Ramadhan hari ke-27 Alhamdulillah
Tanda semakin dekat kita meninggalkan Ramadhan. Aduhaii....sedih rasa di hati bila saat meninggalkan bulan penuh barakah ini.
Di bulan inilah kita seakan-akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Perangai pun baik je kan...:)
Muhasabah diri pada hari ke-27 Ramadhan. Semoga bermanfaat InsyaAllah.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Ayat ini merangkumi pengertian cinta. Percintaan yang membawa kepada ikatan yang terkuat iaitu pernikahan. Pernikahan dalam ertikata menjalin kecintaan dan kerjasama, mendahulukan kepentingan orang lain dan pengorbanan, perasaan tenteram sakinah dan mawaddah, hubungan rohani yang mulia, perikatan jasad yang disyari'atkan, perjalanan mencari redha Allah dan menuju syurga Allah bersama orang yang dicintai.
Bagi kaum lelaki, diciptakan bagi mereka kaum wanita dari jenis yang sama iaitu manusia. Jika kiranya pasangan tersebut merupakan jin atau haiwan, maka pastilah tidak akan terjadi kerukunan dan kecenderungan di antara mereka dan tidak akan pula terjadi perkahwinan. Sebaliknya, ia akan bertentangan dan saling berpaling.
Pasangan yang sama jenis iaitu manusia juga merupakan antara rahmat Allah yang sempurna kepada hamba-Nya. Dia menjadikan pasangan dari jenis manusia sendiri dan menjadikan kedekatan hati di antara keduanya rasa kasih (mawaddah) yakni cinta dan rasa sayang (rahmah) belas kasihan.
Dia jadikan di antara keduanya perasaan sakinah, agar perasaan nyaman, tenteram dan tenang kepada yang dicintai.
Dia jadikan di antara keduanya mawaddah - perasaan yang ingin bersatu atau bersama dengan suatu perjanjian yang terkuat iaitu pernikahan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada yang bisa dilihat (lebih indah/lebih baik oleh) orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan."
Allah SWT jadikan di antara keduanya rahmah - kasih sayang dan kelembutan yang timbul terutamanya kerna ada ikatan. Sepertinya cinta antara yang bertalian darah, cinta orang tua kepada anaknya @ sebaliknya.
Dan perasaan cinta itu adalah sebahagian dari ayat-ayat Allah bagi kaum yang berfikir.
Berbuat baiklah dan berbelas kasihanlah kepada pasangan anda. Jangan jadi seperti fatihah dan Airil di dalam Andainya Takdir (walaupun hanya melihat tidak sampai 1 episode, kerna terasa bodohnya diri seorang perempuan apabila melihat watak seorang isteri di dalam drama tersebut diperlakukan kejam oleh suaminya) walau dengan apa sebab sekalipun.
Allahu Ta'ala A'lam
#TafsirIbnuKatsirOnline
#Tafsir
No comments:
Post a Comment