Kalau anda berjiwa "backpackers", kadang-kadang.....hmmm, selalu pun anda buat kerja giler walaupun dalam situasi mode "work travel".
Tempat bermalam pun, cari di saat saat akhir. Never jugak sebenarnya.
Berikut tips bagi anda yang berjiwa seperti saya, kadang-kadang je buat keje giler bila mencari tempat beradu barang semalam dua :)) :
1. Bila sampai destinasi, kerja dahulu dan siapkan kerja sehingga habis. Baru rasa lega. Lepas tu baru la mencarik tempat makan yang best di lokasi berkenaan, ataupun makan makanan yang dihajati. Dalam kes saya, sampai je Perai, saya dok teghingat ingat nasik kandar, mee udang, mee ketam...tapi, kene la pilih salah satu je. Rezeki saya, staf bawak pegi Juru yang femes dengan mee udang dan mee ketam. Saya pilih mee udang, sebab diorang dah pilih nasi goreng ketam. Bila hidangan sampai....tak sangka pulak saya, banyaknya ketam dalam pinggan. Nasik goreng pun banyak. Ketam 2 ekor dalam pinggan dan gemok gemok...rezeki rezeki, dapat makan dua dua sebab diorang tak berjaya nak habiskan :))
Selepas itu, baharulah saya buat keputusan untuk teruskan perjalanan ke Taiping, turun semula ke bawah. Tiba di Taiping, baru sibuk sibuk nak "Trivago" cari hotel yang paling murah yang ditawarkan. Dapat nama hotel dan lokasi, saya terus mencari. Lokasi strategik dan feveret saya adalah di sekitar Taman Tasik Taiping. Ada hotel yang murah, tapi cari tak jumpa. Akhirnya, saya buat keputusan bermalam di Flemington Hotel berhadapan dengan Taman Tasik Taiping. Memandangkan kadar dalam internet sedikit mahal, saya terus menuju di kaunter resepsi "trying my luck", bertanyakan kadar bagi "Govt rate". Nasib baik la äffordable" :))
So, bermalam lah dengan selesa di Flemington Hotel, selepas check in, saya terus eksplorasi Taman Tasik Taiping sambil mencari cari makanan ringan untuk makan malam.
Keesokan hari nya seawal pagi selepas subuh, jogging dulu di Taman Tasik barang sepusingan dua. Lepas tu baharulah minum pagi di hotel secara percuma.
Selepas itu, check out dan teruskan kerja di Taiping. Selesai kerja di Taiping, tak decide lagi nak tidur di mana. Destinasi kerja seterusnya adalah di Ipoh.
Dari Taiping ke Ipoh melalui jalan dalam. Ngeri jugak la sorang sorang. Dalam perjalanan, hujan lebat pulak tu, saya singgah dulu di Kuala Kangsar, Bandar di Raja. Sempat juga menyinggah di Galeri Sultan Azlan Shah dan Masjid Ubudiyyah. Selepas itu teruskan perjalanan ke Ipoh. Kebiasaannya saya bermalam di Hotel DWJ Ipoh. Cari di "Trivago"hotel tersebut, wahhhhh...kadarnya dah naik. Saya "filter"carian kepada hotel yang paling murah...tadaaa, Regalodge Hotel menarik minat saya. Walaupun tak pernah bermalam di sini, saya lihat dan baca "review" dari pengguna pun OK.
Cari lokasi hotel tersebut, dan terus bertanyakan di kaunter kadar untuk semalam. Ada kadar istimewa untuk staf, tapi lebih mahal dari kadar internet. Nasib baik internet OK, saya terus buat "reservation"melalui Internet dan mendapat kadar yang lebih murah...wallaaaa. Jimat duit saya :)
Hotel Regalodge ini juga merupakan hotel yang OK. Recommended. Cumanya jangan ëxpect" akan mendapat buffet breakfast pada paginya sebab hotel hanya menyediakan ala-carte pada harga lebih kurang RM15.00, kalau tak silap saya. Staf di kaunter memaklumkan pada saya bahawa minuman dan snack di dalam "mini fridge" adalah PERCUMA, cumanya sekiranya ingin refill, yang itu akan dikenakan bayaran. Wahhh...sudah bagus ni, rasanya hotel lain tak pernah memberikan apa yang ada di dalam mini peti ais secara percuma. And off course la, 3-in-1 juga percuma.
Dapat tangkap tak dari cerita di atas mengenai tips bagaimana nak dapatkan kadar hotel yang termurah????
Saya ringkaskan di sini::
Saya ringkaskan di sini::
- Install Aplikasi Trivago;
- Install aplikasi Waze atau Google Maps untuk mencari hotel tersebut;
- Sampai di hotel, tanya terus dekat kaunter sekiranya ada kadar istimewa untuk staf, atau kadar istimewa untuk event-event atau perayaan-perayaan tertentu dan sebagainya;
- Kene rajin buat perbandingan kadar hotel yang anda ingin bermalam;
- Talian Internet yang boleh anda harapkan untuk akses kepada maklumat-maklumat yang anda perlukan; dan
- Duit "CASH"atau kredit kad untuk bayaran.
Selamat berkelana, bermusafir, mengembara dengan gaya santai atas apa sahaja tujuan, kerja atau liburan...jangan stress stress, nanti cepat tua :))
No comments:
Post a Comment