16 August 2017

Kewangan : Anda ada Kad Kredit? - Dapatkan 10 tips untuk Memaksima Faedah Kad Kredit anda

Anda mempunyai kad kredit? Sekiranya ada, Tahniah bagi anda yang bijak di dalam pengurusan kewangan dengan menggunakan semaksimanya kelebihan kad kredit yang anda ada. Bagi yang tidak pandai menguruskan penggunaan kad kredit anda dan acah-acah tunjuk kaya, malangnya hidup anda.

“When you get in debt you become a slave.” -Andrew Jackson
https://www.thebalance.com
Kad Kredit boleh menjadi satu alat untuk anda mendapatkan faedah-faedah yang ditawarkan seperti kelebihan mata ganjaran sehingga 7x apabila anda membeli tiket penerbangan, 5% atau 7% cashback bagi pembelian petrol atau barangan dapur di hypermarket dan sebagainya. Di dalam anda berbelanja, anda mendapat faedah maksima yang ditawarkan oleh pihak bank.

“A man in debt is so far a slave.” -Ralph Waldo Emerson

Walaubagaimanapun, anda perlu bijak di dalam memilih kad kredit untuk mendapat faedah yang maksima. Lihat dan kaji dulu trend perbelanjaan anda dan kecenderungan anda. Sekiranya anda seorang yang suka travel, mungkin kad kredit yang menawarkan kelebihan kepada travellers, yang menawarkan perlindungan insuran perjalanan, lebih mata ganjaran untuk pembelian tiket atau perbelanjaan di luar negara, mata ganjaran untuk penempahan tempat penginapan dan sebagainya sesuai untuk anda seorang travellers.

Anda boleh merujuk tips-tips di bawah bagi maksimakan kad kredit anda:
  1. Selaraskan keperluan dengan tawaran dari pihak bank - contohnya, sekiranya anda berbelanja lebih untuk "travelling" dan petrol, anda boleh memilih kad kredit yang menawarkan kelebihan utama kepada travellers seperti anda. Begitu juga yang lebih cenderung kepada perbelanjaan dapur, anda boleh dapatkan kad kredit yang sesuai dengan keutamaan anda. Rugi sekiranya anda mempunyai kad kredit yang tidak dapat memberi faedah maksima kepada anda sebagai pengguna;
  2. Antara Cashback dan Reward points, yang mana lebih menguntungkan? - bagi saya, Cashback lebih menguntungkan. Contoh: Perbelanjaan bulan Ogos adalah sebanyak RM1500 dengan kad kredit tersebut. Cashback anda adalah 5% atau 7% dari perbelanjaan anda. Paling rendah, kita ambil cashback sebanyak 5%. Dari perbelanjaan tersebut, anda akan mendapat cashback sebanyak RM75 dan biasanya akan ditolak dari outstanding bulanan anda. Secara amnya, anda hanya perlu membayar hutang kad anda sebanyak RM 1425 setelah ditolak cashback anda itu.
  3. Buat perbandingan - yang nie kena rajin sikit untuk buat perbandingan kad kredit yang ditawarkan oleh kebanyakan bank. Pilih kad kredit yang paling menguntungkan anda.
  4. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 1 kad kredit, buat perbandingan dan batalkan kad kredit mana yang kurang menguntungkan.
  5. Sekiranya anda memilih kad kredit - "reward points", ketahui bila mata ganjaran kad kredit anda itu akan tamat. Rugi sekiranya terlepas untuk menebus balik mata ganjaran tersebut.
  6. Pilih kad kredit yang mengecualikan yuran tahunan. Sekiranya ada caj yuran tahunan, anda perlu rajin untuk mengemukakan permohonan pengecualian yuran tahunan dari bank. Sebelum dikenakan caj yuran tahunan, biasanya saya akan mengemukakan permohonan kepada bank untuk pengecualian tersebut dengan memberi alasan bahawa saya merupakan seorang "good paymaster" dan telah lama menggunakan perkhidmatan dari bank tersebut. Sekiranya permohonan saya itu tidak diluluskan, saya akan membatalkan perkhidmatan kad kredit tersebut dari bank. Dan bank, seboleh-bolehnya tidak mahu kehilangan seorang pelanggan yang baik seperti saya yang mempunyai rekod pembayaran yang bagus.
  7. Semak perbelanjaan anda setiap bulan dengan menyemak akaun statement anda secara atas talian ataupun hardcopy (billing statement) dan kenalpasti perbelanjaan yang perlu dan tidak perlu. Dengan itu, anda dapat mengawal perbelanjaan tidak perlu yang menggunakan kad kredit sekaligus melatih anda untuk berdisiplin di dalam perbelanjaan.
  8. Bayar penuh bill kad kredit anda setiap bulan. Apabila bank melihat rekod baik anda itu, pihak bank selalunya akan memberi kemudahan kredit kepada anda dengan lebih mudah kerana anda merupakan seorang pengguna yang sangat bagus. Setiap pelanggan bank akan dinilai mengikut mata kredit (credit rating). Jika anda mempunyai credit rating yang tinggi, anda akan mudah mendapatkan pinjaman lain yang lebih bermanfaat untuk anda dengan kadar faedah yang lebih rendah. Gunakan kelebihan tersebut untuk menjana pendapatan anda dan meningkatkan bisnes anda.
  9. Pastikan kad kredit anda menawarkan perlindungan kepada anda, sama ada perlindungan ketidakupayaan membayar balik kredit anda sekiranya anda menghadapi kemalangan atau kematian, atau perlindungan semasa travel.
“Debt is the worst poverty.” -Thomas Fuller

Kad Kredit bukanlah alat yang jahat seperti mana kebanyakan pengguna melihatnya. Yang tidak pandai menguruskannya adalah manusia yang memegang kad kredit tersebut. Kad kredit hanyalah alat untuk kita menguruskan kewangan kita. Sekiranya kita terjebak di dalam keberhutangan kad kredit yang serius, jangan salahkan kad atau pihak bank pula. Salahkan diri sendiri kerana tidak pandai mengawal perbelanjaan dan berbelanja di luar kemampuan. 

Semoga bermanfaat.

No comments: