Let your memory be your travel bag.- Alexander Solzhenitsyn
Hari ke-2 destinasi kami adalah Macau.
Sedikit info mengenai Macau / Macao
Macao merupakan salah satu dari dua daerah administrasi khusus dari Republik Rakyat China, selain Hong Kong. Macao atau Macau dikenali sebagai Las Vegas Asia yang terkenal dengan kehidupan malam dan tempat perjudiannya.
Di sebalik kehidupan malamnya, Macau menyimpan pelbagai harta karun arkitektur hasil dari peninggal pemerintahan Portugis yang menduduki Macau selama lebih dari 400 tahun sehinggalah diambil alih China pada tahun 1999.
Sehingga sekarang ini, banyak peninggalan Portugis masih kekal terpelihara di Macau seperti Ruins of St. Paul's, Bulatan Senado, bangunan-bangunan bersejarah yang lain.
Bahasa Portugis masih lagi digunakan di Macau dan tanda nama jalan juga menggunakan bahasa Portugis, selain dari English dan Mandarin.
Di Macau, anda boleh memilih untuk mengambil tour Macau dari agen yang ada di Ferry Terminal. Untuk percutian bajet, kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan shuttle bus yang disediakan. Walaupun bagaimanapun, shuttle bus tersebut tidak ke tempat-tempat pelancongan secara terus. Bus akan berhenti di hotel-hotel sekitar Macau dan anda boleh lah berjalan kaki ke tempat-tempat pelancongan.
Misi kami kali ini adalah untuk melihat runtuhan St. Paul's dan kawasan sekitarnya, City Of Dream - The Venetian dan kawasan sekitarnya.
Since life is short and the world is wide, the sooner you start exploring it, the better!~ Simon Raven
Dari Ferry Terminal, kami menaiki bus ke Emperor Hotel. Setibanya di Emperor Hotel, kami berjalan kaki ke Ruins of St. Paul's dan kawasan sekitarnya. Jauh jugaklah jarak dari hotel ke Ruins of St. Paul's.
Tiada perkhidmatan bas percuma dari terminal feri ke kawasan-kawasan pelancongan. Anda juga boleh berjalan kaki dari terminal ke Ruins of St. Paul's sejauh lebih 2km. Dengan berjalan kaki, baharulah anda dapat melihat kehidupan orang tempatan di sana. Macau mempunyai penduduk yang pelbagai bangsa, budaya dan agama. Sukar bagi anda melihat hanya orang Cina atau Portugis sahaja di sana. Anda bakal berjumpa dengan orang Inggeris, India, Bangladesh, Perancis, Portugal, Indonesia, China, Korea, dan pelbagai bangsa lagi.
Di Macau, anda akan dapati perkhidmatan WiFi terdapat di dalam shuttle bas, dan hotel hotel. Untuk menjimatkan kos anda, gunakanlah WiFi sedia ada yang disediakan. :D
Lawatan ke Ruins of St. Paul's dilanjutkan ke museum; The Fortress; The Museum; sehinggalah ke Largo de Senado.
Dari Largo de Senado, kami berjalan kaki balik ke Emperor Hotel, dan menaiki shuttle bus ke City of Dreams.
Di City Of Dreams, terdapat banyak hotel-hotel bersekali dengan kasino yang menjadi tempat tarikan pengunjung.
Setibanya di perhentian City of Dreams, kami ke Hard Rock Cafe dan Hotel bersebelahan dengannya dahulu untuk membeli souvenir yang dikirim dari kawan.
Anda akan terpesona dengan senibina dan struktur hotel hotel di sini. Mewah dan bergaya. Begitu juga dengan tempat membeli belah yang menyajikan jenama mewah untuk pengunjung yang dari melancong atau berjudi menghabiskan wang mereka di situ.
Di sebelah malamnya, di The Parisian Hotel, Eifel Tower Macau di hadapan hotel bercahaya berwarna warni terang benderang dan sangat meriah. Sambil menikmati makan malam kami juga menikmati suasana malam di sana.
Jam 7malam, kami menaiki shuttle bus dari The Parisian hotel ke Terminal Feri Macau. Tiket feri waktu malam sangat berbeza dengan harga tiket di waktu siang. Sekiranya anda ingin lebih berjimat, beli tiket atas talian di laman web CotaiJet atau TurboJet.
