15 October 2012

Travellingbie : Week 3 Survival

Minggu 3 semakin dipenuhi dengan assignment, penetapan kerja berkumpulan dan individu. Lebih banyak masa diluangkan untuk perbincangan dan membuat deraf dan homework.

Tidak senang untuk membuat perbincangan bersama ahli-ahli kumpulan yang berlainan budaya dari berlainan negara. Kadang-kadang apa yang diucapkan atau dibincangkan dari kita akan dianggap "offended" oleh ahli-ahli dari negara lain. Begitu juga sebaliknya. Makanya kerja berkumpulan tidak akan berjaya sekiranya semua ahli tidak ada sikap toleransi dan belajar mengenai budaya ahli-ahli di dalam kumpulan mereka. Sebagai contohnya, ada ahli yang bersikap dominan dan merendahkan keupayaan wanita kerana di negara mereka lelaki lebih dominan dan menguasai hampir semuanya di dalam mentadbir kerajaan. Mereka menganggap apa sahaja pandangan mereka harus diterima pakai dan amat susah bagi mereka menerima bahawa pendapat ahli wanita lebih praktikal dan bijak dari mereka. Amat susah bekerjasama dengan ahli yang sebegini rupa. Mereka berasa ego mereka dicabar sedangkan bagi yang lain, pandangan dan pendapat perlulah dipersetujui mengikut perbincangan dan persetujuan semua ahli. 

Di dalam situasi ini toleransi amatlah diperlukan untuk menjayakan kerja berkumpulan. Yang lebih tidak menyenangkan, apabila ada yang tidak hadir semasa perbincangan diadakan kerana tidak gembira dengan kumpulan mereka. Sikap tersebut amatlah tidak sesuai dengan seorang diplomat yang bercita-cita tinggi untuk menjadi duta kepada negara mereka. 

Sebahagian kecil ahli hanyalah pegawai biasa yang tidak belajar bagaimana seorang diplomat harus bersikap dan bertindak dengan situasi-situasi seperti ini. Walaubagaimanapun, amatlah tidak wajar bagi seorang diplomat bersikap kebudak-budakan dan tidak professional di dalam menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah sedangkan mereka diajar cara-cara bagaimana ber-diplomasi bagi situasi-situasi yang lebih besar.

Sekiranya situasi yang sekecil ini tidak dapat mereka hadapi, bagaimana pula hendak menjadi duta bagi negara mereka?

Minggu ke-3 penuh diuji dengan sikap manusia. Ada yang suka dan sentiasa mengadu, ada yang kurang dalam toleransi samada semasa makan atau di dalam kelas ataupun di hostel. Penat melihat perangai yang pelbagai, sehingga kadang-kadang membuatkan saya berdiam diri dan berkawan bersama kawan-kawan yang se'kepala'.  Pun begitu, di dalam kerja berkumpulan, tidak dapat dielakkan daripada mendapat ahli-ahli yang tidak sekepala, dan masing-masing akan cuba untuk ber-toleransi bagi menjayakan kerja berkumpulan tersebut. Sangat kecil ahli yang menjadi 'sleeping partner' atau 'virus' kepada kumpulan. Saya belajar banyak perkara sepanjang minggu ke-3 ini. Setiap orang berbeza perangai dan sikapnya. Oleh itu, sikap kita terhadap orang-orang yang berlainan itu perlulah berbeza mengikut kesesuaian tanpa mengurangkan nilai kita sendiri. Sekiranya sikap seseorang itu tidak dapat kita terima dan akan mengesankan kita, saya rasa manusia seperti itu perlulah dijauhi kerana ianya akan menambahkan aura negatif dan tidak baik kepada kita. Berkawanlah dengan mereka yang boleh menyokong kita dan mempunyai nilai yang sama dan hampir sama dengan kita agar aura positif sentiasa mengalir di dalam tubuh kita. Berjauhan dari keluarga dan kawan-kawan rapat dalam jangka masa yang agak lama, sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada kita. Jiwa sedikit sebanyak akan rasa kosong. Kerna itu, perlulah untuk mencari kawan-kawan yang boleh menyokong kita bersama-sama sepanjang kursus tersebut. Now, just focus on good friends, ignore the troublesome one.
Minggu yang stress, dikurangkan dengan aktiviti hujung minggu di Pantai Muara. Sesi BBQ oleh LO dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak mengurangkan stress kebanyakan peserta. Walaubagaimanapun, peserta tidak dibenarkan untuk mandi. Pelikkan...dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak mampu mengurangkan kesedihan di hati. Hujung minggu tersebut merupakan rutin bulanan saya untuk balik ke kampung dan aktiviti tersebut tidak mampu mengurangkan kesedihan di hati. Apatah lagi dengan berita tidak dibenarkan untuk keluar dari negara Darussalam ini terutama sekali pada Hari Raya Aidiladha nanti, padahal negaranya sangat dekat sekali dengan kampung halaman. Mungkin, sekiranya kami lebih persistance, kebenaran untuk ke Miri yang dekat itu akan diluluskan. Hanya sabar yang mampu dilakukan setakat ini. Sabar di dalam menghadapi kesedihan, sabar di dalam menghadapi perangai manusia, sabar di dalam segalanya dan bersyukur kerana diberi peluang menghadapi ujian-ujian ini. Sabar dan Syukur...


“If you reject the food, ignore the customs, fear the religion and avoid the people, you might better stay at home.” — James Michener

The greatest reward and luxury of travel is to be able to experience everyday things as if for the first time, to be in a position in which almost nothing is so familiar it is taken for granted.” — Bill Bryson

“One of the great things about travel is that you find out how many good, kind people there are.” — Edith Wharton

1 comment:

Anonymous said...

I truly find this a interesting subject. Never looked at this subject in this manner. If you are planning to create more articles relating to this subject, I definitely will be back in the near future!