Dari ‘Abdillah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)
Bukan semua orang saje saje nak berhutang. Biasanya orang berhutang merupakan orang yang terdesak dan di dalam kesusahan. Namun, ada juga yang mahu menunaikan kemahuan masing-masing. Sebelum kita berhutang, kene sentiasa berfikir : “Mampukah saya melunasi hutang tersebut dan mendesakkah saya berhutang?” Dan sentiasalah ingat bahawa hutang kepada manusia tidak bisa dihapuskan dan dilunasi hanya dengan istighfar.
Bagi orang yang berhutang, berikut adalah antara sikap-sikap yang kita patut ada ketika mana kita menjadi seorang yang berhutang:
- Berhutang untuk keperluan hidup bukan kemahuan - Islam membenarkan hutang dengan syarat ia mestilah suatu keperluan hidup seperti makanan, tempat tinggal, kenderaan dan pakaian. Keperluan ini adalah mengikut uruf/keadaan sesuatu zaman. Berhutang untuk kemahuan dan kemewahan adalah makruh dan sangat-sangat tidak dianjurkan oleh Islam kerana persoalan hutang berkait dengan hidup mati roh seorang manusia. Nabi SAW bersabda,"”Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”.
- Tidak berhutang kecuali dalam keadaan dharurat atau mendesak - keadaan yang tidak mungkin lagi baginya mencari jalan selain berhutang sementara keadaan sangat mendesak, jika tidak akan kelaparan atau sakit yang menyebabkan kepada kematian dan yang seumpamanya. Tidak berhutang untuk membeli rumah baru, kendaraan model terbaru, atau sejenisnya dengan maksud berbangga-banggaan atau menjaga standard dan darjat dalam gaya hidup. Padahal dia sudah mempunyai harta atau gaji yang mencukupi untuk menyara kehidupan keluarga.
- Menggunakan pinjaman dengan sebaik yang mungkin, menyedari bahawa pinjaman merupakan amanah yang harus dia kembalikan. Rasulullah bersabda: “Tangan bertanggung jawab atas semua yang diambilnya, hingga dia menunaikannya”.(HR. Abu Dawud dalam Kitab Al-Buyu’, Tirmidzi dalam kitab Al-buyu’, dan selainnya.)
- Wajib berniat untuk membayar hutang tanpa menangguhkannya sekiranya telah berkemampuan - Rasullullah SAW mengecam orang-orang yang menangguhkan bayaran hutangnya sedangkan mereka itu kaya atau berkemampuan untuk menjelaskan hutang mereka. Tindakan melewatkan bayaran hutang ini seolah-olah menafikan hak orang yang memberikan pinjaman, kerana mungkin mereka memerlukan pula wang tersebut untuk tujuan kemaslahatan yang lain. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Menunda-nunda orang kaya untuk membayar hutang (memberi hak kepada orang lain) adalah zalim”-Hadis riwayat Imam al- Tirmizi. Sabda Rasulullah: Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya)".- Riwayat Ibnu Majah. Rasulullah SAW juga bersabda; “Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat:"Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka diambillah amal kebaikan orang itu, dan diberikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang-orang yang berhutang.”
- Banyakkan berdoa agar Allah permudahkan kita untuk membayar hutang. Doa doa seperti di bawah, bacalah setiap kali solat, mudah-mudahan Allah perluaskan rezeki kita, permudahkan kita untuk membayar hutang. Adalah amat malang sekali bila saat kita mati, masih ada lagi hutang yang belum kita bayar. Maka, bayarlah hutang tersebut, tidak kira hutang bank, hutang dengan kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Ianya tetap dikira sebagai hutang.
Saranan saya, pilihlah orang yang hendak berhutang dengan kita, sekiranya kenal, tanya betul betul adakah keperluan atau kemahuan. Jika keperluan, lapangkan dada dan berikanlah serta yakin bahawa rezeki Allah sangat luas. Kita permudahkan orang yang dalam kesusahan, InsyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita di akhirat sana. Bukankah itu lebih besar dan lebih kita perlukan? Pertolongan Allah di akhirat nanti.
Tanya juga adakah tiada simpanan yang lain sehingga sanggup merendahkan diri untuk berhutang. Dan tanya secara jujur, bila dia akan membayar hutang tersebut, memandangkan kadang-kadang kita juga perlukan duit tersebut untuk kegunaan kita sendiri. Jika hanya untuk memenuhi keperluan dan sebenarnya yang ingin meminjam ada simpanannya, cuma tidak mahu menggunakannya, elakkanlah ia.
Perkara hutang, bukan lah sesuatu yang boleh dibuat main-main di dalam kehidupan. Ada kawan, keluarga yang jadi lawan kerana hutang. Ada yang sehingga berbunuhan dan bermusuhan. Elakkanlah meminta hutang yang tidak perlu yang hanya untuk memuaskan nafsu dunya semata. Bijaklah di dalam berbelanja, sekiranya memang tidak dapat dielakkan, berhutanglah dengan niat akan membayar hutang tersebut.
Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah no. 2414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih). Ibnu Majah juga membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”
Allahu Ta'ala A'lam
Allahul Musta'aan
No comments:
Post a Comment