Siapa sangka, orang yang kita kenal meninggalkan kita @
Siapa sangka, orang yang kita cinta meninggalkan kita @
Siapa sangka, orang yang kita sayang meninggalkan kita @
Siapa sangka, orang yang hidup bersama dengan kita pergi meninggalkan kita @
Siapa sangka, orang yang kita benci meninggalkan kita...
dalam usia yang muda
Siapa sangka yang lebih muda dari kita pergi meninggalkan kita sekelip mata.
Itulah yang terjadi kepada salah seorang sahabat sekerja saya. Isteri beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan beliau dengan 2 cahaya hati yang masih kecil. Di saat mereka memerlukan ummi mereka, ALLAH SWT lebih dahulu memanggilnya. Pemergian yang tidak terduga. Sebab kejadian adalah kemalangan jalan raya. Pun begitu, itulah taqdirnya. Pergi di dalam usia yang masih muda. Al-Fatihah
Sewaktu menziarahi rumah keluarga arwah, begitu ramainya sahabat2 dan keluarga yang datang menziarahi buat kali terakhir. Solat jenazah di buat beberapa kali buat arwah. Begitulah tanda-tanda seseorang disayangi oleh ramai kenalan dan keluarga, sehingga hari terakhir arwah di bumi, ramainya yang datang menjenguk buat kali terakhir. Selamatlah beliau semasa hayat di dunya, tiada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, hanya menunggu penghitungan di akhirat sahaja. ALLAH....bagaimana pula dengan nasib kita yang masih hidup di dunya ini. Saya terasa begitu terkesan dengan kehadiran sahabat-sahabat arwah dan kaum keluarga beliau, arwah nampak begitu disayangi. Walaupun hanya mengenali suami arwah di pejabat, saya percaya arwah seorang yang baik budinya. Saya lebih terkesan melihat rakan sepejabat saya itu, sehingga air mata tanpa sedar menitis melihat beliau. Sungguh! beliau diuji dengan ujian yang besar sewaktu muda dan sekiranya beliau bersabar, amat besarlah ganjaran buat rakan sepejabat saya itu...InsyaALLAH.
MATI...ya, MATI...perkataan yang selalu bermain-main di fikiran saya. Bilakah akan sampainya masa saya. Adakah saya matinya nanti di dalam keadaan husnul khatimah??? Saya sendiri tidak tahu...Hanya ALLAH sahaja yang tahu bila saat kematian saya itu.
"Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana mempertahankan Agamanya maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid dan barangsiapa yang mati kerana mempertahankan ahli keluarganya dia syahid."~ Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaa-i:
No comments:
Post a Comment