Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC tahun ini memecah rekod peribadi saya apabila berulang ke sana sebanyak 2 kali. Esok rasanya nak pegi meninjau lagi memandangkan tidak semua booth buku-buku tersebut sempat di tinjau. Namun, terpulang kepada keadaan kerna esok ada agenda yang lain jua.
Seawal jam 9 pagi saya bergerak dari rumah dengan sahabat saya dan seterusnya mengambil rakan sepejabat di LRT Tasik Selatan untuk bergerak menuju ke PWTC. Berpagi-pagi di jalan KL pada hari cuti memang menyenangkan kecuali semasa rally Bersih 3.0 tempoh hari :-)
Sampai di kawasan letak kereta Hentian Putra, kelihatan penuh dengan kereta dan hanya tempat letak kereta di atas bumbung sahaja yang masih banyak kosongnya. Pun begitu ianya masih selesa kerana hanya dengan menyeberang jalan sahaja sudah tiba di perkarangan PWTC. Jam 930 pagi, kelihatan banyak gerai-gerai buku yang telah dibuka dan telah ramai pengunjung menunggu dan bersedia untuk menyerbu gerai-gerai yang menjadi tumpuan mereka. Kami juga tidak terkecuali. Kali ini, kami mulakan dengan Aras 1, dan awal-awal lagi dah bersesakan dengan ramai orang. Tinjauan demi tinjauan di ruang pameran aras 1 pun dah banyak yang dibelanjakan, belum lagi di aras bawah yang kebanyakannya memang menarik perhatian pengunjung dari ruang pameran Telaga Biru, Kumpulan Karangkraf, Galeri Ilmu, Jemari Seni, Pixi, Dakwah Bookstore, Pustaka Salam, Ana Muslim, dan banyak lagi. Memang rambang mata!
Jam 10am, sahabat saya memaklumkan bahawa Sunan Musafir Hardcover Limited Edition akan dijual di Karangkraf. Bergegas kami ke kaunter jualan yang telah dikhaskan untuk pembelian Limited Edition tersebut. Di kaunter tersebut sudah ramai yang beratur untuk mendapat buku yang ditunggu-tunggu oleh peminat Ramlee Awang Murshid. Buku terakhir siri kembara Laksamana Sunan telah berada di pasaran. :-)
Semasa beratur, kami berjumpa dengan sahabat lama semasa belajar dulu dan ianya salah satu rezeki yang memang jarang-jarang dapat diperolehi. Alhamdulillah! sahabat tersebut sedang berbadan dua dan bersemangat untuk mendapatkan buku tersebut, sanggup beratur seperti orang lain jua. Memang semangat :-). Terima kasih banyak-banyak juga kepada beliau kerna sudi menumpangkan pembelian sebuah buku lagi untuk kami yang telah mendapat pesanan extra dari kawan-kawan yang tidak dapat hadir ke Pesta Buku. Pembelian bagi seorang hanya dihadkan kepada 2 unit buku Limited Edition tersebut.
Q selama lebih kurang sejam untuk mendapatkan buku tersebut memperlihatkan saya tentang pelbagai ragam manusia. Bagaimana ada sesetengah dari mereka dengan muka selambanya dan tidak malunya memotong Q orang lain yang telah berdiri lama di situ. Kelakuan sesetengah orang kita yang biasa dilakukan dan ianya amat memalukan kerna telah menjadi satu norms bagi manusia-manusia desperado ini. Kalau diikutkan logiknya, bila berada di Q yang agak ke depan dan saya telah mencongak kiraan sehingga barisan yang berapa akan pasti mendapat buku tersebut, manusia-manusia tersebut akan jua mendapat buku Limited Edition tersebut. Dek kerana kesabaran yang menipis, sanggup memasang tembok besi di hadapan muka untuk memotong Q orang lain. Itulah orang kita, tidak sabar dan mementingkan diri. Semasa beratur itu juga, ramai yang menolak-nolak. Saya berasakan amatlah pelik dan jengkel kerana bila sudah berada di dalam barisan yang pasti akan dapat buku tersebut, tidak perlulah tolak menolak. Bersabar dan biarkan barisan tersebut mempunyai ruang-ruang bagi manusia-manusia bernafs. Buku tersebut tidak lari ke mana pun.
"Melihat gelagat manusia di Pesta Buku,kelihatannya budi bahasa rakyat Malaysia ini semakin menipis..."
"There r non-civilised people who r selfish here...overtaking queue in order 2 get Sunan Musafir LE...@pabkl2012 ishk ishk ishk"
Akhirnya, dapat jua buku tersebut setelah sabar menunggu :-) Alhamdulillah.
Selepas itu, beratur pula selama lebih kurang 1/2 jam untuk mendapatkan TT penulis. Keupayaan untuk melayan peminat perlu lah tinggi. Dengan muka bersahaja dan manis serta ramah penulis melayan kerenah pembacanya. Sambil menandatangani buku yang sudah ke berapa ribu itu, beliau memberitahu pen yang digunakannya adalah pen yang ke-4. Bayangkan berapa banyak buku yang beliau telah tandatangani :-). Tandatangan sudah diperolehi untuk semua buku-buku Sunan Musafir yang kami beli. Bergambar pun sudah. Kami keluar dari barisan yang panjang itu dengan muka yang puas dan ceria.
Selepas itu, kami mencari pula buku-buku ilimiah dan selainnya yang dipesan dan juga untuk diri sendiri. Nasib kami baik. Buku yang dicari berjaya dijumpai :-) dan saya pula berjaya mendapatkan buku yang telah kehabisan stok sebelum ini. Alhamdulillah.
Sepanjang berada di Pesta Buku Antarabangsa, saya melihat fenomena membaca semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia. Tetapi, buku-buku yang bagaimana yang kita baca? Buku Ilmiah? Buku Fiksyen? Buku Non-Fiksyen???. Bagi kaunter-kaunter yang menjual buku ilmiah tidak terlalu sesak dengan pengunjung berbanding dengan kaunter-kaunter yang lain. Kaunter-kaunter tersebut akan lebih sesak sekiranya penulis-penulis atau selebriti-selebriti datang berkunjung di pameran tersebut. Selain mendapatkan buku, pengunjung juga mengambil peluang ini untuk bertemu eye-to-eye dengan penulis kegemaran mereka. Bila lagi kan?
Diakhir kunjungan kami ke Pesta Buku, ekspresi muka masing-masing - puashati :-). Duit terbang melayang ke tempat yang sepatutnya. Alhamdulillah. Masing-masing dah terlupa betapa laparnya perut kami. Masing-masing telah kekenyangan dengan buku-buku yang dibeli.
Selepas itu, kami meredah kesesakan trafik menuju ke Kampung Baru untuk menikmati juadah tengahari kami - budu.
Poket kosong tapi hati penuh berbunga-bunga dengan semangat membaca...:-)
No comments:
Post a Comment