Ekspedisi mendaki Gunung Pulag berakhir di sini. Namun, perjalanan masih lagi jauh memandangkan kami perlu kembali ke Manila dahulu sebelum kembali ke pangkal jalan. :))
Inilah Jeepney kami. Boleh muntah hijau naik Jeepney nie :)) |
1230 tengahari - Perjalanan ke Manila lebih panjang dari treking pendakian naik ke puncak Gunung Pulag.
Dari Kabayan kami menaiki Jeepney untuk ke Baguio dan kali ini pemandu Jeepney kami seperti orang hilang akal, membawa Jeepney dengan laju melalui selekoh-selekoh tajam, sesekali memotong kenderaan di hadapan dan pernah sekali, hampir bertembung dengan kenderaan bertentangan. Ada yang hampir muntah hijau, dan kebanyakannya pening-pening sakit kepala sepanjang perjalanan. Ada juga yang terpaksa bertukar tempat duduk disebabkan kepeningan tersebut. Selekoh-selekoh sepanjang perjalanan lebih banyak berpuluh-puluh kali ganda dari selekoh jalan Tapah ke Cameron Highland.
“Perhaps travel cannot prevent bigotry, but by demonstrating that all peoples cry, laugh, eat, worry, and die, it can introduce the idea that if we try and understand each other, we may even become friends.” – Maya Angelou
Salah satu pemandangan sepanjang perjalanan turun dari Kabayan ke Baguio. Beratus selekoh tajam yang perlu ditempuhi selama hampir 4jam :)) |
1.30 petang, kami singgah di renjer station untuk mengembalikan khemah dan barang-barang sewaan yang lain. Sementara itu, masing-masing keluar dari Jeepney berhantu tersebut untuk meluruskan badan dan mengambil angin segar serta mengintai-intai souvenir di kedai renjer. Saya hanya membeli air minuman sahaja untuk membasahkan tekak. Kos PH30 x 2 = PH60.
Jam 2 petang, perjalanan di sambung semula dan kami terpaksa menahan kemabukan lagi sepanjang perjalanan yang berselekoh sehinggalah kami sampai di Baguio.
Lebih kurang jam 4 petang, kami tiba di Baguio dan terus ke stesen bas. Setibanya di stesen bas, lokal guide kami terus ke kaunter tiket bas untuk membeli tiket. Malangnya bagi kami, ramai yang sedang menunggu untuk membeli tiket bas kembali ke Manila dan kebanyakannya pendaki yang baru turun dari gunung pulag. Lagipun Baguio cuti umum pada hari tersebut.
Setelah berbincang, kami ke 1 lagi stesen bas Vistory Liner dengan harapan ada bas yang masih kosong untuk kami. Nasib kami baik apabila bas ke Manila akan bertolak pada jam 430pm. Dan bas tersebut pula masih lagi kosong dan kami seramai 23++ orang berjaya menaiki bas yang sama. Walaupun kurang selesa, tapi tak apelah, asalkan kami sampai ke Manila pada malam ini juga. Kalau bas dari Manila ke Baguio ada WiFi, kali ni langsung tiada. Telefon bimbit pun nyawa-nyawa ikan. Sampai di hostel nanti baharulah dapat nyawa. Hidup tanpa HP dan teknologi ni kadang-kadang perlu dilakukan sekali sekala. :))
Jam 11 malam, kami sampai di persimpangan berdekatan dengan hostel. Kami diturunkan oleh pemandu bas di tepi jalan bertentangan dengan kawasan hostel. Lebih kurang 10 minit kami tiba di hostel, check in bilik hostel di tingkat 8. Perut dah mula berkeroncong, ada yang sudah mula tidur. Saya dan beberapa orang kawan, turun semula untuk makan malam di Persian Grill ditemani guide kami. Dari hostel ke Persian Grill mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Restoran tersebut dibuka 24 jam dan malam di Manila tidaklah sunyi memandangkan penduduknya seakan-akan tidak pernah tidur. Manila merupakan hub pejabat perkhidmatan pelanggan bagi Asia dan penduduknya ramai yang bekerja di Pusat Perkhidmatan Pelanggan seperti Dell, HP dan lain-lain yang menawarkan perkhidmatan 24 jam. Semasa kami sampai di Persian Grill, ramai juga yang makan lewat malam setelah habis shift.
Di Persian Grill, saya memilih Chicken BBQ, itupun dicadangkan oleh guide kami. Total damage = ~ PH240.00.
Kami kembali ke hostel hampir jam 230 pagi, kemas-kemas barang, mandi dan tidur. Pagi ni baharulah dapat tidur dengan sempurna, namun disebabkan kepenatan yang amat, tidur pun jadi tidak lena. Katil yang empuk tidak menjanjikan tidur yang lena. Kadang-kadang, tidur beratapkan langit dan bintang lebih selesa dan nyaman dari tidur di atas tilam... :))
hmmm...sampai Malaysia la baru dapat tidur dengan nyenyak. Takpe, sabar...malam ni adalah malam terakhir di Manila :))
No comments:
Post a Comment