28 October 2016

Kewangan : Bajet 2017

Bajet 2017 telah pun dibentangkan. Namun...masih lagi terdengar sayup sayup guruh berdentum. Tema Bajet 2017 kali ini: 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat'

Sekitar hari pembentangan, wall di FB dipenuhi dengan komen komen + dan - dari rakyat.

Wakil wakil rakyat yang hadir semasa pembentangan ada yang tidak berpuashati dan melakukan kebisingan dan kekecohan di dalam dewan.

Belum diambil kira lagi lawak yang tidak perlu dari pembentang. Makin femes - nasi lemak anak dara (betul ke ni gelaran dia)?

Saya mengambil sedikit cebisan dari intipati Bajet 2017 untuk di "highlight"kan. Antaranya:

Seperti biasa, tiada bonus 2017 untuk kakitangan awam sebaliknya digantikan dengan "bantuan khas". Bayaran sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan dan dibayar pada bulan Januari 2017.
GST kekal 6% - barangkali dengan duit hasil GST dapat meningkatkan ekonomi negara dan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur untuk kemudahan rakyat...saya kata barangkali, dan tidak semestinya. Dari koleksi GST tersebut, yang kita amat prihatin adalah bagaimana pengagihan hasil tersebut memberi benefit/faedah kepada rakyat secara keseluruhannya ( implicit or explicit benefit). Setakat 19 Oktober 2016, GST dikutip hampir 30billion.
Kemudahan pinjaman kepada kakitangan awam semakin mudah dan ditambah pula kategori kemudahan pinjaman tersebut. Contoh - kemudahan pinjaman pembelian smartphone sebamyak RM5000 diperkenalkan. Cumanya nak tahula kan, smartphone paling mahal yang ditemui berjumlah lebih kurang RM3000. Ada lagi ke smartphone yang lebih mahal dari RM3000? Bila terdapat kemudahan pinjaman, bermakna kebarangkalian beban hutang akan bertambah juga. Contoh lagi - Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000. Berapa ramai kakitangan kerajaan yang layak mendapatkan pinjaman sehingga RM750 ribu??? Kakitangan kerajaan bakal menjadi penanggung hutang paling ramai nanti dan berkemungkinan yang akan muflis juga ramai apabila percentage jumlah hutang lebih 60% dari gaji bulanan. Macamana la nak bayar perbelanjaan bulanan sekiranya duit gaji dihabiskan untuk membayar hutang jahat. Pandangan saya - perkara yang boleh sangat sangat dielakkan adalah berhutang ke atas perkara yang kita sebenarnya tidak perlukan. Sebelum meminjam, kene tanya diri kita sendiri, "perlukah berhutang untuk membeli smartphone canggih uptodate? sedangkan teknologi smartphone evolve dengan pantas dari hari ke hari. Hari ini anda berbangga dengan smartphone baru anda, esok lusa, anda dapati smartphone anda pula sudah "obselete".
Pinjaman beli motosikal juga dinaikkan dari RM5 ribu kepada RM10 ribu. Motosikal apa yang sampai RM10K? Sekiranya gaji anda RM3K sebulan, adakah anda layak membeli motosikal berharga RM10k. 
Ketika hendak membeli sesuatu atau ingin mendapatkan apa yang anda inginkan dengan berhutang, jenguk jenguklah wallet dan simpanan anda dahulu.
Jangan amalkan "biar papa asalkan bergaya", sebaliknya...amalkan "biar tak nampak bergaya, asalkan duit sentiasa ada."
Cukai peribadi seperti buku/bahan bacaan, internet broadband, peralatan sukan, smartphone, keahlian gymnasium dan pembelian komputer digabungkan perbelanjaan kepada RM2500. Secara peribadi, saya berpandangan adalah lebih bagus lagi sekiranya pelepasan cukai bagi 5 perkara yang digabungkan ini dinaikkan jumlahnya kepada RM5000. - Pembelian buku sangat senang untuk kita capai perbelanjaan sebanyak RM1000. Keahlian gymnasium sekiranya RM100 sebulan, setahun jumlahnya RM1200. Belum lagi pembelian telefon bimbit (smartphone), komputer dan peralatan sukan.
Jumlah BR1M ditingkatkan - BR1M hanya memberi manfaat sementara kepada sebilangan rakyat sahaja dan bukannya semua. Dan golongan ini biasanya masih belum layak dikenakan cukai tahunan. Ada yang menggunakan kemudahan yang diberikan ini untuk membeli smartphone dan dan barang-barang yang tidak mampu mereka miliki atau menyalahgunakan duit tersebut. Bagi saya, ianya satu kerugian, apatah lagi BR1M dinaikkan jumlahnya. Adalah baik sekiranya duit tersebut digunakan untuk maslahat umum dan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat disamping mengurangkan beban kebergantungan rakyat kepada duit BR1M yang bersifat sementara.
Rumah - berita baik untuk pembeli muda dan pembeli pertama. Bagi yang sudah mempunyai rumah lebih dari 1 walaupun rumamh flat sahaja, mungkin tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan untuk pembeli pertama. - RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000 sehingga RM50,000 seunit, dengan kerajaan membiayai RM20,000. - Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran. - Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000. - Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran. - Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan lebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus.

Saya berharap Bajet 2017 kali ini menampakkan sesuatu kepada pembaca. Selamat membaca dan "digest" intipati tersebut. Semoga bermanfaat.

Waste your money and you're only out of money, but waste your time and you've lost a part of your life. ~Michael Leboeuf

No comments: