Ramadhan day 23
Semoga kita mendapat nikmat Lailatul Qadr, InsyaAllah
Hati...
kecik je saiz nya
tapi itulah benda yang ada pada kita yang paling susah kita nak jaga
Hati...
Selalu berbolak balik
Tidak tetap pendiriannya
Kadang ke kanan
Kadang ke kiri
Kadang di tengah-tengah
Hati...
Kalau tidak dijaga
Penuh sifat mazmumah
Penuh hasad dengki
Penuh dengan riak ujub dan takabbur
Susahnya menjaga hati
Hati kita...
kadang nak selalu buat kebaikan, tapi selalu jugak hati tersebut mintak perhatian. Kebaikan yang dibuat mahu diberi perhatian dan dihargai. Kiranya tidak mendapat penghargaan, hati berasa kecewa kerana menganggap hasil usaha kebaikan tersebut tidak dihargai. Hati juga terkadang kecewa, kerana perkara yang kita anggap baik, bukan semua melihatnya baik, terkadang perancangan yang kita rancangkan tidak seperti yang dijangka, ada sahaja halangannya. Masa inilah hati dan iman kita diuji dan diberi goncangan dan dibolak balikkan hati itu.
Aduhai hati...bukankah Allah itu ada bersama
Firman Allah SWT bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar" (Al-Bayyinah: 5)
Aduhai hati...susahnya hati kita hendak ikhlas.
Ikhlas adalah umpama semut yang hitam di atas batu hitam di malam yang gelap
- SAIDINA ALI R.A.-
Kalau kita rasa hati kita telah ikhlas di dalam berbuat kebaikan, cuba kita semak adalah tanda-tanda ini ada pada hati kita. Ulama' telah menggariskan TANDA-TANDA IKHLAS itu kepada beberapa perkara sebagai berikut:
- Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun agamanya, terutama sekiranya dia seorang yang berkebolehan. Kerana dia yakin bahawa Allah menerima sesuatu amalan itu berdasarkan batin, dan bukanlah zahirnya semata-mata.
- Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.
- Lebih suka melakukan amalan atau kerja secara sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti. Dalam konteks sebuah organisasi, dia lebih suka menjadi tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada dalam perut bumi, namun dia adalah asas bagi pokok itu hidup, tegak dan kuat.
- Baginya sama sahaja berkerja sebagai pemimpin atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan hadapan.
- Tidak menghiraukan kepuasan hati manusia sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah SWT.
- Suka atau bencinya, memberi atau menolaknya, rela atau marahnya, semuanya adalah kerana Allah SWT dan agamanya.
- Dia tidak bersifat malas, tidak lemah disebabkan perjalanan yang jauh, tidak lambat memetik hasil dan tidak juga lambat mencapai kejayaan.
- Gembira dengan kemunculan orang yang berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya.
Selalulah kita memohon kepada Allah SWT agar hati-hati kita sentiasa ikhlas dan istiqamah di dalam berbuat kebaikan, istiqamah dalam agama, sentiasa di dalam imaan dan Islam.
Allahumma ya muqollibal quluub
Tsabbit quluubana 'ala diinik wa 'ala taa'atik
Ya muqollibal quluub
Tsabbit quluubana bil islam wal iimaan
Allahumma Aameen
Semoga Allah SWT jadikan kita di kalangan Al-Mukhlisin dan kita terus istiqamah dalam mengejar syurga yang Allah SWT janjikan. Aameen
No comments:
Post a Comment