"Traveling – it leaves you speechless then turns you into a storyteller". – Ibn Battuta
Pengalaman musafir di negara orang, membuatkan saya sentiasa sedar diri, bahawa negara sendiri jugalah yang terbaek. Kali ini musafir ke Bandar Ho Chi Minh City dan ini merupakan kali ke-5 saya ke sini. Sebelum ini, pernah bertekad untuk tidak menjejakkan kaki ke sini lagi. Sama sahaja sebenarnya, namun, untuk tidak menhampakan hajat orang yang tidak pernah sampai ke HCMC, saya turutkan jua. :))

Sebelum bermusafir, kerisauan tetap ada selepas insiden kes rakyat Malaysia dibunuh di sana. Walaubagaimanapun, yakin Allah swt akan menjaga, ditambah lagi dengan travel insuran yang diambil, Kerisauan tersebut dapat dikurangkan ke tahap yang maksima.
Sebelum pegi pun, boss kedua besar berpesan agar berhati hati di sana, "bahaya.." katanya. Penerbangan kami juga tidak berapa penuh. Mungkin kesan dari beberapa insiden dan berita berita yang telah diviralkan mengenai kes pembunuhan dan beberapa kes penipuan dari rakyat tempatan di sana.
Melihat kegigihan rakyat minoriti Islam di Vietnam bekerja dan mempraktikkan Islam di sana mengingatkan saya, betapa beruntungnya umat Islam di Malaysia. Di #HCMC tiada kedengaran azan berkumandang, tetapi bila sampai waktu, yang berniaga, masih sempat memperuntukkan waktu untuk Solat di sudut kedai.
"The more I learn, the more I learn how little I know". – Socrates
Ketibaan kami di sana pada hari Jumaat yang lepas, berjalan dengan baik. Prosedur di kaunter imigresen tiada masalah, dan keluar sahaja dari airport, kami terus menuju ke stesen bas berhadapan dengan Burger King.
Bas ke Ben Thanh ada 2 jenis, sebaiknya ambil bas berwarna hijau bernombor 152 dengan kos Dong 5ribu. Ada satu lagi bas yang menyediakan perkhidmatan yang sama, dengan harga Dong 20k. Jauh sangat beza harga tu. :))
"I always wonder why birds stay in the same place when they can fly anywhere on the earth. Then I ask myself the same question". – Harun Yahya
Perjalanan dari airport mengambil masa lebih kurang 20minit dengan menaiki bas. Masa perjalanan mungkin berbeza sedikit sekiranya anda menaiki teksi. Teksi akan terus membawa anda ke hotel, manakala bas akan berhenti di setiap perhentian bas yang ada. hmmm..tak mengapa, lagipun kami tidak lah "rushing" dan bolehla melihat pemandangan sekitarnya dengan lebih jelas.
Perhentian bas terakhir bagi bas bernombor 152 ini berhenti di belakang kawasan Ben Thanh dan seterusnya Malaysia Street. Sebaik sahaja turun dari dari bas dan terus menuju ke bangunan Ben Thanh, kami disapa rakyat tempatan bertanyakan kami hendak ke mana. Saya bagitau, kami hendak ke sana seolah olah tahu jalannya . Kami abaikan sahaja dan teruskan perjalanan.
Semasa berjalan, kelihatan ada yang baru sahaja balik dari menunaikan Solat Jumaat dengan berjalan kaki. Lupa pulak nak tanya masjid di mana.
Bagi saya, kawasan Malaysian Street lebih selamat berbanding kawasan yang lain memandangkan ramai rakyat Malaysia yang menginap di sepanjang jalan tersebut, ditambah pula dengan tempat makan halal yang banyak.
Setibanya di sana....suasana meriah seperti tiada berlaku apa apa yang bahaya.
Tidak susah mencari Malaysian Street. Nampak sahaja lorong yang meriah dengan rakyat Malaysia, itulah dia. Kami terus menuju ke hotel untuk check in, solat dan teruskan misi.
Sepanjang 3 hari 2 malam, kami hanya berada di sekitar kawasan tersebut. Tidak mengambil tour ke Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel. Saya pula pergi menemankan seseorang yang belum pernah sampai ke HCMC, dan sambil sambil itu melihat fesyen terkini dan membeli kiriman saudara dan kawan-kawan.
