Sunday, September 11, 2016

Travellingbie : Musafir Jepun Hari 8 - Tokyo Teleport - Odaiba - Gundam - Statue of Liberty - Venus Port - Shinjuku

The gladdest moment in human life, me thinks, is a departure into unknown lands.” – Sir Richard Burton

Hari ke-8 kami, hari Jumaat, misi mencari Gundam. Jauh jugak Tokyo Teleport ni sebenarnya, walaubagaimanapun dekat sikit dengan Haneda Airport.
Kalau dari guesthouse kami, menaiki tren ke shinjuku, tukar line ke JR Line then heading towards Tokyo Teleport. Train fee Gyotoku - Shinjuku 280yen. Shinjuku ke Tokyo Teleport 500yen sehala
Makan??? Bawak bekal..jimat :D

Cuaca panas terik. Alhamdulillah. :) Terbakar lagi muka.

Keluar je dari Stesen Tokyo Teleport, kami keluar ke sebelah bertentangan dengan exit Venus Port. Pemandangan sekitarnya, macam biasa, semua teruja.

Odaiba (お台場?) merupakan pulau jadian ( eh betul ke?? :)) ) atau dikenali artificial island di Tokyo Bay. Asal tujuan pembinaanya pada sekitar tahun 1850an adalah untuk pertahanan (defensive purposes). Sehingga tahun 1990an, ianya mula diperkembangkan menjadi kawasan perumahan, rekreasi dan komersial.

Kalau ke Odaiba, mesti orang cari Gundam :))



Gundam Statue pula terletak di Diver City Tokyo Plaza. Senang je nak cari. Cari tanda nama ke Diver City Tokyo Plaza dan pegi ke aras 2 bersebelahan dengan Cafe Gundam dan Gundam Statue terletak di luar bangunan.

Mereka puashati jumpa Gundam dan sesi foto disekelilingnya dan juga di sekitar Statue of Liberty. Saya pun puashati. Alhamdulillah. Kami menuju ke Venus Port untuk solat dan mencuci mata. Nasib baik tiada yang menarik perhatian di sana untuk dibeli. Selamat ¥ :))

Sekitar jam 5 petang, kami perlu keluar dari kawasan Odaiba. Salah seorang dari kami akan kembali ke tanahair malam ini dan menaiki bas ekspress dari Shinjuku ke Haneda Airport.


Setelah selesai misi menghantar, kami kembali ke guesthouse. Sebelum itu, kami selesaikan misi mencari sushi dahulu. Jauhnya kedai sushi, kaki pun dah penat, perut pun dah lapar. Alhamdulillah, jumpa kedai sushi yang dicadangkan sekitar Gyotoku. Selesai makan, semua senyum simpul tanda kenyang. Berakhir sudah perjalanan kami untuk hari kedua akhir. Esoknya merupakan hari akhir kami musafir di Tokyo. 

Total damage:
  1. Stesen Gyotoku ke Shinjuku 280 yen
  2. Tiket ten Shinjuku - Odaiba 500 yen
  3. Beli air 120 yen
  4. Tiket Odaiba - Shinjuku 500 yen
  5. Beli fail di 100 yen 648 yen
  6. Tren Shinjuku - Gyotoku 280 yen
  7. Dinner sushi 712 yen
  8. Tiket bas ekspress dari Shinjuku ke Haneda 1230 yen
Total 4270 yen = RM170.80

#backpackingtokyo
#travellingtokyo
#travellingjapan
#travellingbie
#TokyoTeleport
#Odaiba
#Gundam
Post a Comment

Most Popular