1130am – saya mula bergerak dari Paya Lebar ke Changi Airport...lebih baik saya ke airport lebih awal dan berehat di sana. Jam lebih kurang 12 tengahari, sampai di Changi Airport dan saya mula mencari-cari terminal manakah kapal terbang saya berlepas. Changi Airport nie ada 3 terminal dan 1 terminal budget. Pastikan anda berada di terminal yang betul memandangkan jarak antara terminal amatlah jauh dan anda perlu menaiki inter-train dari satu terminal ke terminal yang lain.
Selepas melepasi pengesahan dokumen lebih kurang jam 1pm, saya mula bergerak ke departure area dan melepasi kastam di sana. Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan segalanya berjalan dengan lancar. Cumanya saya kekurangan kudrat untuk membawa beg berat tersebut dan berjalan. Alangkah baiknya kiranya ada katil dan bantal untuk baring walau sejenak...:-)
Selepas melepasi imigresen....rehat-rehat dulu, jalan2 sekitarnya dan zzzz sementara menunggu flight ke kuching pada jam 535pm. Changi Airport...no wonder dinobatkan antara lapangan terbang terbaik samada di dunia atau di asia tenggara. Kemudahannya tip-top. Dengan jajaran deretan kedai-kedai bagi memudahkan bakal2 penumpang membeli belah sebelum ke destinasi masing-masing, kedai2 makan juga banyak dan menyediakan pelbagai juadah. Tempat-tempat rehat bagi penumpang samada transit atau yang menunggu penerbangan masing-masing juga banyak dan tidak perlu berebut atau beratur untuk berehat atau duduk. Samada anda ingin mengecas hp atau computer riba, anda tidak perlu risau kerana tempat mengecas hp yang berbentuk kotak2 deposit box tersedia ada. Saya hanya perlu meletakkan hp yang hendak dicas dan mengunci kotak tersebut, seterusnya melakukan kerja2 lain sementara hp tersebut dicas. Saya tidak perlu risau akan kehilangan hp tersebut kerana kuncinya berada pada saya, cumanya saya perlu berhati2 agar tidak lupa akan hp yang dicas itu...menjadi kes airport pulak sekiranya terlupa untuk mengambil hp yang sedang dicas tersebut.
Jam menunjukkan pukul 2pm...hmmmm, lama lagi nak sampai jam 535pm. Berehat sebentar di sofa yang empuk memang menyedapkan proses tidur-tidur ayam. Khuatir dengan kesedapan tersebut, saya mengunci jam pada 420pm. Memberi ruang selama sejam lagi untuk saya sampai di pintu penerbangan dan melakukan pemeriksaan.
Jam 445pm, saya teruskan perjalanan menuju gate C24, jauh jugak pintu tersebut dari ruang rehat. Sesampainya di pintu C24, sekali lagi pemeriksaan dijalankan. Akhirnya dengan kepayahan, saya bakal kembali ke kampung. Seluruh badan terasa seperti dicucuk jarum...bersabar sehingga masuk ke dalam perut kapal terbang dan saya berdoa agar kapal yang membawa saya mendarat dengan selamat.
“When you’re traveling, you are what you are right there and then. People don’t have your past to hold against you. No yesterdays on the road.” – William Least Heat Moon
No comments:
Post a Comment