Filem Dangal lakonan hebat Aamir Khan, mencatat jualan box-office pada hari pertama sahaja sebanyak Rs 29.78 crore, lebih kurang RM20 juta.
First they ignore you,
Then they laugh at you,
Then they fight you,
Then you win.
Then they laugh at you,
Then they fight you,
Then you win.
Dangal, bukan sekadar cerita biasa-biasa. Ianya merupakan kisah benar seorang bekas juara gusti negara India yang melatih 2 anaknya menjadi ahli gusti bertaraf dunia dan sekaligus memecahkan stereotaip rakyat India mengenai anak perempuan. Anak perempuan secara tradisinya di India, apabila cukup umur nya disuruh berkahwin dan menjaga keluarga. Belajar tinggi mana pun, apabila berkahwin, perlu menjaga keluarga dan maruah keluarga mentuanya.
Penggambaran diadakan di sebuah perkampungan atau kota kecil di Haryana di mana rata-rata 60% penduduk wanita nya masih buta huruf, kota kecil yang mana 90% perempuan berusia di antara 14-15 tahun sudah mula berkahwin dan berkeluarga, namun keluarga Phoogat ini memecah tradisi yang telah sekian lama ditanam di dalam masyarakat kota kecil ini dan hampir di mana-mana kampung di India.
Mahavir Phogat merupakan seorang juara gusti nasional India yang terpaksa melupakan hasratnya untuk menyumbangkan emas buat negara di dalam acara gusti. Sejak berkahwin, beliau berhasrat untuk mempunyai anak lelaki yang boleh beliau latih menjadi ahli gusti negara sekaligus menyumbangkan emas untuk negara. Namun, keempat empat anaknya semuanya perempuan.
Antara babak menarik antara Mahavir dan isterinya: (lebih kurangla)
“Aku tidak mampu memberimu bayi laki-laki abang.”
“Itu bukan kesalahanmu Daya, dan juga jangan menyalahkan ku. Mereka berdua Geeta dan Babita sangat aku sayangi, tapi hanya anak lelakilah yang mampu mewujudkan impianku.”
Nak dijadikan cerita, Mahavir berpendapat sekiranya beliau tidak mempunyai anak lelaki untuk dilatih menjadi ahli gusti, darah penggusti terdapat di dalam anak-anak perempuannya dan ini terbukti apabila 2 anaknya Geeta dan Babita berjaya menewaskan budak lelaki yang telah membuli mereka. Sejak dari kejadian tersebut, bermula lah latihan untuk Geeta dan Babita di dalam arena gusti. Geeta dan Babita diharapkan menjadi penerus impian dan cita cita ayahnya. Awal latihan memang sukar dan sangat sukar sehinggakan keduanya seolah-olah membenci dan takut pada ayahnya. Namun, apabila keduanya mengetahui hasrat murni ayah mereka dan mendapat sokongan dari keluarga serta penduduk kampung hasil dari kemenangan pertama mereka, Geeta dan Babita meneruskan latihan dan berusaha keras untuk mencapai emas buat negara di Commonwealth.
Sepanjang perjalanan menjadi juara gusti wanita pertama India, pelbagai kesukaran, ranjau dan kesusahan yang keduanya tempuhi, begitu juga dengan ahli keluarga Phogat yang lain. Namun, kerja keras, semangat yang tidak patah dari seorang ayah untuk melatih anak-anak nya menjadi juara dapat dirasai di dalam filem ini.
Anda juga mungkin akan kagum dengan transformasi Aamir Khan di dalam movie ini. Dari seorang yang agak gemuk dan tidak bermaya di dalam kebanyakan babak, kepada seorang yang berotot, sihat dan tegap yang ditonjolkan pada awal babaknya ketika muda. Anda juga mungkin akan bersemangat untuk memiliki susuk tubuh sebegitu.
Dangal, filem lucu yang penuh kasih sayang dan semangat kekeluargaan, semangat keperwiraan, semangat kenegaraan dan pelbagai semangat positif lagi. Wajib ditontoni oleh wanita wanita yang lemah semangat dan merasakan bahawa dunia mereka bergantung sepenuhnya dengan seorang lelaki. Wajib juga ditontoni oleh lelaki yang merasakan mereka hebat, gagah perkasa sedangkan kehebatan seorang lelaki itu terletak limpahan kasih sayangnya pada seorang perempuan bergelar anak, isteri, adik, ibu dan keluarga.

No comments:
Post a Comment