Jam 730 malam, feri kami bergerak ke Hong Kong. Dengan laut yang bergelora, anda mungkin akan mula rasa mabuk dan pening-pening sepanjang perjalanan. Pastikan anda memakan ubat mabuk atau bersedia dengan minyak angin sebelum menaiki feri tersebut, sama ada feri dari Hong Kong ke Macau atau sebaliknya.
Perjalanan dengan feri dari Macau ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 1 jam, dan perlu melepasi imigresen.
Sekiranya anda berhajat untuk menginap di Macau, pastikan anda bersedia membayar kadar hotel yang mahal di Macau. Makanan halal juga mahal di Macau, mahupun di Hong Kong. Serba Serbi mahal :))
Selesai sudah jelajah kami sekitar Macau/Macao. Kami hanya ke tempat yang kami hendak lawati sahaja. Sekiranya anda berhajat untuk ke Macau/Macao, pastikan anda tahu tempat yang hendak ditujui dan dilawati. Jangan bazirkan masa dengan pergi ke semua tempat dalam masa yang terhad. Anda mungkin tidak akan dapat nikmati perjalanan dan lawatan anda itu secara maksima. Take your ample time and enjoy the view.
See the world. It’s more fantastic than any dream made or paid for in factories. Ask for no guarantees, ask for no security.~ Ray Bradbury
Di Macau, anda boleh memilih untuk mengambil tour Macau dari agen yang ada di Ferry Terminal. Untuk percutian bajet, kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan shuttle bus yang disediakan. Walaupun bagaimanapun, shuttle bus tersebut tidak ke tempat-tempat pelancongan secara terus. Bus akan berhenti di hotel-hotel sekitar Macau dan anda boleh lah berjalan kaki ke tempat-tempat pelancongan.
Misi kami kali ini adalah untuk melihat runtuhan St. Paul's dan kawasan sekitarnya, City Of Dream - The Venetian dan kawasan sekitarnya.
Since life is short and the world is wide, the sooner you start exploring it, the better!~ Simon Raven
Dari Ferry Terminal, kami menaiki bus ke Emperor Hotel. Setibanya di Emperor Hotel, kami berjalan kaki ke Ruins of St. Paul's dan kawasan sekitarnya. Jauh jugaklah jarak dari hotel ke Ruins of St. Paul's.
Tak jumpa Prince Charming dekat sini :)) Grand Emperor Hotel |
Di Macau, anda akan dapati perkhidmatan WiFi terdapat di dalam shuttle bas, dan hotel hotel. Untuk menjimatkan kos anda, gunakanlah WiFi sedia ada yang disediakan. :D
Ruins of St. Pauls |
Lawatan ke Ruins of St. Paul's dilanjutkan ke museum; The Fortress; The Museum; sehinggalah ke Largo de Senado.
Museum Macao |
Senibina bangunan di Macau |
Shuttle bus route from Grand Emperor Hotel to The Venetian |
The Venetian |
The Venetian |
The Parisian |
Pintu masuk kasino |
Jam 7malam, kami menaiki shuttle bus dari The Parisian hotel ke Terminal Feri Macau. Tiket feri waktu malam sangat berbeza dengan harga tiket di waktu siang. Sekiranya anda ingin lebih berjimat, beli tiket atas talian di laman web CotaiJet atau TurboJet.
Jam 730 malam, feri kami bergerak ke Hong Kong. Dengan laut yang bergelora, anda mungkin akan mula rasa mabuk dan pening-pening sepanjang perjalanan. Pastikan anda memakan ubat mabuk atau bersedia dengan minyak angin sebelum menaiki feri tersebut, sama ada feri dari Hong Kong ke Macau atau sebaliknya.
Perjalanan dengan feri dari Macau ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 1 jam, dan perlu melepasi imigresen.
Sekiranya anda berhajat untuk menginap di Macau, pastikan anda bersedia membayar kadar hotel yang mahal di Macau. Makanan halal juga mahal di Macau, mahupun di Hong Kong. Serba Serbi mahal :))
Selesai sudah jelajah kami sekitar Macau/Macao. Kami hanya ke tempat yang kami hendak lawati sahaja. Sekiranya anda berhajat untuk ke Macau/Macao, pastikan anda tahu tempat yang hendak ditujui dan dilawati. Jangan bazirkan masa dengan pergi ke semua tempat dalam masa yang terhad. Anda mungkin tidak akan dapat nikmati perjalanan dan lawatan anda itu secara maksima. Take your ample time and enjoy the view.
See the world. It’s more fantastic than any dream made or paid for in factories. Ask for no guarantees, ask for no security.~ Ray Bradbury
No comments:
Post a Comment