Makan di sini mahal, sekali makan mencecah RM20 dan lebih. Nasib baik kami bawa bekal roti dan sambal. Bolehlah berjimat sekali sehari makan. Keseluruhan kos seperti di bawah ini bagi penerbangan pergi dan balik Airasia + Luggage 20kg Saigon-KL, Travel Insuran, Pengangkutan dan hotel.
Sekiranya anda peminat makanan vietnam seperti Pho Daging, vietnam roll, dan sebagainya, peruntukkan sekitar RM30 sekali makan. Sekiranya makan lebih, banyaklah kos makan nya. Dan jangan lupa mencuba minum kopi susu ais vietnam. Walaupun anda bukan peminat kopi, saya pasti anda akan minum kopi tersebut berkali-kali. :))
Apa yang menarik di sana???
Kebanyakan rakyat Malaysia yang ke HCMC akan memborong:

- Kain cotton
- Kain silk vietnam
- Tudung-tudung shawl yang trending di Malaysia
- Telekung vietnam
- Telekung lycra
- Jubah
- Baju kurung cotton
- Beg outdoor seperti Deuter, North Face, Solomon dll
- Beg branded - Kat Kidston, Goyard, Prada, LV, Kipling dan sebagainya
- Outdoor attire - baju sejuk perlbagai jenama
- Kasut sukan - Nike, Adidas, dan lain lain
- T-Shirt branded - Polo dll
- T-Shirt sukan - Adidas, Under Armor, Nike dll
Kami pernah terserempak dengan 1 pasangan yang memborong shawl nealofar - suaminya membawa beg hiking yang besar dan panjang dan isterinya membawa beg troli yang besar. Kedua-dua beg tersebut dipenuhi dengan shawl pelbagai jenis. Memang beli untuk berniaga :))
Ada yang tanya saya, "Selamat ke kalau nak ke HCMC sekarang ini, atau 2 3-3 bulan lagi?"
Respon saya, "InsyaAllah selamat, jangan berolah jak di negara orang (bahasa sarawak). Yang penting, kita kene tahu culture mereka bagaimana dan hormati antara satu sama lain. Berhati-hati dengan barang berharga masing-masing. Di mana-mana ada pick pocket dan penjenayah yang akan mengambil peluang di atas kecuaian kita semasa di sana." Jangan dek kerana leka, anda kerugian beribu ribu RM.
Jangan risau mengenai mata wang. Di Malaysian Street, RM diterima dengan senang semasa urus niaga, begitu juga di Ben Thanh dan Pasar Malam. Di Saigon Square, sebaiknya anda berurusan dalam mata wang Dong atau USD. Makan dibayar dalam Dong atau RM, teksi dibayar dalam Dong. Sediakan Dong yang mencukupi untuk anda makan dan juga pengangkutan.
Saya juga bertanyakan kepada pekerja kedai, sembang sembang santai sambil memilih shawl dan telekong kiriman, mengenai kes pembunuhan rakyat Malaysia baru baru ini. Lebih baik kita dengar cerita dari rakyat di sana dan bandingkan dengan apa yang media hamburkan pada kita. Kadang-kadang itu lebih baik. Untuk pengetahuan semua, rakyat Vietnam semasa berumur lebih kurang 16 tahun, semua jari mereka akan direkodkan (cap jari) sebagai pengenalan sekiranya berlaku apa-apa jenayah, semua jari akan dikenalpasti. Dan di sana, di kawasan-kawasan pelancongan selain polis ber-uniform, terdapat juga polis penyamar yang menyamar sebagai rakyat biasa memerhati dan memantau keadaan dan situasi agar terjaga dan tidak kucar kacir.
InsyaAllah, di mana-mana sahaja anda bermusafir, niat perlu diluruskan, perangai dan adab perlu dijaga agar keharmonian di antara kedua-dua budaya terjaga. Elakkan dari sebarang pergaduhan, pertengkaran semasa tawar menawar dengan peniaga di sana terutamanya di pasar malam dan di Ben Thanh. Pastikan anda benar benar ingin membeli sesuatu barang tersebut setelah membuat tawaran serendah yang mungkin. Selepas tawar menawar, anda tidak membeli barang tersebut, memangla peniaga akan mencaci cerca anda. Berhati-hati selalu dan sentiasa berwaspada.
No comments:
Post a Comment