Hutang kereta...
Berapa ramai dari graduan lepasan universiti atau kolej yang dapat kerja terus membeli kereta. Berapa ramai pula yang masih menganggur meminta2 kereta dari ibu bapa mereka. Berapa ramai ibu bapa yang menanggung hutang beberapa kereta demi anak mereka. Berapa ramai pula yang sanggup ikat perut atau lebih teruk lagi, hidup di ambang muflis kerana sebuah kereta idaman?
Tidak dinafikan, kereta merupakan keperluan untuk kita ke tempat kerja, pergi dari satu tempat ke satu tempat. Kereta juga, kalau kene dengan caranya membantu kita menjana kewangan. Kereta juga merupakan keperluan bagi sesebuah keluarga di dalam urusan kehidupan seharian - menghantar anak ke sekolah, membeli barang-barang keperluan harian keluarga, melancong bersama keluarga dan sebagainya.
Tetapi, perlu diingatkan bahawa kos operasi kereta memakan nisbah yang besar dari pendapatan kita. Mempunyai kereta tidak membantu anda menjimatkan perbelanjaan harian atau bulanan anda, malahan menghabiskan wang anda untuk anda meningkatkan stail kehidupan anda. Lebih besar kereta anda, lebih banyak belanja yang dikeluarkan untuk penyelenggaraan berjadual, kos petrol, bayaran bulanan dan sebagainya. Apabila nisbah lebih besar dibelanjakan untuk kereta anda, secara tidak langsung, kemampuan anda untuk menyimpan dan melabur semakin berkurangan.
Kereta - sama ada anda memiliki MyVi yang comel, Honda atau Toyota yang selesa, BMW atau Wald yang menampakkan gaya hidup mewah anda, itupun masih berhutang, kereta tersebut tujuannya hanya 1 sahaja - untuk sampai ke tempat yang dituju sama ada cepat atau lambat. Sekiranya anda terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, kereta anda sama sahaja dengan kereta-kereta yang lain yang terperangkap di dalam kesesakan tersebut. Walaupun kereta anda lebih mahal dari kereta di hadapan atau di belakang atau di kiri atau di kanan anda, ianya masih sama tarafnya. Lainlah kalau kereta mewah anda tersebut boleh terbang!
Kereta merupakan "Wasting Assets", dalam erti kata lain "worthless". Hari ini anda membeli dengan harga RM90,000.00, keesokan harinya harga tersebut jatuh mendadak dan dalam masa yang sama, anda menanggung beban bayaran bulanan kereta tersebut lebih RM1000 selama 7 atau 8 tahun. Apabila habis membuat bayaran terakhir, nilai kereta tersebut menjunam jatuh kepada 30% atau 20% dari nilai asal. Yang lebih teruk lagi mungkin nilainya hanya 5% atau tiada nilai langsung.
Mari kita buat pengiraan yang paling senang:
Nilai kereta yang anda beli RM90,000
Downpayment = RM12,000
Pembayaran selama = 7 tahun
Kadar Keuntungan = 3.9%
====================
Pembayaran selama 84 bulan
Bayaran bulanan lebih kurang RM1062.58
Dengan kadar efektif = 3.97
Jumlah Interest = RM11,256.74
Jumlah keseluruhan yang anda bayar = RM101,256.74
Itu baru 1 kereta, kalau anda mempunyai 2 kereta, bayangkan berapa banyak $$ yang anda belanjakan hanya untuk membayar bulanan kereta dan anda perlu mengambil kira perbelanjaan lain-lain sama ada harian atau bulanan atau berjadual.
Sekiranya anda berhajat untuk mengurangkan kos tersebut, sangat-sangat dialukan agar anda boleh menambah aliran tunai anda sekaligus meningkatkan "capital".
Pilih kereta yang kurang mahal tetapi "reliable", menjimatkan petrol dan senang diselenggara;
Nyahkan fikiran anda dari perasaan "car lust" dan fikirkan anda lebih baik daripada mengikut hawa nafsu anda sendiri dan sangat bagus perasaanya apabila dapat menjimatkan duit gaji anda sebanyak yang mungkin untuk kereta tersebut;
Jangan bandingkan kereta anda dengan orang lain - kerana yang membayar dan menanggung hutang kereta tersebut adalah anda.
Jangan terjebak dengan pinjaman kereta lebih dari 5tahun atau lebih dari hayat kereta anda.
Akhir sekali, pilihan di tangan anda. Bijaklah di dalam membuat pilihan. Anda perlu berhati-hati dengan perasaan anda, apabila memiliki kereta menjadi kebanggaan anda dan bukannya keperluan anda. Anda akan cenderung untuk menukar kereta kepada yang lebih besar dari gaji anda!
No comments:
Post a Comment