#aadc2 versi Indonesia
Ratusan Purnama baharulah kita menemukan Ada Apa Dengan Cinta 2. Kesinambungan kisah Cinta dan Rangga setelah lebih 15 tahun terpisah, bercinta jarak jauh, hubungan diputuskan sekitar tahun 2006, bertemu semula di Yogjakarta setelah 9 tahun berpisah ketika mana Cinta sudah menemui cinta yang baru dan telah menjadi tunangan orang, dan Rangga baharu punya kekuatan untuk menyatakan sebab dia memutuskan cinta mereka dan lain lain lagi.
Cinematografi nya simple dan dilihat biasa biasa tetapi mengagumkan, dalam masa yang sama mempopularkan produk lokal mereka tanpa mencacatkan jalan cerita. Selepas ini akan ramailah yang ke Yogjakarta mencari kedai kopi (Klinik Kopi) yang menjadi lokasi penggambaraan #aadc2, kawasan di mana Rangga membawa/kidnap Cinta melihat matahari terbit dari atas menara burung di atas Bukit - Rumah Doa Bukit Rhema, Candi Ratu Boko, lokasi-lokasi tempat makan semasa liburan Cinta dan kawan kawannya di Yogjakarta, dan lain lain lagi. Pasti selepas ini, Yogjakarta dibanjiri dengan pelancong yang ingin melihat sendiri lokasi penggambaran AADC2 selepas ini.
Sekiranya anda rindu dengan watak Cinta dan Rangga, tontonilah #aadc2. Tapi, rasanya ada babak babak yang dipotong bagi tayangan di Malaysia.
Melihat cinema Indonesia, sutradaranya giat mempamerkan keunikan lokal sama ada, makanannya, tempatnya, wisatanya dan sebagainya. Diharap juga kepada sutradara Malaysia agar giat juga mempamerkan keunikan tempat-tempat di Malaysia di dalam filem buatan mereka.
No comments:
Post a Comment