Sudah lebih seminggu menghadapi cabaran hidup di Brunei. Malam pertama di Brunei sudah ada cabaran menunggu. Sampai sahaja di lobi hostel, hujan mula turun mencurah-curah membasahi bumi menyambut kedatangan kami. Walaupun setelah mendapat kunci bilik, kami masih terperangkap di lobi hostel memandangkan jalan menuju ke apartmen, separuhnya tidak berbumbung. Menjelang jam 1030pm, hujan masih belum berhenti dan disebabkan kami tidak mahu menunggu lama, kami terpaksa berhujan dan basah sedikit untuk sampai ke lobi blok asrama.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah - unpacking. Teruja jugak melihat apartment yang lebih besar dari rumah sendiri ini. Hmmm, apartmen berbayar pelajar ini tidak kurang hebatnya. Terdapat 5 bilik di setiap apartmen, tetapi hanya ada 1 tandas dan 1 bilik mandi. Yang menariknya, setiap apartment disediakan tempat wudhu' di luar bilik mandi dan tandas. Mesin basuh juga disediakan di koridor belakang dan juga tempat membasuh. Dapur telah sedia ada dengan peralatan memasak, microwave, cerek air dan peti ais. Segalanya lengkap untuk memenuhi keperluan peserta kursus. Walaubagaimanapun, saya tidak pasti sekiranya kami ada masa untuk masak memandangkan minum pagi dan makan malam disediakan dan makan tengahari mungkin juga akan disediakan dalam masa beberapa hari lagi.
Hari 1 - pendaftaran, taklimat dan pengenalan bermula. Hari pertama kami dibawa ke kuliyyah dengan menaiki shuttle bus. Dari hostel ke kuliyah dengan berjalan kaki mengambil masa selama lebih kurang 20 minit...phewww. Agak jauh bagi kami yang sudah terbiasa dengan pergi dan balik ke pejabat menaiki kenderaan sendiri dan di sini, kami terpaksa berjalan sejauh lebih kurang 500m sebelum sampai ke kelas. Belum lagi dikira anak tangga yang perlu ditempuhi. Cabaran untuk kami yang memang sudah biasa dengan jarak yang dekat dari tempat letak kereta ke pejabat.
Kami dikenalkan dengan pegawai bertugas, facilitator dan tenaga penggerak program ini. Dan seterusnya pengenalan kepada persekitaran kampus, perpustakaan. Aktiviti fizikal sudah bermula pada hari pertama lagi. Kemudiannya, kami di bawa ke Giant untuk membeli barangan keperluan harian sekiranya masih belum mencukupi memandangkan tiada bas atau taxi yang akan keluar masuk seperti di kebanyakan universiti di Malaysia. Kebanyakan pelajar di UBD mempunyai trasnport sendiri dan pengangkutan awam memang hampir tiada kelihatan di universiti. Petangnya kami semua diwajibkan untuk mengambil ujian penentuan group. Daripada keputusan ujian tersebut, kami akan dibahagikan mengikut kumpulan. Betul-betul terasa seperti pelajar semula. Dan, yang paling menggembirakan kami adalah sesi mendapatkan elaun kursus masing-masing. Kami hanya diberikan elaun untuk bulan September dan bulan-bulan akan datang hanya akan diberikan seawal bulan.
Cabaran malam ke-2 ~ kesemua apartmen di aras tempat saya tinggal mengalami gangguan elektrik sehingga malam. Kami semua diarahkan untuk mengemas keperluan untuk semalam di hotel. Dengan kepenatan yang masih belum reda, kami nampaknya terpaksa redha dengan keadaan tersebut dan bermalam di hotel 2 bintang. Tanpa menghiraukan keadaan hotel tersebut samada 2 bintang atau 3 bintang atau 6 bintang sekalipun, yang terpenting bagi kami adalah untuk melelapkan mata dan membersihkan diri. Luckily, hotel tersebut tidaklah seperti taraf yang diberikan dan boleh menampung keperluan mata kami semua.
Hari 2 - Keputusan ujian diketahui dan pelbagai ragam juga dilihat dari peserta. Ada yang ingin bertukar kelas, ada yang ingin masuk ke kelas yang lebih "advanced" kerna merasakan dia lebih layak di dalam kelas II. Dengan bilangan peserta seramai 59 orang yang terdiri dari pelbagai negara Asean, pegawai-pegawai bertugas menjaga peserta mungkin sedikit sebanyak pening-pening lalat dengan kerenah kami. Dan kami senegara pula sibuk menanyakan mengenai passport masing-masing memandangkan mereka masih menyimpan passport kami. Rancangan untuk ke sempadan mungkin akan tergendala sekiranya mereka menyimpan passport kami sehingga selesai kursus...uhhh, 7 minggu di negara Darussalam, dengan ketiadaan kenderaan menjadikan sebahagian besar kami tidak tidur lena dan yang paling kasihan adalah mereka yang berkeluarga. Kerinduan mereka terhadap keluarga dan anak-anak mungkin lebih hebat dari yang masih bujang.
Hari 3 dan seterusnya - kelas sudah bermula dari hari ke-2 lagi. Maka bermulalah kehidupan kami seperti pelajar-pelajar yang lain yang dipenuhi dengan kelas, assignments, presentations dan discussions. Welcome to the student world.
"One isn't necessarily born with courage, but one is born with potential. Without courage, we cannot practice any other virtue with consistency. We can't be kind, true, merciful, generous, or honest."- Maya Angelou
"Keep away from people who try to belittle your ambitions. Small people always do that, but the really great make you feel that you, too, can become great."- Mark Twain
No comments:
Post a Comment