12 April 2012

Miscommunication - whose fault???

Pernah berlaku miscommunication pada anda dan pasangan anda, kawan-kawan anda, sahabat-sahabat anda, keluarga anda dan sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengan anda??? Saya percaya setiap dari kita pernah menghadapi situasi seperti ini - miscommunication atau salah faham.
Perkataan, sms atau apa jua komunikasi yang kita gunakan mungkin akan menyebabkan salah faham pengertian kepada penerima. Kita rasa kita dah berikan maksud dengan jelas dan boleh difahami tetapi masih lagi disalah ertikan maknanya. Salah siapa? salah kita atau salah si penerima. Pernah tak kadang-kadang kita rasa marah bila orang tak faham maksud yang kita sampaikan, lebih-lebih lagi maksudnya kita rasa jelas dan nyata contohnya: "saya tunggu awak di Bandar Tasik Selatan ya?", tapi kawan tu pulak tunggu di Bandar Tasik Selatan juga tetapi di stesen ERL dan bukannya LRT STar. Itu nasib baik lokasinya sama. Kalau ditelliti, pernyataan kita itu tidak jelas. Ianya perlu lebih spesifik - di ERL? di STAR LRT, Stesen Komuter dan sebagainya.

"Small things and details matter"~uark'

Sekiranya terjadi salah faham / miscommunication ini, biasanya apa yang kita akan lakukan? Kebiasaannya kita akan salahkan penerima mesej tersebut kerana tidak faham mesej yang ingin kita sampaikan. Tetapi kita perlu sedar dan mengerti serta ketahui, apa yang kita sampaikan itu akan diinterpretasi dan dimengertikan mungkin dengan maksud yang berlainan, kerana setiap dari kita tidak sama persepsi dan pengertiannya. Syukur Alhamdulillah jika sekiranya mesej tersebut dapat disampaikan dengan terang dan jelas, tetapi sekiranya mesej tersebut kita interpretasikan dengan maksud yang berlainan, bagaimana kita mahu bertindak dan menghadapi situasi salah faham tersebut???
  1. Belajar mengakui kesalahan ~ kebanyakannya dari kita termasuk saya sendiri jua akan berasa sukar untuk mengakui kesalahan diri sendiri kerana kita selalu menganggap apa yang kita buat selalunya betul. Kita akan salahkan penerima mesej berkenaan yang dianggap tidak faham dengan mesej yang ingin kita sampaikan. Sukar sekali bagi kita untuk menyalahkan diri kita sendiri ~ "Owhh, aku yang salah sebenarnya. tidak sampaikan mesej yang jelas dan terang" ~ sepatutnya begitulah, rendahkan sedikit ego kita untuk memelihara keharmonian. Tidak rugi sebenarnya, malahan kita lebih untung kerana kita mampu mendidik jiwa kita untuk menerima kesalahan sendiri dan mengakuinya. Mengaku salah bukan bermakna anda kalah - kene ingat tu :-) ;
  2. Jangan biarkan emosi menguasai diri kita ~ bila ada salah faham nie, mesti ada rasa marah kan? bila kita marah, emosi kita jadi tidak stabil dan dalam masa yang sama ego kita akan melonjak tinggi. Kita sahaja yang betul, orang lain yang salah...betul tak? Bila kita berada di dalam keadaan yang marah, geram dsb, salah faham akan menjadi lebih salah. "owhh, kau la yang salah", mulalah kita mencari evidence nak buktikan kawan kita tu salah. disebabkan kita nak menang, bersusah payah kita mencari bukit...masa tu kan tengah geram dan marah. Bila dah jumpa bukti, maka ditunjukkanlah pada kawan kita itu, "haaaa, kan betul aku cakap.Engkau la yang salah.". Yang nie kalau dapat kawan yang memang tak boleh kalah, akan menyebabkan pergaduhan yang besar dan boleh menyebabkan terputusnya silaturrahim. Cuba kira berapa banyak dosa dah kita buat disebabkan kegagalan mengawal emosi dan ego kita itu??? Yang pertama (a) dosa marah, yang kedua (b) dosa memutuskan silaturrahim, yang ketiga (c) dosa berkata-kata yang tidak baik,...mungkin banyak lagi dosa-dosa yang kita lakukan tanpa sedar bila masa kita tidak dapat mengawal emosi kita itu;
  3. Cepat-cepat minta maaf walaupun anda tidak bersalah, kerana tidak semestinya anda kalah. Toleransi di dalam komunikasi itu sangatlah penting, lebih-lebih lagi bila anda menghadapi situasi sukar dengan keluarga, teman-teman rapat anda kerana mereka lebih sensitif daripada kawan-kawan anda yang lain. Selalunya yang rapat dengan anda akan cepat terasa. Tak percaya??? Kalau nak mencuba boleh sahaja tetapi risiko jangka pendek atau jangka panjangnya itu anda perlu tanggung sendiri :-)
  4. Tolak Ansur - yup, yang ini elemen yang penting. Tolak ansur.  Anda dah tahu perangai sahabat/kawan/keluarga anda yang panas baran, yang memang nak sentiasa menang dan sentiasa betul, anda perlu berundur sedikit untuk melegakan dan meregangkan keadaan. Dalam keadaan ini, sabar memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keharmonian. Walaupun kadang-kadang kita geram nak menjawab, kene sentiasa ingat, bahawa kegeraman dan kemarahan kita itu tidak membawa natijah yang lebih baik, malahan secara tidak sedar, natijahnya akan menjadi lebih buruk lagi.
Peringatan ini untuk diri jua - selalu kene peringat diri sendiri bila berhadapan dengan situasi di mana orang yang berada di hadapan kita ingin sentiasa menang walaupun sebenarnya mereka salah atau kurang betul.  Semoga Allah S.W.T akan sentiasa meningkatkan kesabaran saya dan juga anda semua. Aaamin.


“To effectively communicate, we must realize that we are all different in the way we perceive the world and use this understanding as a guide to our communication with others.” ~ Anthony Robbins
Allahu Ta'ala A'lam.

No comments: