06 August 2015

Cabaran berpuasa di Bulan Syawal

Pernah tak alami hari-hari yang kita berpuasa, ada jemputan rumah terbuka sepanjang bulan Syawal sama ada hari bekerja atau hujung minggu.

Sepanjang Syawal, hampir setiap hujung minggu ada jemputan rumah terbuka ataupun kenduri kendara. Dan kita pun sama-sama berlumba menjemput kawan-kawan ke rumah untuk rumah terbuka.

Bagi saya yang beraya lama di kampung, memang susah nak puasa bila sepanjang 7 hari 7 malam di mana rumah sentiasa terbuka menerima tetamu yang datang berkunjung sama ada dari kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan adik beradik, pelajar-pelajar dan sebagainya. Kalau kene masak lagila mencabarnya puasa. So, 7 hari tersebut atau lebih hari tersebut dah tak puasa. Belum lagi hari-hari yang kaum wanita diharamkan berpuasa. Banyak hari dah kene tolak tu. Jemputan rumah terbuka dari kelab-kelab, jabatan-jabatan, agensi-agensi, syarikat-syarikat belum lagi diambil kira.

Makanya, dari 30 hari Syawal tersebut, tinggallah beberapa hari sahaja yang kita dapat berpuasa. Salah satu cara untuk menyempurnakan Puasa 6 di bulan Syawal dan menggantikan puasa wajib adalah:
  1. Senaraikan tarikh-tarikh jamuan makan tersebut;
  2. Berpuasa pada hari yang mana tiada jamuan rumah terbuka;
  3. Pilih undangan jamuan rumah terbuka anda. Anda mungkin dapat berpuasa sebanyak hari yang mungkin;
  4. Tekadkan niat anda - biasanya niat ganti puasa wajib. Ganti puasa wajib memang tak boleh berbuka disiang hari melainkan dharurat atau masalah kesihatan. Kalau puasa sunat, bila tuan rumah ajak makan, terpaksalah berbuka :)) ;
  5. Menolak ajakan dengan berhemah, agar tuan rumah tidak berkecil hati.
  6. Apa-apapun, niatkan berpuasa tersebut kerana Allah swt - Firman Allah Ta’ala bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Fasting is, first and foremost, an exercise for identifying and managing adversity in all its forms. With faith, in full conscience, fasting calls women and men to an extra degree of self-awareness.~ Tariq Ramadan
Semoga Allah swt terima ibadah puasa kita dan semoga Allah swt redha kita sebagai hambaNya.
Aameen.

No comments: