12 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 3 - 12 Julai 2013

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.(Iaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Surah Ali-Imran ayat 133-134)

Ciri-ciri orang bertaqwa – yang ke-3:
3.: Orang yang memaafkan kesalahan orang lain.

Orang yang berjiwa besar akan memberi maaf kesalahan orang lain. Memberi maaf adalah satu sifat yang baik yang harus dimiliki oleh semua manusia. Perkataan “saya maafkan awak” tidak sesenang dengan tindakan mengungkapkan perkataan “saya maafkan awak” kerna manusia mempunyai ego yang bertingkat-tingkat. Ada yang tinggi egonya sehingga tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain. Ada yang senang memafkan orang lain sehinggakan orang lain pula yang berkata, “engkau ni baik sangat…”

Saya akui, perkara yang paling berat yang hendak kita lakukan adalah meminta maaf, kerana sifat kita selalu nya akan berasa sentiasa betul di atas tindakan-tindakan yang kita lakukan, atau perkataan yang keluar dari mulut kita. 

Kerna itulah muhasabah diri amatlah perlu dan penting di dalam kehidupan kita. Sedar diri bahawa kita bukan sentiasa betul adalah penting. Tidak kira apa pangkat dan jawatan kita sekalipun, sekiranya kita salah, adalah perlu bagi kita untuk meminta maaf dan sekiranya orang lain yang salah dan meminta maaf, maka perlulah kita untuk memberi maaf. Meminta maaf dan memberi maaf itu adalah suatu seni yang halus. Hanya manusia-manusia yang rendah hatinya sahaja yang mampu untuk meminta maaf dan memberi maaf.

Sebenar-benarnya, memaafkan kesalahan diri sendiri dan orang lain serta meminta maaf adalah sesuatu yang hebat dan membahagiakan. Orang yang hebat akan sentiasa melihat diri, sentiasa muhasabah diri dan tidak akan segan silu untuk meminta maaf sekiranya mereka bersalah atau orang lain fikir atau beritahu bahawa mereka bersalah! Tidak mahukah kita menjadi orang yang hebat???

Perkara yang kadang-kadang paling sukar untuk kita memberi maaf adalah kepada kawan yang telah mengkhianati dan melukai hati kita, isteri sukar memberi maaf kepada suami yang curang, suami pula sukar memberi maaf kepada isteri yang curang, keluarga sendiri pula sukar untuk memberi maaf sekiranya ahli keluarga khianat kepada yang lain dan sebagainya.

“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake- } Bagi pandangan saya, memang betul apa yang dikatakan oleh William Blake, tetapi di dalam Islam…walau siapa pun orang yang berbuat salah kepada kita, perlulah kita memberi maaf seandainya mereka meminta maaf walau besar manapun kesalahan mereka. Apa hak kita untuk menahan pemberian maaf tersebut sedangkan Allah SWT yang telah menciptakan kita akan memaafkan hamba-hambaNya walau sebesar mana pun dosa mereka. Apakah kita lebih hebat dan lebih tinggi darjatnya dari Allah SWT yang telah menciptakan kita dari setitis air mani yang hina???

“Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya. “ (Hadis Riwayat Muslim)

Sedangkan Allah SWT mengampuni hamba-hambaNya yang berbuat salah dan yang berdosa. Apa pula hak kita untuk menahan diri dari memaafkan orang lain dan meminta maaf?? Makanya, dzalimlah kita pada diri sendiri kerna membiarkan diri kita untuk terus ego dan berdendam, tidak memberi maaf dan tidak pula meminta maaf!

"Berilah maaf dan mintalah maaf sekiranya kita bersalah. Perbuatan ini tidak akan mengurangkan nilai yang ada padda kita, malahan kita akan nampak hebat di mata manusia dan juga di sisi Allah SWT. Tidak kah kita mahu sentiasa nampak hebat di sisi Allah SWT Sang Pencipta kita?"~uark :)

Allahu Ta’ala A’lam.

No comments: