20 December 2017

Travellingbie : Siguniang Day 4

Day 4 - Tea House to Base Camp

It's a beautiful day, MasyaAllah. The sun is rising and the snowflakes are melting, but it was still cold as ice.

Setelah berlalunya malam, maka datanglah siang bagi manusia memulakan penghidupan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;"(QS. Ya-Sin 36: Ayat 38)

Cuaca masih lagi sejuk walaupun matahari memancar bersinar. Kuda-kuda sudah setia menunggu untuk memberi khidmat. Kalau ikutkan hati, nak je naik kuda sehingga base camp. Tapi kata-kata semangat dari setiap ahli kumpulan dikumpulkan masuk dalam uncang semangat untuk teruskan perjalanan mendaki sehingga base camp yang ketinggiannya melebihi puncak Gunung Kinabalu.

Menurut guide kami, kalau ikut pace team yang paling perlahan, kami akan sampai di Base Camp lebih kurang dalam masa 4 - 5 jam. Selepas sarapan pagi, kami teruskan perjalanan hari ke-4 ke Base Camp dengan doa. 

"Life does not have to be perfect to be beautiful."~uark

Perjalanan hari ini adalah perjalanan yang menaik sehingga 4300++ mdpl. Kami dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa sampai ke Base Camp dikhuatiri akan mudah mengalami AMS.
Kuda-kuda membawa ration makanan, peralatan dan barang-barang kami sepanjang perjalanan.
Allah Swt berfirman di dalam Surah Ghafir: 79-80 yang bermaksud: 
"Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu; sebahagian di antaranya untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan. Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternak itu, dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu; dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal, kamu diangkut."

Di kiri dan kanan pemandangan gunung ganang. MasyaAllah.

“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” - Surah al-Nahl: 15

Sekitar waktu jam 12pm, kami berhenti rehat di tepi trek dengan pemandangan savannah. Rehat makan pack lunch dulu. Menu = nasi goreng + sambal ikan bilis halia pedas berasap. Dengan pemandangan sebegini, makan nasi kosong pun terasa paling sedap
"A simple food with great friends is much more better than the best and expensive food eating alone."~uark
Lepas makan tengahari, kami teruskan perjalanan. Jauh lagi sebenarnya destinasi kami nun di sebelah sana.

"It's ok to go slow, but do not give up."~ uark

Selepas 4 jam berhempas pulas mendaki pada hari ke-2 dari ketinggian 3500++mdpl sehinggalah kepada 4500++ mdpl, altitud menaik lebih kurang 1000mdpl, akhirnya kami sampai di Base Camp. Setibanya di Base Camp, nafas saya terasa pendek, setiap kaki melangkah terasa tersekat nafas tidak sampai ke jantung. Tanpa saya sedari, sebenarnya oksigen level di dalam badan menjunam jatuh teruk kurang dari 50%. Patutla kepada berpusing-pusing, badan terasa lemah dan nafas pendek. Saya ingatkan disebabkan suhu yang terlampau sejuk dan altitude yang tinggi, penyebab kepada kepancitan yang teramat dan sesak nafas serta pening-pening.

Bagi yang ingin mendaki gunung seperti ini, anda mesti bawa bersama Oximetre - alat bacaan oksigen agar anda mengetahui tahap oksigen di dalam badan anda dan seterusnya dapat mengambil langkah seterusnya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Pemandangan di luar dari dalam cabin house.
Rehat sekejap, bila baring terasa makin pening. Harap-harapnya tiada terjadi kecemasan di Base Camp. Sementara saya berehat, ahli pasukan yang lain meneruskan latihan altitud untuk persediaan ke puncak pada awal pagi esoknya.
Magnificient view at Base Camp. The bags were unloaded from horses.
Selepas latihan altitud lebih kurang 2 jam, makan malam disediakan oleh chef d' mission dan ahli, seterusnya kami berehat sebelum misi utama seterusnya. Jam 4 pagi, team akan bergerak naik ke puncak setinggi 5025mdpl.

No comments: