“What is MONEY? a piece of PAPER, a chunk of METAL or just some bits and bytes.
It’s been called the ROOT OF ALL EVIL, but it can also help UPROOT ALL EVIL.
It can’t buy you HAPPINESS or LOVE, but some fall in LOVE WITH IT anyway.
It can CHANGE who you are, help find out WHO YOU really are.
It can ENSLAVE you, and FREE you.
It can open DOORS, buy you DOORS, But it won’t tell you what to do once you are INSIDE,
CONTROL you and give you CONTROL.
It can give you the power to say YES and the freedom to say NO.
It’s EVERYTHING ……………. and NOTHING.
Because MONEY is just money”
― Harmon okinyo
Sumber ilustrasi dipetik dari : https://www.imoney.my/articles/what-is-true-affordability?utm_source=newsletter&utm_medium=email&utm_campaign=2015-01-03-what-is-true-affordability
Kelayakan vs. Kemampuan:
Bagaimana anda bezakan takrif kelayakan dan kemampuan anda di dalam membuat sesuatu atau memohon pinjaman sama ada pinjaman perumahan atau peribadi dan sebagainya?
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4:
Kelayakan bermaksud = kebolehan, kecekapan, kesanggupan
Manakala Kemampuan pula bermaksud = 1. kesanggupan (utk melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan;
Cuba lihat contoh pada ilustrasi di bawah:
A mendapat gaji kasar RM2,500 sebulan dan setelah ditolak EPF, gaji bersih A adalah = RM2,100. Komitment sedia ada masih lagi RM0.00. A ingin membeli rumah sebagai permulaan. Kelayakan meminjam A adalah sebanyak RM270,000.00 dengan komitment bulanan pembayaran sebanyak RM1,269.00 lebih dari 50% dari gaji A. Walaubagaimanapun, kemampuan A di dalam membayar balik pinjaman yang berjumlah hanya RM150,000.00 dengan komitment bulanan sebanyak RM705.25 lebih kurang 28% dari gaji A.
Untuk menilai kemampuan seseorang di dalam membayar pinjaman atau hutang, hutang tersebut tidak boleh melebihi 30% dari gaji sedia ada. Sekiranya bebananan bayaran hutang A melebihi 30%, A akan menghadapi masalah di dalam menguruskan perbelanjaan yang lain kerana lebih 50% dari gaji A dihabiskan untuk membayar pinjaman perumahan.
"Rule of Thumb" di sini = bebanan hutang anda handaklah sama atau kurang dari 30% gaji kasar anda.
Bagaimana inflasi memberi kesan kepada Kemampuan anda di dalam membayar Pinjaman:
Inflasi menurut Kamus Pelajar Edisi Ke-2 bermaksud = kemerosotan nilai mata wang kerana banyaknya wang yg beredar dan menyebabkan harga barang-barang naik.
Dengan maksud lain - kemampuan anda di dalam berbelanja akan berkurangan disebabkan harga barang-barang atau keperluan lain naik.
Begitu juga sekiranya anda membuat pelaburan. Keuntungan atau dividen yang anda perolehi setiap tahun perlu ditolak dengan kadar inflasi semasa. Sebagai contoh, Dividen Tabung Haji anda pada tahun ini dianggarkan sebanyak 8.5% dan kadar inflasi pada tahun tersebut pula adalah sebanyak 4.5%. Keuntungan anda atau pulangan sebenar adalah hanyalah 4.0%. Di dalam pelaburan, anda perlu mengambil kira kadar inflasi bagi membolehkan anda mendapat pulangan yang maksima, disamping mengurangkan kerugian di dalam pelaburan anda.
Berapa peratus yang diperlukan untuk Simpanan dan Perbelanjaan?
- Simpanan minima = 10% dari gaji anda. Sekiranya anda boleh menyimpan sebanyak 30% setiap bulan, itu lebih baik.Sama ada anda menyimpan di dalam ASB, Tabung Haji, Mutual Fund, Equiti dan sebagainya, terpulang kepada anda. (Your financial goals)
- Simpan dahulu, barulah berbelanja. - Anda perlu disiplin di dalam perkara ini. Selepas mendapat gaji, simpan dahulu 10% dari gaji anda. Selepas itu, baharulah anda mengatur perbelanjaan anda.
- Utamakan perbelanjaan tetap (fixed spending) yang perlu anda bayar setiap bulan sebelum berkira-kira untuk berbelanja di Pusat membeli belah ataupun berbelanja untuk aktiviti riadah dan melancong. Kos tetap termasuklah = bil-bil utiliti termasuk bil letrik, bil air, bil telefon dan sebagainya, sewa rumah atau pinjaman rumah, bayaran kereta, pinjaman peribadi, dan komitmen bayaran bulanan yang lain.
- Perbelanjaan harian (flexible spending) ini termasuklah belanja harian anda di dalam makan minum, keperluan harian rumah, hiburan, dan lain-lain.
Utamakan Matlamat dan Keperluan anda, barulah anda boleh bersenang lenang dengan kehendak anda. Sekiranya Matlamat dan Keperluan anda tidak mencukupi, bagaimana anda boleh berbelanja untuk memenuhi kehendak anda. Tetapi kebanyakan dari kita lebih mengutamakan kehendak dari matlamat dan keperluan. Sekiranya kita berterusan dengan sikap kita yang lebih mementingkan kehendak di dalam kehidupan, kita akan sentiasa mengeluh kesah dan kecenderungan untuk menyalahkan orang lain di atas ketidakupayaan kita itu akan berterusan sehinggalah kita mati. Oleh itu, ubahlah sikap kita, pentingkan apa yang lebih utama. InsyaAllah matlamat kita akan tercapai, seterusnya keperluan kita akan dapat dipenuhi dan kehendak kita serba sedikit akan terlaksana.
― Nathan W. Morris
No comments:
Post a Comment