20 July 2014

Travellingbie : Musafir with mission - ibrah lawatan ke Museum Tsunami

Hari-2 kami sempat melawat Muslim Tsunami. Kali pertama melawat #Aceh pada tahun 2009, bangunannya telah siap tetapi masih dlm usaha untuk mencantikkan landskap sekeliling dan "finishing" bangunannya. Pun begitu masa itu sudah dibuka kepada umum. Kali ini, keadaannya berbeda. Sangat cantik dan teratur dari masa masuk sehinggalah ke akhirnya. Kami dibimbing oleh kemudharatan yang memberi penerangan pada setiap lokasi dari Lorong Tsunami, lorong bingung, dan kesemuanya.
Satu perkara yang sangat terkesan di hati apabila pemudahcara memberi penerangan mengenai gambar tertera. Sangat memilukan hati apabila melihat mayat2 hanya dijalankan dengan plastik sahaja kerna kain kapan tidak mencukupi dan kesemuanya dikuburkan di dalam 1 lubang kubur. Tidak semena2 air mata jatuh berderai dan tanpa sedar saya menangis teresak2 melihat gambar tersebut dan mendengar penerangan dari staf bertugas. MasyaAllah...bila Allah swt mengatakan "kun fayakun", maka jadilah!. Tidak ada mana2 kuasa manusia pun yang dapat menghalang kejadian tersebut hatta kerajaan dan raja yang berkuasa di dunia...pengajaran kepada kita manusia yang lemah dan lalai, bahawa kita tidak layak untuk berjalan dengan sombong di muka bumi ini,berlagak berkuasa,berlagak kaya raya kerana kesombongan, kekuasaan, kekayaan, kebesaran hanya layak dimiliki oleh Allah swt.
Semoga mangsa2 Tsunami tersebut berada di dalam keadaan aman di dunia sana. Kita yang hidup ini yang masih tidak selamat. Moga2 Allah swt berbelas kasihan mematikan kita di dalam husnul khatimah dan dalam Iman dan Islam.
Allahu musta'aan

No comments: