20 July 2014

Travellingbie : Musafir with mission - Iftar di Syiah Kuala, Aceh

Selepas check in dan berehat sebentar di bilik, kami menuju pula di tempat iftar. Agak jauh dari kawasan hotel. Ianya berdekatan dengan kuala.....hmmm...tak ingat nama. Di kawasan tersebut terdapat makam seorang syeikh dari tanah arab yang mengembangkan Islam di Aceh. Kami melawat kawasan tersebut dan sepanjang perjalanan, kami dimaklumkan bahawa sekitar kawasan tersebut juga di landasan Tsunami. Kawasannya mendatar dan berdekatan dengan laut dan berdekatan dengan Pulau Sabang (kalau tak silap). Teringin nak pergi ke pulau tersebut yang mana disebut2 sahabat dr Aceh, bahawa pulau tersebut terkenal dengan kecantikannya.

Iftar kami kali ini di Restoran Syiah Kuala. Yang nie kene sebut betul2. Ianya bukan dengan sebutan Syi-ah. Sebutannya "Syi-yah" yang bermaksud "Syeikh". Menu kami...Alhamdulillah, - ayam tangkap, gulai kambing dll. Nak ceritakan lebih lanjut...hmmm...tengok gambar aje la. :)

No comments: