The Prophet (s.a.w) said
”What have I got to do with the material world. The example of the material world and I is that of a traveller. Travelling in the afternoon heat, he stopped to rest under the shade of a tree for some moments. Then, he rose and left it.”- (Ahmad, Tirmidhi. The hadith is Hasan.)
Hari terakhir saya di bumi "The Pearl of The Orient Seas". Walaupun semalamnya dapat katil yang proper untuk tidur, tapi mata tidak pula mahu tidur. Terkebil-kebil di atas katil dan mendengar dengkuran yang lain. Seawal jam 6 pagi saya bangun, bersiap-siap dan mandi. Minum pagi tidak disediakan. Nasib baik ada yang bawa 3in1 dan crackers/roti untuk mengalas perut.
What is destined will reach you, even if it be beneath two mountains.
What is not destined will not reach you, even if it be between your two lips. ~Imam Ghazali
What is not destined will not reach you, even if it be between your two lips. ~Imam Ghazali
Jam 8 pagi, kami sepatutnya ada post mortem bersama dengan organizer, namun ianya bermula sedikit lambat. Jam 825am, organizer trip kami mulakan bicara apabila semuanya telah berkumpul di rooftop hotel. Dengan awalan ucapan maaf di atas apa yang terjadi sepanjang perjalanan dan sebagainya dan penerangan mengenai insiden-insiden dan apa yang telah terjadi sepanjang trip ini. Beberapa ahli dan ketua kumpulan selepas itu memberi komen, maklumbalas, dan melahirkan apa yang ada di dalam hati masing-masing. Dan saya rasa lega, sekurang-kurangnya post mortem dilakukan untuk mencerahkan dan memnerangkan keadaan sebenar. Bagi saya, perkara-perkara seperti ini adalah sesuatu yang di luar jangka. Bagaimana kita menghadapi dan mengatasinya itulah yang akan memberi cabaran kepada semua. The true colors is exposed, bila berlaku situasi-situasi yang tidak dijangka ini. Ini yang saya panggil sebagai "Crisis Management"/ Pengurusan Risiko. Manager yang bagus akan mempunyai Pengurusan Risiko yang bagus. Cara bagaimana manager tersebut mengatasi segala "öbstacle" yang dihadapi dan cara bagaimana juga di dalam menenangkan ahli-ahli di dalam pasukan apabila berlaku risiko atau bencana tersebut biasanya akan dapat diatasi dengan baik.
“Forgiveness is the crown of greatness.” – Imam Ali (ra)
Selepas sesi post mortem, kami meneruskan rancangan pagi ini. Bagi kami yang akan kembali ke tanahair petang ini, pagi ini merupakan hari terakhir kami di sini. Bagi yang akan balik keesokan harinya, mereka akan mendaki gunung yang lain pula iaitu Pico De Loro. Jelessszzzz... :))
Jam 915am, kami teruskan agenda ke Market-market. Dengan ditemani Khalis, salah seorang guide dan juga tukang masak kami, kami menapak dan berjalan menuju ke market-market lebih kurang setengah jam berjalan.
Dari hostel, melalui kawasa BGC, dan seterusnya ke market-market. Jam 10 kami tiba di sana, kawasan tersebut baru sahaja di buka. Bila dah sampai di sini, ingatkan tidak berbelanja...hmmmm. Dah namanya rompuan, daripada sik berbelanja alu lah memborong :)) Barang-barang yang diborong kecil-kecil ja. Total Damage = Biarlah rahsia :))
Dari market-market, kami menaiki teksi ke Hard Rock Cafe (HRC) Manila memandangkan ada dikalangan kami memang Big Fan of HRC. Layannn je sambil cuci cuci mata. hehehehee....
Teksi ke HRC = PH160 untuk 5 orang. Okla...murah la jugak. Selesai di HRC, kami bercadang untuk berjalan balik ke kawasan BGC dan seterusnya ke Hostel. Konon-kononnya berjalan lebih cepat sampaikan sesat, kami terjumpa dengan Persian Grill branch lain di sekitar kawasan tersebut, kami makan tengahari dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Lunch saya = PH200 rasanya. Tak ingat dah.
