perhatikan keadaan di sekitar saya, menjelang perayaan tidak kira situasinya seperti apa, COVID19 ataupun tidak, economic downturn ataupun tidak, masyarakat merayakannya dengan gembira dan berbelanja membeli keperluan perayaan. Hampir setiap malam menjelang raya di kawasan rumah saya, bunyi mercun bom yang dibakar dengan gembiranya seolah-olah membakar duit yang tidak terkira banyaknya. Bagi yang mampu, pembelian barang-barang menjelang perayaan ini memang bagus untuk menjana ekonomi peniaga-peniaga kecil dan besar. Apatah lagi apabila mendapat bantuan dari kerajaan. Ada yang mendapat RM500, ada juga yang mendapat lebih seribu ringgit. Namun perlu diingatkan bahawa bantuan tersebut hanyalah bantuan One-off dan tidak berulang.
Pandemik COVID19 ini telah bermula di Malaysia lebih kurang awal tahun lagi dan sebelum itu kita hanya mendengar wabak tersebut bermula di Wuhan, China dan melarat sehinggalah ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Pelbagai usaha untuk membenteras wabak ini telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dengan jumlah kos yang tidak terkira banyaknya dan sehinggalah hari ini, usaha tersebut masih berterusan.
Bantuan diberikan kepada seluruh rakyat jelata yang layak menerima bantuan, Pelan Ransangan Ekonomi dan pelbagai insentif bantuan kewangan kepada rakyat, peniaga2 dan SMEs telah giat dilaksanakan seawalnya.
Sehingga hari ini, saya melihat prestasi sektor pelancongan menjunam teruk dan terkesan dengan wabak ini. Hotel-hotel sama ada hotel-hotel kecil atau hotel terkemuka tiada penghuni atau hampir tiada yang mendiami bilik hotel tersebut sehingga memaksa pengusaha hotel melaksanakan pemberhentian kerja beramai-ramai ke atas pekerja mereka. Peniaga-peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan sepanjang PKP, ada yang terpaksa menjual aset-aset mereka yang ada di dalam kedai kerana tidak mampu membayar kos operasi dan sewa kedai serta terpaksa memberhentikan pekerja masing-masing.
Pengusaha Air BNB juga turut merasa kesannya. Tiada pendapatan sewaan untuk rumah2 yang dijadikan Air BNB / sewaan. Kemudahan Moratorium bagi semua pelanggan bank yang mempunyai pinjaman perumahan dan kereta selama 6 bulan mungkin akan memberi sedikit nafas kepada pengusaha2 ini untuk membuat perancangan dan mengatur semula kewangan selepas 6 bulan dan seterusnya. Apa yang ditakuti nanti, selepas tamatnya kemudahan moratorium tersebut, peminjam akan mula membayar semula pinjaman. Bagi yang masih punya pekerjaan walaupun ada yang telah dikurangkan gaji mereka, mungkin akan mampu membayar semula pinjaman2 mereka. Bagi yang telah diberhentikan kerja dan terpaksa mencari apa jua kerja untuk menyara kehidupan dan keluarga, besar kemungkinan kereta, rumah dan aset2 yang berkaitan akan mula dilelong dan ramai dijangka akan muflis.
Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2020, sehingga penghujung Julai tahun 2019, kadar pinjaman isi rumah yang tertunggak telah meningkat 4.7 peratus, mencecah RM1,007.4 bilion. Tahun 2020, dijangka pinjaman/hutang isi rumah rakyat Malaysia semakin meningkat dan keupayaan rakyat membayar hutang menjadi semakin rendah. Hutang isi rumah orang Malaysia tinggi dan kebanyakannya mempunyai simpanan yang rendah yang tidak mampu menampung kehidupan sekiranya berlaku pemberhentian kerja dan kecemasan yang lain bagi tempoh 6 bulan atau 1 tahun.
Pandemik COVID19 ini memberi kesan yang amat besar kepada keseluruhan negara-negara di dunia. Kita mungkin bakal menyaksikan peristiwa "The Economic Great Depression" bagi seluruh dunia dan sekaligus "Society Great Depression" di dalam masyarakat yang menjurus kepada jenayah, rompakan, pecah rumah, ragut dan lain-lain lagi.
Bagi yang masih di dalam mood honeymoon, perlu sedar dan bangkit untuk melindungi keluarga anda sendiri dari menjadi mangsa kejatuhan ekonomi yang bakal merudum ini. Duit bantuan atau gaji yang diterima, seboleh-bolehnya digunakan untuk perkara dan pembelian barang-barang keperluan/essential dan selebihnya disimpan atau dilaburkan atau diberanakkan untuk simpanan/kecemasan di masa terdekat ini.
Bagi yang panjang akal dan melihat peluang, inilah masanya untuk menggunakan kemudahan IT dengan semaksima yang mungkin. Anda mungkin akan/boleh meraih jutaan dikala yang lain sedang mengeluh kesempitan hidup dan kekurangan kewangan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjana kewangan melalui teknologi. Belajar ilmu baru dan praktikkan di dalam masa sukar ini. InsyaAllah, disetiap kesusahan itu pasti ada jalan keluar.
Bagi orang perseorangan atau yang ada perniagaan sama ada kecil atau besar, dah mula tengok2kan simpanan anda sekarang ini, sekiranya masih kurang untuk survive 6 bulan sehingga setahun, lupakan honeymoon atau nak berlifestyle ala-ala instafamous atau bersuka-suka semasa PKP dan PKPB ini. Beringat sebelum terlambat dan menyesal di kemudian hari.
LIKE and SHARE it, if you find it beneficial to you and others.
#travellingbie
1 comment:
TQVM follow. Share share lah dengan kawan2 yang lain :D
Post a Comment