Musim menilai prestasi sedang rancak berjalan. Saya lebih suka dinilai dari menilai. Menilai prestasi yang lain adalah jauh lebih susah dari dinilai. Bila saya dinilai, kebiasaannya saya akan redha dengan apa sahaja keputusan dan markah oleh sang penilai, kerana itulah markah yang saya layak terima hasil usaha kerja selama setahun. Apabila kita menjadi penilai, susahnya hendak menilai berdasarkan prestasi kerja anak-anak kita selama setahun, yang kadang-kadang mungkin ada sahaja benda-benda kecil yang kita terlepas pandang. Penilaian yang kita berikan juga mungkin sahaja diterima baik atau tidak oleh yang dinilai. Penilaian kita juga mungkin dilihat berat sebelah dan mungkin juga akan membuatkan yang dinilai marah, mengamuk dan menjadi hijau.
Apa-apapun, bagi saya...semasa membuat penilaian tersebut, kosongkan fikiran, lapangkan dada dan nilailah dari sudut prestasi kerja dan bukannya emosi. Walaupun ada anak-anak kita yang berperangai pelik dan menjelekkan kita, pasti ada sebabnya. Yang penting kerja-kerja yang ditugaskan diselesaikan mengikut jadual dan mengikut perancangan, itu sudah cukup penting untuk kita memberikan markah yang memberansangkan dari segi kerja. Penilaian lain pula, nilailah dengan mata hati dan akal agar natijah penilaian kita itu tidak memberikan kesan yang buruk kepada yang dinilai, kecuali jika seseorang tersebut benar-benar tidak dapat dibantu dalam menangani masalah kendirinya dan atitudnya sendiri. Hanya individu tersebut sahaja yang dapat menolong diri sendiri sekiranya mereka mempunyai masalah "attitude".
Selamat membuat penilaian bagi para penilai. Bagi saya, setiap markah yang hendak diberikan merupakan keputusan yang sukar!
“Your strength will be found when you stop struggling with yourself, instead of thinking everyone is a struggle worth overcoming. Every obstacle in life is a lesson that teaches us, not others.”
― Shannon L. Alder
No comments:
Post a Comment