24 December 2016

Kewangan :: Menghadapi Cabaran Tahun 2017

Tahun 2016 bakal meninggalkan kita dan 2017 semakin menyapa dan mengalukan kita. Saya percaya, masing-masing telah berusaha untuk merealisasikan impian 2016 menjadi kenyataan dan sedang merencana perancangan bagi tahun 2017. Bagi yang masih belum ada perancangan, rancanglah segera untuk menjadikan impian anda satu kenyataan pada tahun 2017.

Although life might not become more easier for 2017, there are lot of things that we need to revise especially our expenditures.

Currently, Ringgit continues to weaken against US Dollar. Retrenchment activities has been hiked-up and household debts has been increased over this year.

Savings and minimizing our debts are the main concern nowadays and in the future, it might seem overwhelming.
And yet, people still travelling abroad but with less luxury and prefer the backpacking style instead of having a full board package. Travellers are becoming more wiser in savings and spending their money unnecessarily.

Dari segi kembara / jelajah / melancong atau apa sahaja yang anda gelar untuk penjelajahan dan pengembaraan anda di luar zon keselesaan anda, beberapa perkara yang perlu anda ambil peduli dan ambil tindakan untuk merealisasikan impian "places to visit before i die" anda itu. Tips ini juga boleh diambil kira dan digunakan sekiranya anda ingin mengurangkan beban kewangan anda pada tahun hadapan.
  1. Ketahui cara bagaimana anda dapat menjana pendapatan sampingan selain dari menerima gaji anda setiap bulan - belajar sekiranya anda tidak tahu, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu mengenai bidang perniagaan - belajar adalah kata kunci nya. Belajar dari orang yang sudah berpengalaman dan "proven". Kenali bidang perniagaan yang anda ingin ceburi dan sebagainya. Pastikan perniagaan sampingan atau perniagaan baru anda itu berisiko sederhana atau rendah untuk rugi. Jangan bersikap "berniaga hari ini, esoknya untung berjuta-juta." Makanya anda akan terpedaya dengan janji-janji manis penjual skim pyramid, scam, networking dan pelbagai rupa skim cepat kaya. - Get a part time job and be realistic;
  2. Sekiranya anda mempunyai kad kredit, perbelanjaan anda menggunakan kad kredit perlulah dibayar penuh atau lebih dari pembayaran minima. Lebih baik lagi sekiranya anda tidak mempunyai kad kredit sekiranya anda tidak dapat menghindarkan diri dari berbelanja sewenang-wenangnya dengan kad plastik tersebut dan mempunyai habit membayar minima sahaja - Jangan boros dan anda perlu sedar diri;
  3. Dapatkan Perlindungan Insuran - Insuran yang sekurang-kurangnya bila anda telah tiada, dapatlah pampasan tersebut membayar semua hutang-hutang anda, atau perbelanjaan kos perubatan anda. Jangan biarkan diri sendiri menjadi pengemis disebabkan tidak mempunyai simpanan bagi membiayai diri kita sendiri apabila kita tidak mampu untuk menjaga dan membiayai diri sendiri. Serahkan kepada syarikat Insuran yang telah kita bayar untuk menjaga kita sekiranya berlaku apa-apa. Jangan lupa juga, mendapatkannya dari agen insuran yang boleh dipercayai;
  4. Gunakan sepenuhnya "Income Tax Relief" yang telah dimaklumkan oleh Kerajaan. Contoh : sekiranya pelepasan cukai untuk buku sebanyak RM1000 setahun, gunakan sepenuhnya, begitu juga yang lain-lain;
  5. Sekiranya anda mempunyai pinjaman bank atau PTPTN, selesaikan segera. Begitu juga sekiranya anda mempunyai pinjaman dari kawan-kawan atau saudara mara. Selesaikan segera dan jangan bertangguh. Kadang-kadang, ketidakcukupan rezeki anda itu adalah disebabkan sikap bertangguh melangsaikan hutang, waima hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi, hutang PTPTN, hutang mak ayah dan sebagainya;
  6. Amalkan sikap berjimat - bawa bekal ke tempat kerja, elakkan dari berbelanja barang-barang yang telah sedia ada dan tidak perlu, adakan hari yang "A day without spending anything", lepaskan barang-barang anda yang sangat banyak di bilik stor dengan mengadakan jualan garaj atau bootsale atau jualan lelong;
  7. Amalkan tabiat dan habis suka menabung - 1 hari RM1 atau RM2 atau RM5 dan seterusnya, agar duit tersebut boleh digunakan pada waktu kecemasan atau simpanan di masa hadapan. Boleh juga menyimpan secara sistematik dan teratur, jadikan seperti satu permainan bagi anda dan sasaran anda perlu dicapai pada penghujung tahun atau setengah tahun. Buat tabungan yang sistematik dan banyak tips bagaimana untuk menabung dengan 
Reality is, everyone is concern about the financial condition of the country but little we want to change our habit and spending behaviour in order to strengthen our financial conditions from time to time. We keep on complaining about GST's and that raw food, households good, and almost everything become expensive because of the inflation rate is increasing or others.

Stop blaming others and start building the power of savings and invest wisely in our daily life. Our life might get easier and less worry.

Selamat menempuh cabaran tahun 2017. Saya doakan impian dan matlamat anda semua tercapai di penghujung tahun ini dan juga tahun 2017.

Allahu Ta'ala A'lam

No comments: