19 September 2015

Bedah buku : Beli Rumah Kababoom by Rohaniah Noor

Bagi yang berhajat untuk membeli rumah, saya sarankan anda membaca buku ini. Bagi yang ingin menambah rumah, saya sarankan juga untuk anda membaca buku ini.

Padat dengan maklumat, penggunaan bahasa yang mudah difahami, santai dan ringkas menjadikan buku ini senang difahami dan seterusnya memberi suntikan pembaca untuk melakukan "homework" bagi memastikan rumah yang dibeli berbaloi-baloi.

Antara tips bagi pembaca di dalam membeli rumah adalah:

1. Lokasi
2. Kelayakan membeli dan memohon pinjaman. Anda teringin mendiami rumah banglo tetapi gaji anda hanya layak untun membeli rumah apartment. Ketahui kelayakan anda. Mampu atau tidak untuk membayar ansuran bulanan rumah tersebut.
3. Beli rumah dengan modal minimum atau tiada modal
4. Nak beli rumah murah atau mahal. Tanya kalkulator anda, baharulah anda selamat
Banyak lagi tips yang akan anda perolehi di dalam buku ini.

Jangan lupa membeli buku ini ya :)
Hanya RM29 sahaja bagi semenanjung dan RM31 sahaja bagi Sabah dan Sarawak..

Hadith riwayat Muslim,  Abu Katsir berkata, "Ilmu tidak diperolehi dengan badan yang bersantai-santai." - HR.Muslim no.612

18 September 2015

Travellingbie : Lombok: Day 7 - SENGGIGI > MATARAM > PERKAMPUNGAN SASAK > BANDARA > KLIA2

"The traveler was active; he went strenuously in search of people, of adventure, of experience. The tourist is passive; he expects interesting things to happen to him. He goes "sight-seeing." ~ Daniel J. Boorstin

Hari akhir di Lombok. Rasa sedih pulak nak tinggalkan Lombok yang indah ini.
Seawal jam 530 pagi kami bangun untuk solat Subuh. Sejuk di Senggigi tidak sesejuk di Pelawangan :))
 Jam 630pagi, siang telah menampakkan diri, seumpama jam 730 pagi di KL. Jalan-jalan bersiar-siar di sekitar hotel dan pantai sekitarnya. Pantai di hadapan hotel tidak menarik sangat untuk mandi. Tetapi pantai di sebaliknya merupakan kawasan pelancong "surfing" memandangkan ombak nya agak tinggi.

Jam 7.30 pagi kami minum pagi yang disediakan oleh pihak hotel. Di sini, minum paginya bukan ala buffet, ianya ala-carte. 1 pelanggan 1 menu utama sahaja. Minum paginya tidak mewah seperti hotel-hotel di Malaysia yang menyediakan sarapan buffet. Menu - Omelette dan roti bakar
Sekitar 8.30 pagi kami bersiap-siap untuk keluar dan bersiar-siar menikmati pemandangan cliff sekitar Senggigi.
10.45 pagi - kami kembali ke hotel untuk Check out. Baju-baju yang disidai di luar hotel pun sempat kering memandangkan cuaca sangat bagus dan panas. Sudah terasa perasaan sedih hendak meninggalkan Lombok yang penuh kenangan ini. Selepas check out, kami singgah sebentar di Oleh-Oleh Lombok untuk membeli cenderahati. Total damage = Rp55k

Selepas itu, kami singgah Mataram Mall untuk melihat barangan outdoor. Saya pulak yang excited sebab ada benda saya cari dan nak beli sebenarnya. Total damage = 2 track bottom hiking Rp290k, 1 track bottom jogging Rp89k. Kalau dibandingkan dengan di KL, harga di sini jauh lebih murah. :)

Untuk makan tengahari yang ringan kami singgah makan Sup Bakso di sebuah restoran. Bakso Rp10k sahaja, jus Alpokat tak ingat pulak harganya, tapi kurang dari Rp20k. Di restoran tersebut, kami didatangi oleh penjual mutiara dan cenderahati. Total damage = Rp100k.
Dari awal lagi kami tertarik dengan tshirt yang Dayat pakai. Salah seorang dari kami dah buat pertukaran tshirt dengan Dayat. Yang lain kene la beli dan order...:)) harga tshirt = Rp90k

Seterusnya kami ke Perkampungan Sasak tempat perusahan tenunan songket. Suku Sasak ini terkenal dengan perusahaan tenunan songket dan kain. Setibanya kami di Perkampungan Sasak, kami diberi penerangan dan informasi mengenai suku Sasak. Kaum perempuan suku Sasak telah menenun sejak kecil dan mereka hanya layak berkahwin sebaik sahaja menyiapkan tenunan songket dengan sempurna. Satu kebanggaan suku Sasak adalah menculik gadis untuk dikahwini. Tradisi menculik atau mencuri gadis untuk dinikahi sudah menjadi adat turun temurun suku Sasak. Malahan mereka berbangga sekiranya dapat menculik gadis untuk dinikahi. Jika seorang gadis dilamar secara baik-baik tanpa diculik, orang tuanya akan berasa tersinggung dan merasakan puterinya disamakan dengan barang yang tidak punya harga diri. Pelik, tetapi benar! Saya juga membeli beberapa cenderahati untuk keluarga di sini. Tenunan kainnya sangat cantik dan halus. Sampaikan terpaksa meminjam Rp untuk membayar kain-kain tersebut :)) Total damage = Rp450k. Nasib baik duitnya tak banyak. Kalau lagi banyak memang banyak la kain diborong di sini. Bagi yang akan ke Perkampungan Sasak ini, pastikan anda mempunyai Rp yang banyak sekiranya anda peminat tenunan songket dan batek halus.
Jam menunjukkan pukul 4 petang dan kami perlu bergegas ke lapangan terbang untuk kembali ke bumi Malaysia. Sebelum itu, sempat lagi kami ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Selepas itu kami ke airport dan menguruskan urusan selanjutnya. Di airport, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penunjuk jalan cum trekker cum guide cum driver kerana sepanjang-panjang perjalanan dari mula sehingga akhir, setia bersama kami. Memang orang Lombok baik-baik orangnya.
 
InsyaAllah, ada rezeki dan peluang akan ke Lombok lagi. Banyak lagi tempat-tempat yang belum lagi dijelajahi di Lombok. InsyaAllah.

Sehingga berjumpa lagi, Lombok, Pulau Seribu Masjid! InsyaAllah... :)

No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow. ~Lin Yutang

12 September 2015

Travellingbie : Lombok: Day 6 - GILI TRAWANGAN > JETI BANGSAL > SENGGIGI > PESANTREN IHYA ULUMUDDIN

Allah Ta’ala berfirman,

وَلاَتَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلاَالسَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ {34} وَمَايُلَقَّاهَآ إِلاَّ الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَايُلَقَّاهَآ إِلاَّ ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ {35} 
”Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (QS.Fushilat:34-35)

Hari ke-6 - Gili Terawangan
Insiden pagi hari ke-6 agak mencemaskan. Sekitar jam 3 pagi saya tersedar. Hajat di hati nak masuk ke tandas, tetapi suspen sekejap kerana air tiada. Terpaksalah mengambil air di luar bilik seawal-awal pagi. Rupa-rupanya bukan bilik kami sahaja yang tiada air. Semua bilik resort tiada air. Jam 530pagi, baharulah pihak resort buka punca air bagi membolehkan air naik ke tangki. Kalau betul-betul tiada air, memang kene terjun laut la nampaknya :))
Jam 7pagi seawal pagi kami mengelilingi Gili dengan basikal. Keadaan masih lagi sunyi sepi dan masih nyaman. Sempat juga kami membeli sarapan, nasi ikan berjumlah Rp10k. Mengelilingi Gili Trawangan dengan basikal hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kalau berhenti dan menikmati pemandangan di pantai, mungkin akan mengambil masa yang lebih lama. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kami. Matahari sudah mula menampakkan diri.

Sekitar jam 830am - kami balik ke resort, packing, mandi dan breakfast. Minum pagi kami - Jus nenas yang asli, Roti bakar dan nasi ikan yang dibeli dengan penduduk tempatan. 
Jam 930am - check out dan menuju ke pantai. Tiket bot dibeli di mana-mana kaunter sahaja di Pantai Gili Trawangan dengan kos sebanyak RP15k sahaja. Sementara menunggu bot, kami makan aiskerim gili yang sangat sedap dan menitipkan kenangan di dalam lensa kamera telefon bimbit masing-masing.
Sekitar jam 1030am - kami menaiki bot untuk ke Jeti Bangsal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30min - 45min dengan ombak yang tiba-tiba melambung tinggi. Bagi yang senang mabuk laut, bersedialah dengan pil mabuk anda.
Setibanya kami di Jeti Bangsal, supir telah sedia menunggu untuk membawa kami ke destinas seterusnya. Kepala dah pening dan beralun-alun. Destinasi seterusnya adalah Senggigi.

Senggigi
Antara Pantai di Sengigi yang keren. Gambar ini diambil dari Villa Berhantu di tepi pantai.
Apa ada di Senggigi? Senggigi terkenal dengan keindahan panorama lautnya yang membiru menghijau. Di Senggigi kami menginap di Hotel Mascott. Hotelnya nyaman dan selesa. Memang lepas nie kene mandi dan membasuh baju sepuas-puasnya lah! :)) Kami rehat sebentar, dan solat sebelum meneruskan misi kami yang seterusnya.

Sekitar jam 1pm, guide kami yang setia, zen mengambil kami untuk ke tempat yang hendak dituju. Pesantren Ihya' Ulumuddin di Masbagi. Sebelum itu, kami singgah di rumah zen dahulu untuk mengambil barang-barang yang akan disedekahkan kepada Pesantren tersebut. Di rumah zen, kami disambut mesra oleh ibunya. Setelah berbagi-bagi barang dan mengasingkan barang-barang untuk Pesantren, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Pesantren pada jam 330pm.

Setibanya di Pesantren, azan asar berkumandang, langit cerah membiru. Kami terus dijemput untuk menikmati hidangan dan disuruh makan terlebih dahulu. Istimewanya orang Lombok ini, walaupun susah, mereka memuliakan tetamu yang datang dengan bersusah payah. MasyaAllah. Lauk ikan talapia bakar, tempe goreng, sup sayur dan telur goreng serta sambal dihidangkan kepada kami. Lauk pauk ini mungkin sekali lauk mewah mereka yang dapat dimakan sekali sekala, tetapi lauk inilah yang dihidangkan kepada kami. Selepas anak-anak pesantren solat asar, mereka dikumpulkan diruangan dewan dan berzikir dahulu sebelum pak kiyai memberi ucaptama dan mengalu-alukan kedatangan kami. Selepas itu wakil kami dijemput berucap.
 
Saya meninjau-ninjau keadaan pesantren dan mendapati terdapat banyak kekurangan. Melihat anak-anak ini hidup di dalam serba kekurangan dan bersesak di asrama lelaki mahupun perempuan membuatkan saya menginsafi diri....beruntungnya kehidupan saya sebagai hamba di muka bumi. Hidup beribu bapa, ada keluarga dan tidak miskin, walaupun tidak kaya. Anak-anak ini, dari kecilnya ada yang fakir, tiada beribu dan berayah, ada yang keluarganya tidak mampu menyekolahkan mereka, langsung dihantar ke sini untuk pendidikan yang sewajarnya. Atas inisiatif sahabat saya mengumpulkan sahabat-sahabat yang lain di dalama Grup Charity@Heart, Alhamdulillah secara istiqamah kami berjaya mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada Pesantren ini secara bulanan walaupun dalam jumlah yang tidak berapa nak besar bagi membantu anak-anak ini bersekolah dan untuk menampung keperluan-keperluan pesantren yang lain. Hasil sumbangan tersebut dan sumbangan-sumbangan dari yang lain, pesantren ini mampu menaiktaraf asrama puteri, tandas dan bilik mandi puteri serta infrastruktur yang lain. Semoga Allah swt redha dengan usaha-usaha ini dan saya doakan semoga kami sentiasa istiqamah!

Sekitar jam 430 petang, sebelum kami mengucapkan Ilalliqa' kepada semuanya, kami dihidangkan pula dengan air kelapa dari kebun pesantren...waduhhh, sangat enak!, dan sebelum kami keluar dari Pesantren, seramai-ramai anak puteri bersalaman dengan kami. Satu nikmat yang besar Allah swt berikan kerana kami diberi peluang untuk memuliakan anak-anak yatim ini dan mengusap kepala dan memeluk mereka. Kenangan terindah di tanah datar Lombok. Alhamdulillah...

Balik dari Pesantren, kami singgah di Kedai Eiger. Total damage = Rp80k untuk sandal. Kemudiannya kami kembali ke hotel. Guide setia kami memang ultra, tak nampak penat dari hari pertama sehinggalah sekarang.

Selepas solat, kami keluar semula. Masa dan hari yang berbaki semakin singkat ini tidak kami siakan. Plan asal nak ambil pakaian di laundry jam 8 malam, tapi kami terjebak agak lama di gerai bergerak terang bulan dan apambalik. Memang serius sedap apambaliknya dan terdapat dalam pelbagai rasa. Total damage = RM49k. Sementara menunggu apambalik siap, saya ke kedai serbaguna dan total damage  = Rp50k. Tercapai hasrat nak makan aiskerim Magnum White Hazelnut.

Laundry yang kami hantar pakaian-pakaian dan kasut-kasut berdebu kami pula mengenakan caj Rp23k. Terkejut! sebab murah banget. Total damage = Rp25k. Baju 2.5kg = 15k dan kasut sepasang 8k. Murah gilerrr. Boleh bayangkan kalau dihantar ke dobi di sana, memang lebih RM23 rasanya. Kasut yang berdebu dengan debu-debu Gunung Rinjani, belum tentu lagi laundry akan terima.

Sebelum pulang ke bilik hotel, kami dibawa ke tempat jualan souvenir di tepi IndoMart. Ramai yang menjual barangan souvenir di luar IndoMart berkenaan. Salah seorangnya Pak Aji. Beliau menjual gelang-gelang, cincin dari mutiara Lombok. Dan ramai lagi yang mencari rezeki disitu. Souvenir - bookmark, gelang mutiara, cincin mutiara - total damage = Rp330k.

Muka masing-masing puas hati walaupun ada juga barang yang dihajati tiada dan kehabisan stok. Lain kali datang lagi, insyaAllah :)

Berakhirlah hari ke-6 kami yang sangat padat. Alhamdulillah.

"Don't ever say that you're tired because there are so much good deeds you can be doing"~uark

10 September 2015

Travellingbie : Lombok: Day 5 - SENARU > AIR TERJUN TIU KELEP > AIR TERJUN SENDENG GILE > BANGSAL > GILI TRAWANGAN

"Only those who will risk going too far can possibly find out how far they can go." — T. S. Eliot.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikannya pahala itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan kepadanya pahala itu, dan Kami akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali ‘Imran : 145)

5am subuh - badan dan kaki dah mula sakit-sakit. Syukur...masih lagi diberi nikmat untuk menghirup udara segar di Senaru. Actually, otot yang sakit kerna telah digunakan dengan sepenuhnya sepanjang 4 hari mendaki Rinjani. Kami masih ada berbaki 3 hari lagi di Lombok termasuk hari ke-4 ini.

Jam 630am kami minum pagi yang disediakan oleh resort. Minum pagi di sini bukan buffet ya, semuanya 1 jenis minum pagi dan anda pilihlah minum pagi mengikut menu yang telah disediakan. Minum pagi kami kali ini terdiri dari - sandwich, roti bakar, pancake coklat, kopi dan teh

Program kami hari ini, membuat kunjungan muhibbah dan mesra alam di Air Terjun Tiu Kelep dan Sendeng Gile. Sekitar jam 720am - treking ke Air Terjun Sendeng Gile dan Tiu Kelep. Perjalanan dari resort ke air terjun dengan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang sejam. Trek laluan perbatasan hutan dan landai serta pemandangan yang mempesonakan mata menjadikan perjalanan kami tidak terasa penatnya. Bunyi air terjun yang menderu-deru seakan-akan terapi minda yang sangat berkesan buat kami. Berbaloi-baloi kami trekking selama sejam. Walaupun baru turun dari Rinjani, semangat masing-masing masih lagi berkobar-kobar disamping untuk meregangkan otot-otot kaki.
830am Sampai di Air Terjun Tiu Kelep, tanpa berlengah-lengah lagi kami mandi berendam selama lebih kurang sejam. Sangat Awesomeee air terjun nie, sejuk banget! Bagi yang bakal ingin menziarahi Lombok, jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke 2 Air Terjun di Senaru ini. Rugi kalau dah datang tak sampai ke air terjun yang sangat-sangat owhsomeee ini :))

Jam 930am selepas berendam tak ingat masa, kami bertolak balik ke Resort Sinar Rinjani..dan....

dalam perjalanan pulang pula, kami bermain air terjun di dalam kolong air terjun..bestttt, kerennn dann owhsomeee! Rasa tak nak balik. Nak berumah di tepi air terjun...hehehehe

Jam 1045am kami sampai di resort. Asalnya check out jam 11 pagi, memandangkan masing-masing seronok sangat jumpa air terjum seumpama tak mandi sebulan, lambat la kami check out.

Kemas2 barang, packing dan checkout. Tak terasa kepenatan otot masing-masing apabila berjumpa dengan air terjun.

Jam 1130am kami bergerak keluar dari Senaru dengan seribu satu kenangan. 

Destinasi seterusnya adalah tempat makan untuk makan tengahari. Perut masing-masing dah bernanyi-nyanyi minta diisi. Hari ini sedikit sedih memandangkan 3 orang daripada 7 kami akan terbang semula ke Keyhel. Berbaki 4 orang kami akan meneruskan perjalanan ke Gili Trawangan dan Senggigi

Jam 1pm - kami tiba di Rindu Alam, Lombok Utara untuk makan tengahari. Makanannya boleh tahan sedap. Tapi saya lebih suka makan tengahari pada hari pertama kami tiba di Lombok. Lepak lama sikit di tempat makan, solat jamak, makan2 dan lepak2. Post mortem dan sebagainya. Kos makan seorang 110k. Not Bad!

Jam 3pm - kami tiba di Jeti Bangsal untuk menaiki bot ke Gili Trawangan. Sebelum menaiki bot, kami mengucapkan Semoga Berjumpa lagi kepada 3 stoogess of us. Sedihhhhhh nak berpisah!

Untuk ke Gili Trawangan, kami perlu menaiki bot dari Jeti Bangsal ke Gili Trawangan. Tiket bot ke Gili Trawangan = Rp15k. Gili Trawangan dikenali dikalangan pengunjung-pengunjung luar negara kerana keindahan laut dan pantainya. Di sebelah Gili Trawangan pula ada 2 pulau lagi iaitu Gili Meno dan Gili Air yang kurang padat dan lebih tenang. Setibanya di Gili Trawangan, saya agak terkejut melihat kan suasana yang serba kebaratan. Di kiri kanan dan hampir setiap ruang di tepi pantai dipenuhi dengan Resort, hotel-hotel, villa dan diselangi dengan Cafe & Bar. Dalam masa yang sama, masih kedengaran suara azan berkumandang dari kampung-kampung yang ada di pulau tersebut.

Kami bermalam di resort biasa-biasa sahaja di sini sekadar untuk berehat dan melepaskan lelah. Semalam di Gili Trawangan, bagi saya sudah mencukupi. Sakit mata wehhhh!

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan di lautan dengan sebab tangan manusia, kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan.” (Ar-Rum : 41)
Jam 5 petang, kami menyewa basikal selama 24 jam di resort dengan kadar Rp50k. Dah lama rasanya tidak mengayuh basikal. Mengelilingi Gili Trawangan di kala petang sehingga senja dan menikmati keindahan matahari terbenam adalah sesuatu yang priceless! Tadabbur dengan alam...mudah-mudahan kami diberi peluang untuk menikmati ciptaan Allah swt ini dan mengambil iktibar, jadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur serta meningkatkan iman kami masing-masing.

Allah swt berfirman yang bermaksud: "Tidakkah engkau perhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di lautan dengan nikmat Allah, agar diperlihatkan-Nya kepada kamu sebahagian daripada tanda-tanda(kebesaran)-Nya?Sungguhlah pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda-Nya bagi setiap orang yang teguh pendiriannya dan banyak bersyukur.” (Luqman : 31)
Selepas maghrib kami mengunjungi Pasar Seni yang penuh dengan makanan, makan aiskerim yang sangat sedap dengan harga cuma Rp15k sahaja. Makan malam saya, Mee Cumi Rp40k dan Jus Alpokat Rp20k. Murah jugak sebenarnya. Kalau di Malaysia, Jus Alpokat hampir RM10. Hari ke-5 kami berakhir di sini. Ada 2 hari lagi untuk kami menjelajah bumi Lombok ini. Sekejap pula masa berlalu.
Keesokan pagi nya, Hari ke-6, kami berbasikal lagi mengelilingi Gili Trawangan secara keseluruhan. Ada yang ber-jogging sekitar pulau dan ada juga yang berbasikal seperti kami. Sekiranya anda mahu explore Gili Trawangan dengan basikal, ianya hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 30min sahaja, bergantung kepada anda juga. Sekiranya anda banyak berhenti untuk menikmati pemandangan dan bergambar, ianya akan mengambil masa lebih lama. Masa kami agak terhad memandangkan kami perlu menaiki bot kembali ke Jeti Bangsal pada jam 10am.

Jam 1030am, kami menaiki bot ke Jeti Bangsal. Pengalaman menaiki bot tanpa jaket keselamatan dan bot yang sangat open adalah agak mendebarkan terutama sekali apabila bot dilambung ombak laut yang agak kuat. Suspen pun ada, kalau-kalau bot terbalik. Dah la tak pandai berenang...:))

"But risks must be taken because the greatest hazard in life is to risk nothing. The person who risks nothing, does nothing, has nothing, is nothing. He may avoid suffering and sorrow, but he cannot learn, feel, change, grow or live. Chained by his servitude he is a slave who has forfeited all freedom. Only a person who risks is free. The pessimist complains about the wind; the optimist expects it to change; and the realist adjusts the sails." — William Arthur Ward.

07 September 2015

Travellingbie : Rinjani Lombok: Day 4 - PELAWANGAN > MENURUNI BUKIT PENYESALAN > POS 3 > POS 2 > SEMBALUN > SENARU

"Climbing is the lazy man's way to enlightenment. It forces you to pay attention, because if you don't, you won't succeed, which is minor — or you may get hurt, which is major. Instead of years of meditation, you have this activity that forces you to relax and monitor your breathing and tread that line between living and dying. When you climb, you always are confronted with the edge. Hey, if it was just like climbing a ladder, we all would have quit a long time ago." — Duncan Ferguson.

Macam dah malas nak perincikan perjalanan. Ape-apepun, itenary ringkas saya seperti di bawah ni:
830am - kami mulakan perjalanan pulang dari Pelawangan. Hingga ketemu lagi Pelawangan. InsyaAllah!. Perjalanan santai kerana menurun. Walaubagaimanapun, kene selalu berhati-hati dengan keadaan tanah yang berdebu dan kene jaga lutut. Biasa bila turun, kita akan lebih menggunakan lutut. 
Porter kami yang kelakar. Menggunakan tongkat sebagai kayu selfie mengajuk antar kami yang suka sangat berselfie berwefie dengan GoPro mahupun telefon bimbit :))
Namun guide kami memberi tips agar menggunakan tumit kaki ketika turun dan gunakan otot peha agar tekanan pada lutut tidak terlalu kuat dan memberi kesan yg menyakitkan kepada lutut. Dari Pelawangan ke Bukit Penyesalan mengambil masa juga lebih kurang 2 jam menurun. Sepanjang perjalanan turun, kelihatan ramai pendaki yang mendaki bukit penyesalan, begitu juga porter-porter yang membawa barang-barang. Hampir setiap pendaki kami tegur dengan ucap selamat agar selamat dan berjaya sampai ke puncak. Ada juga yang tidak respon, mungkin kepenatan mendaki bukit yang menyesal berkali-kali itu. Barangkali juga mahu simpan tenaga untuk sampai ke Pelawangan.
Jam 1030am saya dan sebahagian yang lain sampai di Pos 3. Kami rehat sekejap sementara menunggu yg lain sampai. Guide sibuk mengeluarkan air dan makanan. Kami pula sibuk berwefie sehinggakan aksi selfie wefie kami diajuk oleh porter-porter semasa di campsite. Rasa-rasanya lah, grup kami yang paling banyak berhenti untuk bergambar dan ber-wefie. Grup pendaki-pendaki lain kelihatan seriuss sepanjang pendakian dan penurunan. :))

Selesai merehatkan diri dan melepaskan lelah, jam 1100am kami meneruskan perjalanan turun ke Pos 2. Perjalanan turun agak santai dan berangin, nyaman dan saujana mata memandang. Sesekali kelihatan seperti Bukit Broga... :))
Jam 1215pm - kami sampai ke Pos 2. Ramai nya manusia bernama pendaki di Pos 2. Kami dimaklumkan hari minggu memang ramai yang mendako Rinjani. Pos 2 seumpama pasar minggu dengan keramaian yang dipenuhi pendaki. Tiba di khemah, porter-porter ada yang sibuk memasak untuk makan tengahari. Menu makan tengahari pun sedap banget. Saya request spesel menu - mee goreng sedap...ahaaaa. Nasib baik ade stok :)). Sebelum makanan siap, solat dulu memandangkan perjalanan masih lagi jauh. Selepas itu, barulah makan dengan sekenyangnya. Alhamdulillah.

Jam 2pm - perjalanan kami diteruskan dengan menuruni savannah Pos 2 sehinggalah ke Kampung Sembalun. Seorang kawan kami masih di belakang dan di Pos 2 nanti, moto speda akan mengambil beliau sehingga ke Sembalun.

Jam 400pm - kami sampai di Kampung Sembalun. Rehat sebentar sementara menunggu yang lain tiba. Sambil berehat-rehat, kami dihidangkan dengan strawberri manis banget dan buah lemon...aduhaiiii...sungguh pekerti mereka dengan tetamu. Terharu kami!
Jam 430pm - setelah 6 orang kami selamat tiba, kami menaiki lori pickup ke rumah salah seorang porter untuk berehat, menunggu beg dan menunggu seorang dari team kami

Jam 715pm - selepas seorang team kami sampai dan porter-porter sampai dengan beg-beg kami, acara mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh team porter dan guide diteruskan. Saya merasakan mereka ini merupakan team porter dan guide yang terbaik yang pernah saya alami. Perkhidmatan super duper bagus, masakan enak2 dan kesabaran mereka cukup tinggi. Gaji mereka sehari membawa barang-barang hanyalah Rp200k dengan muatan maksima 30kg. Kenangan bersama mereka ini Badang Rinjani tidak akan dilupakan. Nama-nama porter dan guide seperti Rio, Jarjit, Dayat, Zen, Rio junior, Meng dan lain-lain akan bersemadi dalam ingatan.

Setelah mengucapkan selamat, InsyaAllah berjumpa lagi nanti, kami meneruskan perjalanan ke Senaru dan bermalam di sana.

Asal rancangannya adalah turun dari Pelawangan ke Tasik Anak Segara ke Senaru. Namun, Allah swt lebih 'arif dan tahu keupayaan kami. Perjalanan dari Sembalun ke Senaru dengan lori pickup membuatkan hampir ke semua kami mabuk angin. Dengan jalan yang bengkang bengkok, angin malam yang menderu, membuatkan kami muntah angin setibanya di Homestay Sinar Rinjani Senaru. Pengalaman...pengalaman...lama betul tak naik pickup!

Jam 830pm - kami sampai di Homestay Sinar Rinjani Senaru utk bermalam dan merehatkan diri semalam. Bilik 06 - besar dan selesa! Alhamdulillah.

930am - kami makan malam, menghubungkan diri dengan internet, menghubungkan diri setelah beberapa hari putus hubungan dan seterusnya rehat untuk aktiviti keesokan harinya.

Alhamdulillah, tiada yang cedera teruk sepanjang ekspedisi pendakian. Alhamdulillah! Praise only be to Allah swt alone!

"Climb the mountains and get their good tidings. Nature's peace will flow into you as the sunshine flows into trees. The winds will blow their own freshness into you, and the storms teir energy, while cares will drop off like autumn leaves." — John Muir about Yosemite.

05 September 2015

Travellingbie : Rinjani Lombok: Day 3 - PELAWANGAN > PUNCAK RINJANI > PELAWANGAN

29 Ogos 2015 - Sabtu
"In the mountains there are only two grades: You can either do it, or you can't." — Rusty Baille.

Jam 12 tengah malam saya tersedar. Berdebar-debar dah nak mendaki Rinjani. Dengan persiapan ala kadar, keadaan fitness begitu tidak memberansangkan disebabkan kekurangan persediaan latihan fizikal. Saya banyakkan doa dan tawakkal padaNya. Jika ditakdirkan untuk sampai ke puncak, sujud syukur pada Allah swt. Kami bersiap-siap untuk ke puncak, Porter-porter dan guide masih belum bangun lagi. Kami yang terlebih semangat untuk menggapai puncak.

Jam 1 pagi, masing-masing telah siap. Chef menyediakan sarapan ringan buat kami sebagai alas perut ketika mendaki. Guide pula membawa bekalan yang secukupnya. Jam 1.30am, kelihatan kumpulan lain yang sudah bergerak untuk ke puncak. Kami memanaskan badan dahulu sebelum memulakan pendakian dan tidak dilupakan doa dipanjantkan agar semuanya berjaya menuju puncak. Pendakian kali ini memang dijangkakan akan lebih sukar dari semalam. Pendakian biasa ke puncak mengambil masa lebih kurang 4 jam. Pendakian seperti siput sedut seperti saya mungkin akan mengambil masa lebih lama. Tawakkaltu 'alallah!

Pendakian di dalam gelap mengingatkan saya kepada pendakian ke puncak Kinabalu pada tahun lepas. Perasaanya sama, cuma laluannya berbeza. Mujur juga saya dibantu oleh guide yang sabar seperti Dayat dan Zen. Mulanya Dayat yang mengiringi saya. Bagaimanapun, beliau perlu ke depan mengiringi team lain yang telah mula jauh ke depan. Yang tinggal di belakang bersama saya pula, guide dan sweeper yang sangat sabar, Zen. Bila saya berhenti, beliau pun berhenti tanpa berkata apa-apa. Bila saya bergerak, beliau akan bergerak bersama. Kadang-kadang saya mengarahkan Zen ke hadapan sehingga di satu tempat yang boleh berhenti, tunggu sahaja saya di situ. Kadang-kadang bila langkah Zen terkehadapan dari saya, sambil menunggu saya, beliau duduk berteleku sambil memanaskan badannya dengan rokok. Sepanjang pendakian, entah berapa batang rokok dihabiskan sementara menunggu pendaki tahap siput seperti saya ini. Kesabaran yang tinggi memang diperlukan bagi setiap malim gunung, apatah lagi memimpin dan menemankan pendaki yang sangat perlahan seperti saya. Ada ketikanya tahap mengantuk yang teramat sehinggakan saya terpaksa tidur sekejap di perbatasan trek yang curam sebelum meneruskan perjalanan. Tahap oksigen yang membataskan ruang udara keluar masuk dari rongga hidung juga menjadi salah satu faktor membataskan pergerakan.
Tiba waktu subuh dan matahari semakin meninggikan dirinya, saya minta izin untuk berhenti solat. Dalam jam hampir 6 pagi, tibalah di tempat yang agak selesa untuk solat. Berlatar belakangkan matahari terbit dan dengan pemandangan indah tasik segara, terasa kerdil diri ini dibandingkan dengan ciptaan Allah swt yang lain. Namun Allah swt telah menyempurnakan ciptaanNya yang bernama manusia dengan sesempurnanya. Maka nikmat Tuhan manakah yang kita dustakan ketika itu? Allahu...gigil dan sayu perasaan saya mengenangkan diberi peluang untuk menjadi hamba pada ketinggian 3000m atau lebih itu dan diberi kekuatan untuk berada lebih tinggi dari awan.
Pendakian diteruskan dan semakin sukar. Dengan dibantu tongkat sebatang, pendakian berbatu dan berpasir gunung berapi seumpama tiada penyudahnya. Puncak nya seperti hampir dekat dengan diri...nampak dekat di mata tetapi jauhnya di kaki. Sepanjang pendakian langkah kaki 2 tapak menjadi 1 tapak. Setiap langkah tanpa hati, akan menggelungsurkan kaki ke bawah. Langkah seumpama sia-sia dan punca melambatkan pergerakan. Yang paling awal sampai ke puncak sudah mulai turun. Pendaki yang turun seperti bermain ski memandangkan trek licin. Akibatnya kesan dakian dari pendaki lain hilang dan saya perlu mencari tapak yang baru dengan penuh hati. Hampir-hampir sahaja saya mengalah dan banyak kali jua saya menyatakan bahawa di tempat saya berdiri itulah puncak. Namun, guide saya sering menyatakan bahawa ada 500m, 400m, 300m lagi, 200m lagi untuk sampai ke puncak.
Dalam perjalanan menuju puncak, dan matahari semakin gagah memancarkan sinarnya, saya bertemu dengan team yang lain yang sampai lebih awal seawal 6pagi. Bertukar tongkat dengan k.farid dari 1 tongkat kepada 2 tongkat amat membantu perjalanan. Cuaca masih lagi sejuk walaupun cahayanya dan bahang matahari  semakun memeritkan muka dan terasa amat dekat di kepala. Saya memandang ke atas...sikit lagi, sikit lagi nak sampai walaupun treknya semakin sukar.
Jam 10pagi....dengan penuh susah payah dan gigihnya, akhirnya saya tiba di puncak. Terus menyujudkan diri pada Yang Maha Kuasa kerna memberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaanNya yang tidak akan dapat dirasai dan dinikmati di tanah rata. Perasaannya....heartlesss n priceless. Tiada kata yang dapat mengungkapkan perasaan tersebut. Hanya yang sampai ke puncak mana-mana gunung sahaja yang memahami rasa indah ini. Alhamdulillah!
Jam 1030am - kami mulakan perjalanan menurun. Trek turun sangat selesa memandangkan ianya banyak menggunakan teknik sliding, seumpama bermain ski. Tiba pada ketinggian yang mana saya hampir-hampir putus asa, saya melihat semula ke atas. Trek yang hampir-hampir melenyapkan semangat saya telah saya tempuhi...seperti tidak percaya! MasyaAllah...indahnya perasaan dan pemandangan! Sekiranya diberi peluang sekali lagi, belum tentu lagi akan sampai lagi ke puncak.

Perjalanan turun mengambil masa separuh dari masa naik. Dan perjalanan yang licin itu kadangkala membahayakan kerana di kiri kanan trek merupakan gaung. Silap-silap terjatuh atau tersungkur, terus terjun ke gaung. Beberapa kali saya terduduk disebabkan keadaan trek yang licin berpasir dan berdebu. Kami sampai semula di Campsite Pelawangan pada jam 2pm. Alhamdulillah.
Sampai di campsite, bersihkan diri, solat dan makan tengahari serta minum petang. Bila dilihat puncak Rinjani dari jauh, seakan-akan mimpi di dalam mimpi. Usia sebegini, Allah swt masih memberi peluang untuk tadabbur bersama alam. Membesarkan keindahan ciptaanNya agar kita jadi lebih hamba padaNya. Pemandangan luar biasa indah begini tiada di tanah rata. Hanya yang mendaki sahaja yang dapat melihat keindahan yang sangat indah di atas sana. Alhamdulillah

Saya bernasib baik kerna tidak mengalami sebarang kecederaan teruk. Hanya mengalami kekejangan dan blister di kaki memandangkan kaki tersebut agak lama berada di dalam stokin dan kasut.
Itupun nanti bakal melambatkan pergerakan turun ke Sembalun.

"In a sense everything that is exists to climb. All evolution is a climbing towards a higher form. Climbing for life as it reaches towards the consciousness, towards the spirit. We have always honored the high places because we sense them to be the homes of gods. In the mountains there is the promise of... something unexplainable. A higher place of awareness, a spirit that soars. So we climb... and in climbing there is more than a metaphor; there is a means of discovery."    — Rob Parker.
Indahnya ciptaan Allah swt. Maka nikmat Tuhan manakah yang kita dustakan??? Allahu!

04 September 2015

Travellingbie : Rinjani Lombok: Day 2 - RINJANI POS 2 > POS 3 > BUKIT PENYESALAN > PELAWANGAN

28 Ogos 2015 - Jumaat
"One does not climb to attain enlightenment, rather one climbs because he is enlightened."    — Zen Master Futomaki.

Bermalam di Pos 2 semalam. Paginya selepas subuh barulah nampak pemandangan yang indah yang tidak terlihat dan kelihatan malam tadi. Saujana mata memandang MasyaAllah. Kami menikmati pemandangan tersebut dengan penuh nikmat dan syukur kerna telah diberikan peluang untuk menikmati suasana dan pemandangan yang amat jarang kami temui di Malaysia. Kalau nak rasa feel savannah dengan pemandangan yang limited di Malaysia, bolehlah mendaki Broga di Semenyih.

Khemah kami yang 1st class, disiapkan dengan sleeping bag yang tebal dan selesa untuk memanaskan badan ketika beradu.
Yang merah itulah Tenda Merah atau Bilik Termenung :))
Minum pagi kami yang sedap disediakan oleh chef-chef profesional gunung Rinjani. Jam 830am kami meneruskan perjalanan ke Pelanwangan, tempat rehat dan tidur kami untuk malam ke-2.

Sebelum itu, kami diingatkan bahawa kami akan melalui Bukit Penyesalan. Saya membayangkan bukit tersebut akan penuh dengan penyesalan-penyesalan yang tidak berkesudahan. Kenyataan seperti:
"kenapa la aku bersusah payah naik gunung. Tido di rumah kan lebih bagus"....akan sentiasa disebut-sebut sepanjang mendaki bukit penyesalan tersebut

Perjalanan saya dari Pos 2 ke Pos 3 mengambil masa lebih kurang 1 jam - perjalanan yang santai dan landai, masih lagi dikelilingi dengan savannah memang menyamankan dan meluaskan horizon pemandangan. Jam 930am, saya sampai di Pos 3. Rupanya Pos 3 tersebut merupakan permulaan pada pendakian penyesalan.

Dari Pos 3 ke Pos 3 Extra trek mendaki selama 1 jam. Kami rehat sebentar untuk melepaskan lelah di dada. Jalan trek sudah mula berdebu. Setiap langkah penuh dengan debu-debu kering gunung berapi. Alhamdulillah cuaca menyebelahi kami, tidak terlalu panas dan melelahkan untuk pendakian seterusnya.

Bermula dari Pos 3 Extra, bermulalah pendakian yang penuh penyeksaan dan penyesalan. Pendakian normal akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Bagi saya yang mendaki seperti siput sedut, ianya mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih untuk sampai ke Pelawangan.
Jam 230pm, saya sampai di Pelawangan. Tempat camping kami berada di hujung sekali hampir dengan trek pendakian ke puncak. Ini adalah untuk memudahkan kami mendaki dan mengurangkan tempoh pendakian pada awal pagi nanti. 


Campsite Pelawangan sangat panjang, setibanya di awal Pelanwangan, khemah-khemah pendaki telah tersusun kemas di sepanjang trek tersebut dan saya mengambil masa lebih kurang 20minit untuk sampai ke tapak khemah kumpulan kami. Setibanya di khemah, kami membersihkan diri sekadarnya, solat dan makan tengahari. Makan tengahari yang sedap Sup sayur telur puyuh telah disediakan oleh chef gunung yang telah sampai lebih awal, khemah pula telah tersedia terpacak di atas tanah. bau ikan kering yang semerbak telah sampai ke hidung kami masing-masing. Bau sebegitulah yang membangkitkan selera kami walaupun bagi mereka makanan tersebut biasa-biasa sahaja. Hmmm...makanan porter pun kami paww...dan sebagai gantinya, mereka makan menu kami yang dianggap mewah. Nikmatnya dapat makan ikan kering dan bilis beserta sup sayur telur puyuh di tengah-tengah kesejukan angin petang nie. :)) Minum petang kami juga disediakan. Berselaranya semua makan, apatah lagi semuanya kelaparan.
Menikmati pemandangan dan suasana di Pelawangan di waktu petang dan senja, mengingatkan saya betapa tidak terhitungnya nikmat Allah swt yang telah diberikan, dan kita sebagai hambaNya masih lagi mengeluh kesah di atas ketidak sempurnaan kehidupan kita di dunia, mengeluh kesah dengan ujian yang menimpa sedangkan Allah swt telah berfirman di dalam Surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

Apa yang kita ada, nikmatilah ia. Apa yang kita tiada dan orang lain ada, bersyukurlah kerna kita punyai apa yang orang lain tiada. Nikmati hari-hari kehidupan kita dengan sebaiknya. Bersyukur dengan apa yang kita ada, dan sabar dengan apa yang kita tidak ada. Dan ingatlah semua yang kita ada itu bukanlah milik kita. Semua nya adalah pinjaman dari Allah swt hatta diri kita sendiri. Jagailah dan hargailah nikmat tersebut.

DR.Yusuf Qardhowi berkata: "Shahhih wij-hataka takun kullu hayatika 'ibadah". ~ Betulkan niat dan tujuanmu niscaya semua hidupmu bernilai ibadah.

Selesai solat maghrib dan isyak, kami dihidangkan dengan makan malam yang sangat sedap. Cuaca dan suhu pada malam ke-2 ini sangat sejuk, sekitar 10'C. Bulan juga mengambang penuh dan bintang-bintang bertaburan indah di langit nan gelap.
Makan malam kami kali ini = Nasi Paprik yang sangat sedap. Berselera masing-masing makan walaupun nasi habis separuh ja. Selebihnya, kami berikan kepada porter-porter dan guide. Kami sedia maklum, makanan kami biasa-biasa sahaja, tetapi tidak bagi mereka. Makanan yang dimasak merupakan makanan mewah mereka yang jarang-jarang mereka dapat rasa. Kami pula menginginkan ikan kering, bilis dan sambal untuk membuahkan selera makan kami. Makanya, selalulah kami bertukar menu dengan mereka. Kami makan makanan biasa mereka dan mereka berpeluang untuk merasai makanan yang jarang-jarang dapat dimakan bila turun dari gunung. Itu juga sedekah buat mereka. Semoga Allah swt redha!
Keropok merupakan feveret semua orang :))
Jam 830pm, selepas makan, suhu badan saya tiba-tiba naik. Memang sah dah kene demam malam. Sapu minyak panas seluruh badan. Saya terus masuk ke khemah, masuk dalam sleeping bag, doa banyak-banyak agar dipermudahkan perjalanan seawal pagi dan rehat menggantikan semula tenaga yang kehabisan siang tadi, dan bersedia untuk berjuang sehingga puncak seawal pagi nanti.

Benarlah sabda Nabi saw:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Maksudnya: Dua nikmat yang Allah kurniakan, ramai orang yang kerugian (tidak menggunakannya) dengan sebaik mungkin; kesihatan dan kelapangan. [HR: Bukhari].

"There have been joys too great to be described in words, and there have been griefs upon which I have not dared to dwell, and with these in mind I say, climb if you will, but remember that courage and strength are naught without prudence, and that a momentary negligence may destroy the happiness of a lifetime. Do nothing in haste, look well to each step, and from the beginning think what may be the end."    — Edward Whymper.

Travellingbie : Rinjani Lombok: Day 1 - CHERAS > KLIA 2 > LOMBOK > SEMBALUN > POS 2

27 Ogos 2015 - Khamis
7th of us - The Fellowship of Rinjani began on 27th August 2015. Some of us are strangers to others and some of us have been friends for so many years. The 7th of us, became friends in the virtual world and we just met at KLIA2 before flying to Lombok. There's uniqueness of Ukhuwah of Climbers and Travellers which i never find in others. Alhamdulillah!

Saya mulakan dengan Bismillahirrahmaanirrahiiim. Semoga Allah swt melindungi perjalanan kami semua. Sejujurnya, saya tidak yakin untuk mendaki Gunung Rinjani sehingga ke puncak. Pendakian yang mengambil masa yang agak lama telah lama saya tinggalkan. Walaubagaimanapun, tiket telah dibeli, persediaan telah dibuat walaupun sangat tidak rapi dan tahap kekuatan fizikal juga agak goyah berbanding persediaan saya mendaki Gunung Kinabalu pada tahun yang lepas. Akan tetapi sebagai salah seorang orang gunung dan pernah menakluk gunung-gunung di Malaysia, saya mengambil quote Sir Edmund Hillary sebagai panduan " It's not the mountain we conquer, but ourselves".

Sedikit maklumat mengenai Gunung Rinjani:
Gunung Rinjani terletak di Gunung Rinjani National Park, Lombok Indonesia. Taman Negara tersebut berkeluasan 41,000 ekar diliputi oleh gunung-gunung dan hutan-hutan berekosistem Nusa Tenggara. Waktu yang sesuai untuk mendaki adalah sekiran Mei - November di mana cuaca nya kering dan panas. Pada musim hujan, taman negara tersebut ditutup kepada umum untuk mengelakkan bencana dan kemalangan. Inilah gunungnya yang akan kami daki. Doakan kami semua selamat! :))
Map of Mount (Gunung) Rinjani, Lombok, Indonesia

Seawal jam 416am keluar rumah ke ERL Putrajaya. 450am tiba di ERL, terlepas pulak tren pertama ke KLIA2, tunggu pula tren ke-2 jam 5.20am. Sambil menunggu tu terasa seperti tertinggal sesuatu. Rupa-rupanya benda penting yang tertinggal - TONGKAT!. Apalagi, berlari-lari lah ke tempat letak kereta untuk mengambil tongkat dalam masa 5 minit lagi tren nak sampai. Penat berlari-lari, seumpama naik gunung ja. Nasib baik sempat tiba sebelum tren sampai. Alhamdulillah. Mana-mana ekspedisi, ada sahaja tragedinya :))

540am tiba di KLIA2 dan berkumpul di hadapan Information Counter, terus ke tempat wrapping beg. Sayang beg kalau tak wrapping :)). Selesai check in di U14, kami solat subuh di surau atas balai pelepasan antarabangsa. Memandangkan masa masih panjang, kami berkumpul di hadapan Cafe Irish Sandwiches sambil menikmati makan awal pagi, homemade sheppard pie.
Jam 7 pagi, masuk ke balai pelepasan dan melepasi proses imigresen dan sebagainya. Boarding Gate L2, dekat je dengan pemeriksaan imigresen. Penerbangan kami dengan AK308 ke Lombok mengambil masa lebih kurang 3 jam 10 minit.
840am - Fly high to Lombok sambil menikmati makan pagi roti canai yang disajikan oleh gadis cantik Airaisa.
1145am - Tiba di Lombok. Urusan pemeriksaan dokumen dan beg mengambil masa lebih kurang 30min
Guide kami, Zen telah setia menunggu di luar balai ketibaan. Sebelum tu singgah dahulu ke kedai serbaneka untuk membeli air. Kos Rp52500
Jam 1230pm, kami bergerak dari Lapangan Terbang menuju Sembalun dengan menyinggah di beberapa pitstop. Perjalanan ke Sembalun, sekiranya tiada menyinggah akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

1st pitstop - Kedai Mutiara
2nd pitstop - Singgah ditempat makan utk mkn tengahari dan solat. Makan di area kawasan Masbagi - makanannya sedap sangat dan suasananya nyamann. Ikan goreng, ayam goreng, sayur ayer, tauhu goreng, sambal yang sgt sedap dan ayer kelapa yang kaww...kenyang sampai malam. Selepas makan dan solat asar,kami meneruskan perjalanan ke Sembalun.

Jam 4pm - selesai makan dan solat.

530pm tiba di Sembalun. Berhenti sekejap di ladang strawberri utk makan strawberri yg manis dan sedap. Sampai di rumah trekker & porter di Sembalun menghampiri jam 6pm. Mengemas dan mengasingkan barang2 utk di bawa oleh porter dan yg dibawa sendiri. Solat maghrib dulu sebelum bertolak.
650pm - memulakan perjalanan dari Sembalun ke Pos 2. Pengalaman trekking waktu malam memang tiada harganya - Priceless. Indahnya kejadian Allah swt pada waktu malam, angin sejuk menerpa muka kami dan perjalanan kami ditemani bulan terang dan bintan-bintang yang bertaburan.
850pm - tiba di Pos 1 rehat sebentar (2jam)
930pm - kami tiba di Pos 2 dalam masa setengah jam
Kelihatan porter sedang menyiapkan tapak khemah, dan memasak. Terkejut diorang kami dah sampai....cepat katanya :))

Kami rehat-rehat dan solat sementara menunggu chef menyiapkan makanan malam. Selepas makan malam, masing-masing melabuhkan tirai malam dan berehat untuk perjalanan yang lebih panjang keesokan harinya.

"How to get the best of it all? One must conquer, achieve, get to the top; one must know the end to be convinced that one can win the end - to know there's no dream that mustn't be dared. . . Is this the summit, crowning the day? How cool and quiet! We're not exultant; but delighted, joyful; soberly astonished. . . Have we vanquished an enemy? None but ourselves. Have we gained success? That word means nothing here. Have we won a kingdom? No. . . and yes. We have achieved an ultimate satisfaction. . . fulfilled a destiny. . . To struggle and to understand - never this last without the other; such is the law" ~ George Mallory, Climbing Everest: The Complete Writings of George Mallory