29 November 2016

Events :: Simposium Hamka 2016

Bagi peminat Buya Hamka, jangan lepaskan peluang ini.
Simposium HAMKA 2016 adalah sebuah acara pertemuan para cendekiawan, ahli akademik dan inteligensia yang akan membincangkan mengenai HAMKA secara tuntas.

"Tokoh Ensiklopedik Nusantara" menjadi tema untuk Simposium HAMKA yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini.

Para penelis akan bergabung selama sehari membincangkan HAMKA dari pelbagai sudut dan naratif yang berbeza.

Antara usul yang akan dibincangkan:
  1. Cara membaca HAMKA pada abad-21
  2. Teriak dakwah masihkah kedengaran?
  3. Martabat Umat Melayu dari perspektif HAMKA
  4. HAMKA: Tokoh Ensiklopedik Nusantara
  5. Bicara HAMKA mengenai wanita
  6. HAMKA seorang filsuf
Kami menjemput anda untuk bersama-sama berkumpul dengan para cendekiawan, ahli akademik dan inteligensia menyertai Simposium HAMKA 2016 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Disember 2016
Masa: 8 pagi - 6 petang
Tempat: Dewan Auditorium German-Malaysian Institute (GMI) Bangi
Yuran penyertaan RM120* atau RM75 akan berakhir pada 4 Disember 2016, pukul 11.59 malam.
*(Kelebihan) yuran RM120 akan menerima 3 buah buku HAMKA

Sebarang pertanyaan,hubungi:
013 652 6033
012 550 4453
atau boleh mendaftar di sini :: http://bookcafe.us7.list-manage1.com/track/click?u=23ca1894c59e90eb128b6d137&id=7deb00eb5c&e=f138130e43

No comments: