07 December 2016

Refleksi: Tentang Persepsi dan Harapan 2017

Persepsi

Apa yang anda tahu mengenai persepsi? Bagaimanakah persepsi anda tentang seseorang, sesuatu atau kumpulan? Apakah pandangan pertama anda itu merupakan persepsi? Adakah persepsi boleh berada dalam keadaan yang agak lama ataupun akan berubah sekelip mata?
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua - /persépsi/ gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu); pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan ~ masyarakat terhadap isu tsb. mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran ttg sesuatu: Objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.

Kamus Dewan Edisi Keempat pula menafsirkan - (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.

Contoh perbualan:

"Saya nak orang tahu, unit kamu buat kerja."
- Adakah bermakna selama ini, unit tersebut tidak membuat apa-apa yang signifikan ataupun orang yang bercakap tersebut tidak tahu unit di bawah jagaan dia membuat kerja apa? Adakah selama ini, itulah persepsi dia terhadap unit di bawah jagaan nya? 

Memang diakui kekalutan yang dilalui oleh orang ICT tidak dinampakkan melalui kekecohan pergerakan dan sebagainya. Kadangkala keserabutan ICT dan menangani masalah ICT tidak perlu diwar-warkan atau ditunjukkan dengan kekecohan ke sana ke mari. Bila tiada kekecohan dan kebanyakannya solusi nya di depan komputer, orang akan membuat persepsi sendiri bahawa orang IT ni tiada kerja. Selama bekerja di dalam bidang ini, begitulah kebanyakan persepsi yang diterima sehinggalah mereka yang mempunyai persepsi seperti ini memahami dan put their shoes di dalam IT. 
IT bagi mereka yang tidak faham adalah sekadar, memastikan talian Internet berfungsi untuk mereka mendengar muzik atau video secara atas talian, melayari Internet, shopping online, e-mel diterima dan berjaya dihantar. Konfigurasi yang paling senang pun mereka tidak ambil peduli sekiranya berlaku masalah talian dengan anggapan, orang IT boleh selesaikan. Jika tidak dapat diselesaikan, makanya keluarlah ayat-ayat yang sarcastic dari mulut mereka.

"Selama ini orang IT buat apa dekat pejabat? Duduk je mengadap komputer."
"Bende senang macam tu pun tak boleh nak selesaikan ke?"
"buat programming yang senang pun tak boleh buat. Selama nie buat keje ape?"
dan pelbagai lagi yang secara tidak langsung dengan sedikit demi sedikit, ianya menjadi luka yang dalam di dalam hati.
Mengetahui bahawa "Nothing in life comes easy", ya...kami kene ubah persepsi kebanyakan manusia mengenai kerja-kerja IT.

Tugasan kami bagi tahun ini hampir selesai dengan acara puncak yang berlaku semalam. Dengan tugasan multimedia yang diberikan secara adhoc dan tiada storyboard yang lengkap, presentasi tersebut dibuat dengan persepsi sendiri dan mengikut logik akal. Sehari sebelum majlis, semuanya ditukarkan dan diolah semula dalam masa 1 hari sedangkan beberapa jam dari Sabtu dan Ahad telah diluangkan untuk membuat multimedia tersebut tanpa panduan dan hanya mengikut persepsi. Perbuatan dan hasil yang dilakukan dengan persepsi adalah perbuatan yang merugikan masa. Tiada perancangan yang betul, jalan cerita yang dikehendaki tidak dinyatakan lebih awal, bahan-bahan presentasi terhad dan kadang-kadang, ianya antara limitasi untuk tidak dapat menghasilkan yang terbaik. Tanpa maklumat yang sempurna, teknologi juga tidak mampu membantu untuk menghasilkan yang terbaik.

Mungkin niat seorang ketua adalah untuk menonjolkan pasukannya yang kurang menonjol berbanding dengan unit-unit yang lain. Walaubagaimanapun, sebelum meletakkan sesuatu persepsi tersebut, dekati dan fahami "the nature of work" anak-anak buah. Bagi saya, bila tugas telah diberikan dan mereka menjalankan tugasan tersebut sehingga selesai dan dengan cemerlang, itu sudah mencukupi dan jangan lupa berikan pujian dan terima kasih di atas usaha mereka. Tidak perlu menambah perisa dengan ayat-ayat yang terhasil dari persepsi tersebut.

The human mind is magical. - Spesis yang bergelar manusia ini memerlukan dorongan untuk melakukan dan menghasilkan sesuatu dengan luar biasa. Jika berlaku kekerapan di dalam dorongan dan pujian, ianya akan menjadi biasa dan terlalu biasa sehinggakan mereka yang diberi dorongan tidak merasa apa-apa dan kerja / tugasan menjadi rutin buat mereka.

Bila selalu terjadi persepsi yang negatif di dalam persekitaran anda, makanya jadilah kondisi "lantakla apa orang nak kata, asalkan kita tahu kita buat kerja." "asalkan kerja siap dan tak menyusahkan orang lain." "biarlah, asalkan orang yang sama-sama bekerja dengan kita yang tahu kita buat kerja."

"Some workers, they are really good at work. Some...they take credits on others work." ~ uark

Dengan hampir berakhirnya tahun 2016, harapan perlu diteruskan dan usaha perlu dilakukan bagi mencapai harapan tersebut. We will stay humble, but at the same time, we shine in our own way. We will appreciate and acknowledge those people who know how hard we work to make things easy and simplified complicated things at work. 

Saya pernah mengatakan kepada yang berada di bawah seliaan saya. "If you cannot fit in, you opt out. But, if you stuck in between, you have to excel in whatever ways until you find the way out. Jobs and tasks have to be done properly." My team is the best team i have so far. Walaupun ada yang bermasalah, namun ianya tidak menghalang kami menyelesaikan sasaran tahunan yang telah ditetapkan. As families come first, most of them - whenever they have personal or family problems, they make sure their jobs and tasks given completed.

Semoga 2017 yang akan tiba tidak lama lagi, memberi cahaya baru kepada bidang kami.

“My grandfather once told me that there were two kinds of people: those who do the work and those who take the credit. He told me to try to be in the first group; there was much less competition.”– Indira Gandhi

Allahul Musta'aan.

No comments: