“One of the great things about travel is that you find out how many good, kind people there are. People whom you find comfort to travel with, friends whom you can go along with in travelling and appreciate the moment of adventures together and understand each other in good time and hard time. The journey cannot be counted by how much you pay for travelling, but in how many uncounted memories you have with them."
Checkpoint 17 - Jeti Prapat dan Danau Toba
Hari terakhir kami di Medan dipenuhi dengan aktiviti ziarah ke Pulau Samosir di tengah-tengah Danau Toba.
Minum pagi di hotel disajikan dengan pelbagai menu. Tidak lupa juga mencuba minuman jahe dan serai. Air kunyit pun ada. Air-air tersebut bagus untuk mengembalikan kecergasan badan-badan yang keletihan.
Jam 730am, kami sudah daftar keluar dan bergerak ke jeti untuk ke Pulau Samosir. Cuaca agak mendung dan nyaman.
Seawal pagi jam 8am, bot mula bergerak ke Pulau Samosir dan pemandangan Danau Toba dari atas bot sangat mengujakan.
Danau Toba terbentuk dari kejadian letusan gunung berapi beberapa ribu tahun dahulu. Hasil dari letusan tersebut maka terbentuklah Pulau Samosir di tengah-tengah danau Toba. Danau ini memiliki panjang 100km, lebar lebih 30km dengan kedalaman lebih 505 meter menjadikannya antara tasik paling dalam di dunia.
Checkpoint 18 - Pulau Samosir
Perjalanan ke pulau Samosir mengambil masa lebih kurang 40 minit. Setibanya di pulau, kedai-kedai baru sahaja dibuka. Kami terus ke perkuburan Raja Sidabutar Samosir yang terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan tersebut.
Kami diperdengarkan cerita Raja Sidabutar yang terkenal dengan kesaktiannya. Kami memasuki kawasan perkuburan dengan mengenakan "ulos", sejenis selendang sulaman tangan Batak Kota. Selesai semuanya, selendang tersebut dipulangkan kepada penjaga kawasan dan wang titipan dimasukkan di dalam tabung untuk memelihara kawasan sekitar.
Keluar dari kawasan perkuburan tersebut untuk ke jeti, kami melalui kawasan kedai-kedai. Sekiranya masa masih banyak lagi, banyaklah yang akan kami borong. Pelbagai barang dijual di sini dan antara yang menarik adalah cenderamata2, beg hasil tangan, kain sulaman beserta selendang, kain batek, batek lepas serta kain pelikat. Boleh berpinar mata dibuatnya.
psst:: Duit RM boleh diterima di sini :D
Jam 1030am, kami menaiki bot dan tiba di Jeti Prapat jam 11am.
Checkpoint 19 - Bandara Kuala Namu
Seterusnya kami ke destinasi akhir iaitu Bandara Kuala Namu untuk penerbangan balik ke Malaysia. Perjalanan ke Bandara mengambil masa lebih 3 jam dengan jalan yang bengkang bengkok, macet dan macam-macam lagi. Berhenti makan di salah sebuah kedai makan sebelum tiba di Bandara.
Kami tiba agak lewat di Bandara sekitar 330pm dan terus check in.
Semasa berada di tempat menunggu, singgah sebentar di Mart, tak ingat Indomart atau Alfamart. Rezeki kami berjumpa juga akhirnya dengan kuaci Rebo. Apalagi, memborong la di situ walaupun harganya agak mahal. Akhirnya tercapai juga hajat kiriman orang di sana.
Kuaci Rebo - jumpa di Bidadari Hill. Minta izin pada tuan empunya untuk merasa, sedapppp...lemak berkrim dan berperisa green tea. |
Penerbangan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami sampai di KLIA2 sekitar 730pm. Alhamdulillah.
Kepada semua geng travel, terima kasih kerana memilih adventura bersama #travellingbie😘
Keseluruhan kos kasar trip Medan
Keseluruhan kos kasar trip Medan
- Tiket penerbangan 2 hala KL-Medan + Bagasi untuk seorang lebih kurang RM200.00
- Ground tour = RM600.00
- Tidak termasuk shopping
“Travel is very subjective. What one person loves, another loathes.” – Robin Leach
No comments:
Post a Comment