Mula melihat poster "Train to Busan", saya yang sudah tidak lama menjengah panggung, apatah lagi melihat filem zombie versi mana mana pun di panggung merasa terpanggil untuk melihat. Macam ada sedikit kelainan dari filem zombie yang lain.
Seok-woo seorang penganalisa saham dan seorang duda. Kapitalis yang bekerja keras untuk menyara keluarga sehingga mengabaikan anak perempuannya. Tinggal bersamanya adalah ibunya. Pada harijadi anaknya, beliau telah membelikan hadiah yang serupa dengan hadiah yang dibelikan semasa "Children's day."
Untuk memujuk hati anaknya, Seok-woo bersetuju untuk menghantar anaknya ke Busan berjumpa dengan ibunya. Dalam perjalanan ke stesen keretapi, berlaku keributan dan kecemasan yang mereka belum ketahui, sehinggalah keretapi yang mereka naiki untuk ke Busan.
Sebaik sahaja keretapi bergerak, bermulalah babak babak yang menarik, mencemaskan, melucukan, menggeramkan sehinggalah filem tamat.
Secara keseluruhannya, filem "Train to Busan" pada pandangan saya, agak berbeza dari filem zombie Hollywood atau Malaywood.
Kisah penuh mesej :
- Seorang bapa terpaksa mengorbankan masa kerjanya untuk memenuhi permintaan anaknya. Selfish mana pun seorang bapa itu, hatinya pasti akan rapuh bila melihat air mata anaknya. Di awal cerita, watak Seok woo yang sangat mementingkan diri sehingga kadang kadang mengabaikan orang lain untuk survival diri dan anaknya, namun akhirnya berjuang untuk keselamatan anaknya dam orang lain sehingga diri sendiri terkorban menjadi zombie
- Watak seorang COO yang ditunjukkan sifat antagonis seorang kapitalis di dalam masyarakat. Mementingkan diri tanpa memikirkan orang lain. Menggunakan jawatan dan tahap kedudukannya agar yang lain mengikut arahannya
- Pasangan suami isteri, yang mana isterinya sedang kehamilan, sanggup mengorbankan dirinya berjuang melawan zombie untuk menyelamatkan isteri dan anak dalam kandungannya
- Pertembungan nilai kemanusiaan disebalik kejatuhan tamadun manusia. Manusia yang jadi zombie, tiada belas kasihan sama ada yang dihadapan mereka itu adalah keluarga dan orang tersayang
- Kesan kapitalisma di dalam masyarakat, boleh menjadikan masyarakat jadi robotik, kurang nilai kemanusiaan, mementingkan diri dan macam macam lagi
Walaupun, ada yang cliche nya mengenai filem ini seperti kejadian zombie disebabkan oleh virus dari sebuah syarikat teknologi, keadaan fizikal zombie yang berdarah, hodoh seperti filem zombie yang lain, dan lain lain lagi, namun tiada adegan tembak kepala sehingga pecah dan terburai, darah memercik ke muka penembak dan sebagainya. Adegan adegan super ganas berjaya dielakkan oleh pengarah filem ini menjadikan ianya sebuah filem zombie yang agak sopan.
"Train to Busan" juga mempromosikan perkhidmatan keretapi di Korea Selatan. KTX ini pernah saya naiki dari Busan ke Seoul dan perkhidmatan serta utiliti di dalm keretapi tersebut, ternyata boleh dipuji.
Sekiranya anda pernah ke Korea, tontonilah filem ini, sekiranya anda belum pernah menjejak kaki ke Korea lagi, tontonilah juga filem ini.
Sekiranya anda peminat zombie, tontonilah filem ini dan walaupun anda bukan peminat filem zombie, anda juga boleh menonton filem ini. Ambil pengajaran dan bukannya mencari kelemahan.
Saya beri rating 4/5 bagi filem ini.
No comments:
Post a Comment