Sudah minggu ke-5 di Brunei rupernya. Semakin hari dirasakan masa semakin pantas dan cepat. Minggu nie, hanya ada 4 hari kelas dan 3 hari lagi adalah hari perayaan. Hari Raya Qurban jatuh pada hari Jumaat dan sehingga ahad tiada aktiviti yang dirancangkan untuk semua peserta. LO pun cuti dan tidak bertugas pada hari perayaan. Hmmmm...apala yang kami nak buat nanti.
Minggu 5, dimulakan dengan syllabus yang baru. Hari pertama - macam kelam kabut jer pengajaran bagi kelas Culture. Walaubagaimanapun, bagi kelas Media Literacies, sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dan fasilitatornya pun bagus :)
Kelas Culture - fasilitator ada 2 orang. Seorang dari Universiti Brunei dan seorang lagi adalah Professor dari University of Washington. Agak janggal melihat keduanya mengajar dalam mode duduk dan seperti berforum. Kali pertama melihat fasilitator menyampaikan kuliyyah di dalam mode duduk dan tidak berdiri. Mungkin budaya di sini seperti itu, atau mungkin ada sebab yang tidak kami ketahui. Dan agak janggal juga bila ada 2 tenaga pengajar di hadapan mengajar tajuk yang sama.
Hari pertama kuliyyah sudah ditanya mengenai kumpulan untuk pembentangan kumpulan beserta tajuknya sekali. ??? Bila semua peserta masih tidak pasti mengenai ahli kumpulan masing-masing dan topik untuk dibentangkan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nombor masing-masing dan membincangkan tajuk bagi pembentangan kumpulan. Walaubagaimanapun, kumpulan tersebut adalah belum muktamad. Keesokan harinya, kami dibahagikan kumpulan mengikut nombor kiraan sehingga 7 dan kumpulan masing-masing membincangkan tajuk mengikut sesi kuliyyah hari tersebut, dan seterusnya perkara yang sama pada hari ke-3. Dan 3 hari yang berbeza, kumpulannya berbeza untuk membincangkan tajuk yang berbeza. Mungkin fasilitator ingin peserta mencari kesesuaian diri di dalam tajuk yang dibincangkan dan juga mengenal pasti ahli kumpulan yang sesuai semasa 3 hari tersebut dan hari ke-4 nya dapat membentuk kumpulan masing-masing. Dan saya lebih merasakan bahawa kebanyakan ahli di dalam kumpulan pada hari pertama adalah sesuai dan topik yang hendak dibincangkan pun amat menarik.
Hari ke-4, penentuan untuk pilihan ahli kumpulan masing-masing dan saya hanya menyerahkan segalanya kepada taqdir dan topik yang sesuai untuk dibentangkan nanti. Selepas kuliyyah, Prof. Laurie menyenaraikan semua topik yang telah dibincangkan sebelum ini dan menyerahkan kepada peserta untuk memilih topik masing-masing. Kami memilih tajuk "Traditional vs Modern Weddings" - kebanyakan dari ahli adalah dari Brunei 5 orang, Malaysia 2 orang dan Indonesia 1 orang.
Perbincangan kumpulan bermula dan bermulalah homework secara kumpulan - mengumpul bahan-bahan dan fakta, kandungan mengenai topik untuk dibentangkan semasa pembentangan.
Kelas petang berakhir lebih awal dari biasa memandangkan keesokan harinya adalah hari perayaan, dan kami yang muslim terpaksa dengan redhanya beraya di perantauan.
Selepas maghrib, saya menunggu-nunggu takbir dari masjid yang berdekatan dengan hostel. Walaubagaimanapun, kecewa mengundang kerana takbir tidak kedengaran dari masjid berdekatan. Tiada suasana perayaan di sini memandangkan rakyat brunei tidak merayakan hari raya Qurban sepertimana hari raya Puasa. Takbir hanya kedengan dari komputer riba yang dimuat turun dari youtube dan bertakbir secara sendirian di dalam bilik kecil saya sendiri. Malamnya saya bertanyakan khabar orang di kampung. Tak boleh cakap lama-lama, nanti menangis dan sedih. Walaubagaimanapun, syukur kerna kami masih diberi peluang untuk merayakan hari besar ini walaupun dalam keadaan yang serba sederhana. ALHAMDULILLAH.
Pagi raya seperti pagi-pagi hari yang lain. Cumanya kami bersiap lebih awal untuk ke masjid universiti bagi menunaikan solat 'Eidul Adha. Dari hostel ke masjid hanyalah 5 minit berjalan dan solat diadakan pada jam 730am. Sampai sahaja di masjid, kami mencari-cari tempat solat muslimah. Nasib kami baik bila ada AJK masjid menunjukkan tempatnya. Bila takbir kedengaran dari corong masjid, barulah terasa sedih merayakan 'Eidul Adha di perantauan. Hari Raya Qurban tidak disambut dengan meriah di sini. Tidak seperti Hari Raya Puasa. Kalau di kampung, petang sebelum hari raya sudah sibuk untuk menyediakan juadah hari raya - rendang, ayam masak merah, kuah kacang, satay dan sebagainya. Di sini, dapur pun tidak berasap. :(
Selepas solat hari raya, kami kembali semula ke hostel dengan harapan cafe di hostel sudah dibuka. Kami tidak bernasib baik, bila mana cafe masih belum dibuka sedangkan telah dimaklumkan bahawa cafe akan dibuka jam 830am. Kami bernasib baik, kerna sarapan pagi yang disediakan masih ada berbaki. Makanya, itulah makanan hari raya kami.
Jam 1230pm, sedikit sambutan perayaan diadakan di cafe. Tak masak pun, cumanya makanan berat dipesan dari cafe dan sedikit buah-buahan untuk sajian kawan-kawan. Begitulah sederhananya sambutan hari raya Qurban saya pada tahun ini. Dari kesederhanaan itu, terfikir saya bagaimana pula mereka yang tidak bernasib baik - makanan pun tiada, nak beraya apatah lagi.
Bila berada di dalam serba kekurangan, kita akan lebih rasa bersyukur dan sentiasa menghargai apa yang ada pada kita. Bila sabar dan syukur, InsyaALLAH segalanya akan terasa mudah, kerna ALLAH mempermudahkan laluan yang sukar tersebut. InsyaALLAH. :)
"If you think positively
Sound becomes Music
Movement Becomes Dance
Smile Becomes Laughter
Mind Becomes Meditation
And Life Becomes a Celebration…."
No comments:
Post a Comment