Every time you borrow money, you're robbing your future self. --Nathan W. Morris
Penggunaan kad kredit di dalam perbelanjaan harian masa kini semakin banyak digunakan oleh kita sebagai pengguna. Ada yang menggunakan kad kredit secara bijak. Tahniah untuk anda!. Namun, ramai yang terbabas dan mengalami kemalangan di dalam menggunakan kad kredit sehingga ada yang diisytiharkan muflis. Muda lagi dah ada title Muflis! Kesian....
Apabila seseorang / kita mahu menggunakan kad kredit untuk kemudahan perbelanjaan harian, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat permohonan kad kredit. Yang nie kene tanya diri sendiri dahulu, untuk mengelakkan anda mendapat title Muflis dikemudian hari:
- Adakah anda dapat membayar semua perbelanjaan yang menggunakan kad kredit tersebut. Contoh: Bulan Ogos, perbelanjaan RM1000, dan anda membayar RM1000 sebelum tarikh akhir pembayaran; dan
- Adakah anda dapat mengawal keinginan untuk berbelanja lebih dari pendapatan anda?
Sekiranya jawapan kepada 2 soalan tersebut adalah YA, silakanlah untuk membuat permohonan kad kredit kerana anda mungkin akan mendapat banyak faedah dengan penggunaan kad tersebut.
Never spend your money before you have it. --Thomas Jefferson
Sekiranya jawapannya adalah TIDAK, elakkan memohon kad kredit kerana ianya bakal memberi cetusan kepada masalah kewangan yang lain atau lebih dikenali sebagai "Snowball Effect".
Tanya lagi soalan - "Kenapa anda perlukan kad kredit?"
Sekiranya jawapan anda - "Kerana orang lain punyai kad kredit dan ianya nampak hebat dan cool.!" = Anda boleh jadi antara orang yang tidak COOL di dunia dan mungkin juga salah seorang yang tidak bijak walaupun anda punyai Degree atau Master atau PHD.
Dengan cabaran ekonomi masa kini yang tidak menentu, "Cash is King". Keperluan berhutang perlu dielakkan. Bukan sahaja hutang kredit kad, hutang ansuran seperti pembelian perabot, barangan elektrik, keperluan rumah yang lain, smartphone (ini pun nak berhutang ke?) amatlah sangat sangat dielakkan.
Kita perlu bijak di dalam membezakan hutang baik dan hutang jahat. Dan kad kredit adalah salah satu daripada hutang jahat yang perlu kita elakkan.
"Too many people spend money they earned..to buy things they don't want..to impress people that they don't like." --Will Rogers
No comments:
Post a Comment