Selesai makan, kami mengambil keputusan untuk terus berjalan....namun....bila dah sesat-sesat dan GPS Map pun dah bawak jalan ntah mana-mana dan asyik hilang signal, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi. Alkisahnya, pakcik teksi ni bila kami tunjukkan alamat, dia angguk-angguk kepala mengatakan bahawa beliau tahu hostel tersebut. Pakcik ni nampak confident, rupernya "condifent", terbalik dah...dia pun tak tahu sehinggakan kami terpaksa memberi direction kepada beliau. Ada jugak la kami berhenti sekejap apabila bertemu polis untuk bantuan. Hmmm..polis pun, aduiii...tak reti pulak cakap english. Tunjuk alamat dan polis tersebut bagitau pakcik teksi direction ke mana. Yang kami ni pulak dah kecut perut dah sebabnya jam 450pm kami perlu boarding, kalau tidak memang confirm akan kene tinggal kapal. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Barang tak kemas lagi. Kami berlima dah seperti cacing kepanasan, sehinggakan arahan tunjuk jalan pun cakap dalam bahasa. Macamla pakcik teksi tu paham...haishhh :)). nasib baiklah GPS Dib berfungsi sekejap sekejap, sampaila kami di jalan di mana Khalis dah familiar, baharulah kami dapat memberi tunjuk arah yang sebenar. Nasib baiklah veteran dan kami ni masih ada sifat hormatkan orang tua. Kalau tak memang dah kene luku sorang-sorang. :)) Total damage = PH170 untuk tambang teksi.
Balik ke hostel dengan kelamkabut sebab barang-barang tak kemas lagi. Kami ada masa dalam kurang dari 15 minit untuk mengemaskan barang masing-masing. Saya la yang paling kelam kabut sebab semua barang tak packing lagi. Yang lain dah siap packing dah. Nasib baik la sempat. Jam 3pm kami turun ke luar hostel untuk menunggu teksi. Nasib baik juga lah Azwan tak ikut geng yang naik ke Pico de Loro, dialah yang bantu untuk dapatkan teksi ke airport. Lebih kurang hampir jam 4pm kami sampai di Terminal 3 setelah puas "ärgue"dengan mengenai Terminal mana nak turunkan kami sama ada di Terminal 3 ataupun Terminal 4. Yang lain-lain yang akan balik hari ini, dah selamat check in dan berehat di airport. Kami berempat je lagi yang belum sampai-sampai. :))
Jam 4pm kami di airport, terus ke kaunter check-in. Alhamdulillah sempat nak check in, ada beberapa minit lagi kaunter akan ditutup. Selepas selesai check in, kami terus menuju ke balai pelepasan. Melepaskan diri dulu dari imigresen dan kastam. Baharulah lega sedikit perasaan. Selesai dah semua, sempat lagi saya membeli ole-ole untuk dibawa balik dan menghabiskan peso yang ada.
Selamat tinggal Manila, semoga ada rezeki ke sini lagi :) |
Perjalanan pulang mengambil masa selama 3 jam. Penerbangan jam 530pm dan tiba di KLIA2 jam 830pm. Selesai urusan beg, kastam dan sebagainya, naik tren ke Putrajaya dan akhirnya tiba di rumah jam 1130pm. Alhamdulillah....rumah manis rumah, rinduunya dengan katil sendiri :))
Trip kali ini, banyak mengenalkan saya kepada kawan-kawan baru, belajar menghadapi krisis dan belajar banyakkan bersabar. Selain dari menikmati keindahan ciptaan Allah swt dan melihat kepelbagaian budaya di negara orang dan cara mereka melangsungkan kehidupan masing-masing, perjalanan ini merupakan satu tarbiyah hati buat saya, latihan bukan sahaja untuk fizikal, tetapi juga untuk hati dan jiwa. Alhamdulillah, Allah swt masih lagi berbelas kasihan memberi peluang sebegini untuk saya. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
If we had perfect power to determine our destinies, and perfect vision
to see the future and know what is best for us, we would choose exactly
the fate that Allah has chosen for us.~Imam Ghazali
“If you expect the blessings of God, be good to His people.” – Abu Bakr Siddique (ra)
Semoga ada kesempatan lagi untuk bermusafir, InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment