“Traveling — it gives you home in thousand strange places, then leaves you a stranger in your own land.” — Ibn Battuta
Day 1 - 5 Januari 2017 KL - Hong Kong
Departure time at 8.45am, ETA at Hong Kong at 12.45pm. However, our flight was a bit delayed. We arrived Hong Kong at 1.00 pm.
Masa di Hong Kong adalah sama dengan Malaysia. Cumanya waktu siang lebih pendek sedikit. Maghrib di Hong Kong adalah pada jam 6 petang.
Setibanya di Hong Kong, kami melepasi pemeriksaan imigresen. Walaubagaimanapun, sewaktu hendak keluar dari lapangan terbang, suhu kami diperiksa oleh pegawai di sana. Barangkali melihat kami berhijab, kerna kami berdua sahaja diperiksa dan pelawat dari negara lain tidak di periksa suhu mereka. Atau mungkin mereka memeriksa secara rawak sahaja terhadap pelawat yang melawat di Hong Kong. But..still, i can consider it as racist.
Di lapangan terbang, kami mencari tempat solat dahulu. "Prayer room" berada di L7 untuk bagi yang berada di Terminal 1. Lapangan Terbang Hong Kong menyediakan tempat solat bagi kedua-dua terminal 1 dan terminal 2. Cumanya tempat solat tersebut tidak diasingkan lelaki dan perempuan. Pandai pandailah nak cover masa ambil wudhu'.
Selepas itu, kami ke kaunter "customer service" untuk membeli Octopus Card di kaunter L5, di kawasan stesen MTR dengan jumlah HKD150. Nilai di dalam kad = HKD100, HKD50 lagi adalah deposit kad tersebut. Octopus Card boleh digunakan untuk pengangkutan awam seperti bas, MTR dan juga boleh digunakan di tempat "tourist spot".
Untuk ke tempat penginapan Orchid Inn, kami menaiki bas ekspress No. 21 dengan kadar HKD33. Perjalanan dari lapangan terbang ke Nathan Road mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Untuk ke Orchid Inn - Pada hentian ke-10, turun dari bas dan jalan ke belakang lebih kurang 200m. Kami akan nampak bangunan berwarna oren = Al Hambra Building. Orchid Inn merupakan penginapan bajet. Tapi tak sangka pulak hotel bajet ini terletak di bangunan flat. Dan di bangunan tersebut rupa rupanya banyak flat yang dijadikan homestay dan hotel bajet.
Kadar hotel = HK253 seorang untuk 2 malam. Bilik di tingkat 10 dan sangatlah kecil. :)) Tanah dan kawasan (space) di Hong Kong adalah sangat terhad. Kebanyakan rumah di sini adalah rumah apartment atau flat.
Jam 4pm sepatutnya kami perlu sampai ke Central Station untuk tour pertama di The Peak Tram, Madame Tussauds dan Sky T
Memandangkan kami sedikit lambat, saya hubungi Klook.com untuk membuat sedikit pindaan masa bagi tour kami. Kami mengubah masa lawatan dari jam 4pm kepada 645pm seperti yang dicadangkan, memandangkan kami tidak sempat untuk mengikuti tour Combo 3in1 The Peak; Madame Tussauds; Sky Terrace pada jam 4pm.
Nasib baik bas ekspress di Hong Kong mempunyai perkhidmatan WiFi.
Selepas rehat sebentar di bilik, kami mula bergerak ke MTR Jordan. MTR Jordan ke MTR Central Station mengambil masa lebih kurang 10minit. Jam 530pm kami sampai di Central Station. Saya mencari cari tempat solat dulu sebelum itu. Di sebelah kiri dan kanan Central Station terdapat bangunan-bangunan pejabat dan tempat membeli belah berjenama. Senang sikit nak cari tempat solat di ruang tangga kecemasan memandangkan tidak ramai pengunjung di situ.
Jam 615pm matahari sudah terbenam dan siang sudah pun melabuhkan tirainya. Kami patah balik menuju Central Station untuk menunggu wakil Klook.com datang. Terdapat beberapa grup bagi sesi lawatan pada jam 645pm, selepas arahan diberi, kami mengikuti wakil Klook.com ke The Tram Peak. Dari Central Station ke The Tram Peak mengambil masa lebih kurang 10min berjalan kaki menaiki bukit. Kos pakej lawatan 3in1 combo = RM135 dibeli lebih awal.
Bangunan bercahaya di Hong Kong apabila menjelang malam
Tips: Sekiranya anda ingin ke The Peak; Madame Tussauds; Sky Terrace, anda boleh membeli tiket secara atas talian bagi mengelakkan anda beratur panjang. Dengan pakej dari Klook.com, anda akan melepasi Q yang panjang dan tidak perlu lama untuk menaiki Tram.
Aktiviti kami untuk hari ini hanyalah di The Peak; Sky Terrace; Madame Tussauds. Madame Tussauds, worth visiting. Pakejkan sekali dengan The Peak dan Sky Terrace. Untuk pakej lebih ekonomikal, anda boleh menempah di www.klook.com dan boleh beli lebih awal.
Pemandangan malam yang indah di Hong Kong - dari The Peak
Angelina Jolie at Madame Tussauds
Mendiang Lady D at Madame Tussauds
Nyorok belakang Aaron Kwok :))
Special guest of the King and Queen of England :))
Berguru dengan IpMan
Madame Tussauds
Kiut nya pakai baju pink :))
Misi hari pertama berjaya. Alhamdullillah. :)
Jumlah kos perbelanjaan bagi trip bajet ini, akan saya simpulkan pada entri terakhir nanti...tungguuu! :)
I never travel without my diary. One should always have something sensational to read in the train. ~ Oscar Wilde
No comments:
Post a Comment