Thursday, April 28, 2016

Nilai Diri vs Nilai Wang

Apakah nilai sekeping kertas yang dinamakan duit hari ini? Kertas tersebut boleh bawa bahagia atau bencana kepada manusia. Nilainya tidak stabil, sekejap naik, sekejap turun. Namun, itulah hakikatnya, zaman akhir ini, ramai yang mengagungkan sekeping kertas ini.

Oh yaa...hari gaji kakitangan kerajaan sudah pun berlalu selama sehari. Manakala yang swasta pula, akan menerima gaji pada hujung bulan ini. Bagi peniaga pula, mereke menerima gaji setiap hari. Jangan lupa pula membayar hutang-hutang kita pada manusia.

Allah ar-Razzaq berfirman di dalam Surah Hud

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا

“…… dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).

Masing-masing dari kita menerima upah di atas pekerjaan kita, banyak atau sedikit terpulang kepada rezeki masing-masing. Cukup atau tidak, terpulang kepada cara bagaimana kita membelanjakannya.

Jangan bandingkan gaji kita dengan yang lain. Kenapa gaji si polan besar, kenapa gaji aku cukup-cukup makan je, kenapa gaji dia banyak sedangkan kerja yang dibuat tak banyak mana dan sebagainya. Itu selalu didengar, dihadapi oleh saya. "engkau takpela...hidup sorang, bujang tak banyak tanggungan bla bla bla." "Aku banyak tanggungjawab, anak2 nak kene beri makan, belanja sekolah, belanja hari2 dan lain-lain." dan pelbagai lagi untuk menjustifikasi ketidakcukupan tersebut.

Semuanya rezeki yang Allah berikan kepada setiap individu sama ada di atas usahanya atau sebaliknya. Gaji kita rezeki kita dan Jangan kita lalai disebabkan gaji yang besar, hidup mewah, kita rasa itu rezeki yang Allah bagi, sedangkan, itulah Istidraj.

Kalau kita rasa, hidup kita sudah punya segalanya - 🚘 besar, 🏡 besar, gaji besar, anak yang ramai, keluarga yang bahagia, tetapi jiwa kita terasa kosong dan masih ada lompong-lompong angin, segeralah muhasabah diri. Mungkin ada hutang yang belum kita bayar, Mungkin ada sedekah yang masih belum cukup, mungkin ada manusia lain yang kita sakiti atau zalimi dan sebagainya.

Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

“Dan kepunyaan Allah kepemilikan segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan” (Surat Ali Imran, ayat 109).

Kehidupan yang sentiasa diimpikan manusia adalah kehidupan yang tenang. Namun ramai dari kita memilih untuk menyesakkan diri dengan dunia, sehingga lupa bahawa perjalanan kita masih lagi panjang selepas kematian. Beringat ingat dahulu...

Allahul musta'aan 
Post a Comment

Most Popular