Pernah anda terfikir untuk melabur dalam pelaburan emas? Saya sendiri pun tidak pernah terfikir untuk membeli emas, apatah lagi memakainya. Mungkin ada yang menganggap ganjil bagaimana seorang wanita tidak berminat kepada emas sedangkan emas adalah halal untuk dipakai sebagai perhiasan. Pandangan masing-masing kan berbeza. :-)
Sejak kebelakangan ini, emas semakin menjadi perhatian ramai pihak.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)." Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Emas/dinar dan dirham semakin menjadi perhatian ramai pihak. Di Kelantan, urus niaga menggunakan emas telah lama diamalkan. Di tempat lain, kebelakangan ini, urus niaga telah ada yang menggunakan dinar dan ada juga urus niaga menggunakan dinar dan dirham secara atas talian bagi pembelian barang-barang.
Kejatuhan nilai Fiat Money adalah sesuatu yang ditakuti oleh semua pihak termasuk ahli-ahli ekonomi, perniagaandan juga rakyat marhain. Inflasi semakin melambung secara tidak kita sedari. Gaji kita ada yang semakin bertambah tetapi perbelanjaan bagi keperluan rumah tidak begitu mengesankan kerana harga barang-barang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tatkala diumumkan kenaikan gaji bagi kakitangan awam, peniaga-peniaga mula menaikkan harga barangan walaupun gaji baru tersebut baru sahaja diumumkan dan belum lagi diterima oleh kakitangan kerajaan. Bagi kakitangan swasta, ada yang mendapat bonus berbelas bulan dan ada juga yang minimanya bonus sebulan serta kenaikan gaji tahunan. Walaupun begitu keupayaan untuk menyimpan tidak seimbang dengan kenaikan gaji tersebut kerana kos keperluan harian juga semakin meningkat.
Lantas....apa alternatif kita untuk meningkat keupayaan menyimpan dan menambahkan pelaburan kita. Lazimnya kita akan menambah simpanan tabung haji atau asb dan lain-lain. Walaupun begitu, simpanan tersebut amat mudah kita keluarkan. Makanya, simpanan seperti banjaran titiwangsa, sekejap turun sekejap menaik dan ada juga yang semakin menurun sehingga ke kaki banjaran...merundum terus disebabkan keperluan atau untuk menampung perbelanjaan yang lain.
Bagi yang baru sahaja kenal emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan, mesti akan tertanya-tanya mengenai keuntungan dari pelaburan emas dan perak. Kebanyakan mengatakan bahawa peratus kenaikan harga emas adalah sekitar 20% - 30% setahun. Yang ini saya kene kaji lebih dalam lagi mengenai kenaikan harga emas nie, atau mungkin anda boleh tanya yang pakar. :-)
Saya memberi pandangan dari sudut peribadi saya yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi sahabat-sahabat semua. Tidak semua pandangan tersebut boleh dipakai untuk semua pihak. Ianya bergantung kepada keperluan dan matlamat masing-masing yang hendak dicapai:
- TAHU - kalau tidak tahu, kene tahu dulu. Tanya kawan-kawan yang sedang menceburkan diri mereka di dalam pelaburan dinar dan dirham, tanya dan tanya :-)
- SEDAR - sebaik sahaja mengetahui mengenai pelaburan emas, perlu ada SEDAR. Sekiranya tidak ada, tahu hanya menjadi tahu dan saya mengambil masa yang agak lama untuk sedar selepas tahu. Jangan jadi macam saya ye :-)
- KAJI - bila dah sedar, kene la buat kajian. Bab yang nie pun saya buat kajian agak lama jugak. Tanya pakcik google mengenai maklumat tentang dinar dan dirham, Tengok pasaran turun naik, tengok perkembangan kawan-kawan yang berkecimpung di dalam pelaburan ini...kaji dan kaji, tapi tiada tindakan lagi, ZERO impak lah kesannya :-)
- Lihat laman web syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli emas dan hubungi syarikat untuk pertanyaan. AWAS dengan perniagaan yang berunsurkan penipuan, beli tetapi emasnya kita tidak miliki sepenuhnya dan tiada di dalam tangan kita. Sekarang nie macam-macam cara kreatif untuk menipu. Jangan sampai tertipu ya.
- Jenama - pentingkah jenama bagi anda. Dinar Kelantan vs Dinar Kijang vs Dinar Rabbani vs Dinar Hana vs Dinar Public Gold dan lain-lain lagi. Walaupun tidak penting, anda mungkin akan mengambil kira faktor jenama. Beli mengikut preference anda ya.
- Ketulenan dan berat - yang ini pun penting samada anda lebih suka emas 999 atau 916 atau 917, Gold bar atau syiling dinar dan sebagainya.
- HARGA JUAL vs HARGA BELI - ilmu mengenai ini pun penting. Bila masanya kita perlu beli emas dan bila masanya yang sesuai untuk jual emas. Beli masa harga merudum, jual bila harga naik. Eh...betul ke? Kene tanya yang pakar ni :-)
- ACTION - ya...yang inilah yang paling penting. Bagaimana anda bermula, bila mahu bertindak, sumber kewangan untuk membuat pelaburan ini adakah mencukupi. Nasihat saya, jangan tamak...beli sedikit-sedikit semasa harga turun menjunam. Walaubagaimanapun, lihat kemampuan kewangan anda, jangan bebankan diri sendiri dan yang paling penting bagi saya, jangan menambahkan hutang dan jangan melibatkan diri dengan riba! :-)
Yang perlu diingatkan, pelaburan emas ini bukan sekadar untuk untung sahaja. Ianya berperanan penting sebagai matawang, bukan untuk dijadikan bahan jual beli dan lebih-lebih spekulasi!.
Allahu Ta'ala A'lam.
No comments:
Post a Comment