Yang ini adalah daging kambing yang baru sahaja saya marinate/perapkan dengan resepi saya sendiri. Suka saya untuk berkongsi resepi ini dengan anda semua kerana saya percaya bahawa ianya adalah sesuatu yang menguntungkan dan ganjarannya berpanjangan insyaAllah :-)
Resepi tidak perlu dirahsiakan - ramai yang suka mengatakan "it's my secret recipes or it's our secret recipes", "kalau bagitau keseluruhan resepi dan rahsia-rahsianya, takde bisness la saya nanti". Hmmmm...saya sebenarnya tidak percaya untuk merahsiakan resepi-resepi ini kerana saya percaya setiap kita mempunyai sentuhan yang berbeza di dalam memasak. Kadang-kadang resepi sama tetapi rasanya tidak sama. Mungkin kerana sukatannya berbeza atau cara masakannya berbeza, guna tangan kiri atau kanan, baca doa atau tidak, baca selawat sepanjang memasak atau menyanyi semasa memasak dan lain-lain faktor lagi... :-)
Bahan-bahannya:
- Sos BBQ
- Sos Lada Hitam
- Sos Cili
- Sos Cili Pedas (letakkan sedikit atau tidak perlu langsung sekiranya anda tidak suka pedas)
- Sos Tiram
- Madu
- Herba-herba seperti - rosemary, thyme, mixed herbs, parsli, oregano, dan italian herbs
- Lada putih
- Lada hitam sedikit memandangkan kita telah menggunakan sos lada hitam
- Sedikit minyak zaiton untuk melembutkan daging tersebut.
- Kalau nak tambah bawang putih yang dicincang halus pun boleh juga :-)
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat dan semoga anda semua dapat menyediakan makanan yang lazat dan sedap kepada keluarga atau sesiapa sahaja :-)
6:118 Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya. ~ Makan dimulai dengan Bismillah, memasak juga begitu. Mulakanlah dengan Nama Allah, senangkan hati dan penuhkan dengan senyuman dan kasih sayang. InsyaAllah, makanan yang kita masak itu juga akan manis dan sedap...:-)
“Cookery is not chemistry. It is an art. It requires instinct and taste rather than exact measurements.”~ Marcel Boulestin
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment