03 April 2012

Kepelbagaian dalam pelaburan dan simpanan

Kepelbagaian( diversification) adalah satu teknik yang dapat mengurangkan risiko dengan memperuntukkan pelaburan di dalam pelbagai portfolio dan kategori.

Bagaimana cara yang mudah untuk mengurangkan risiko dan dalam masa yang sama memaksimakan keuntungan pelaburan anda. Bagi saya, ianya bergantung kepada anda sendiri, perspektif dan keberanian anda mengambil risiko. Di dalam kewangan, semakin berisiko pelaburan anda, semakin tinggi peluang untuk anda mendapatkan untung maksima. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pelaburan anda itu wajiblah mengikut syari'ah dan halal. Hidup dengan wang haram, tidak akan sekali-kali senang, malahan jiwa jadi kacau dan tidak tenang. Kene ingat tu :-)

Kenapa perlu untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan?
  1. untuk mengurangkan risiko kerugian
  2. walaupun tidak dapat memaksimakan keuntungan, tetapi anda masih akan untung
  3. bagi mencapai matlamat jangka pendek dan yang paling pentingnya, matlamat jangka panjang
Penting - anda perlu tahu, anda adalah pelabur yang bagaimana? Adakah anda seorang risk-taker atau sebaliknya. Adakah anda seorang Active investor atau sebaliknya. Yang ini anda lah yang boleh memberi jawapannya. Adakah anda seorang pelabur yang rajin atau sebaliknya.

Setelah anda mampu mengenal diri anda sendiri, barulah anda mampu untuk membuat pelaburan yang bijak. Tidak semua orang berjaya dengan pelaburan yang berisiko tinggi dan tidak pula semua orang akan berjaya dengan pelaburan yang aktif. Mungkin caranya sama tetapi methodnya berbeza, begitu juga dengan keberanian anda untuk membuat pelaburan.

Bagi passive investor - simpanan adalah cara yang paling tidak merugikan, tetapi anda akan dapati penambahan di dalam simpanan anda itu seperti kura-kura lambatnya. :-)

Bagi active investor pula - banyak cara untuk mencapai keuntungan yang maksima di dalam pelaburan. Antaranya:
  1. melabur di dalam Dinar dan Dirham
  2. melabur di dalam hartanah (real estates, housing)
  3. melabur di dalam Mutual Fund - bergantung kepada portfolio
  4. melabur di dalam saham, stocks dan bonds
  5. dan lain-lain
Pulangan tersebut akan pelbagai samada anda mendapatnya semerta atau dalam jangka masa panjang. Ianya terpulang kepada kebijaksanaan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu atau cetek ilmu di dalam pelaburan, belajarlah dan carilah ilmu tersebut. Sekiranya anda ingin menceburi pelaburan hartanah, carilah dan hadirilah seminar-seminar mengenai hartanah dan bagaimana anda membuat keuntungan dari pelaburan tersebut. Begitu juga dengan pelaburan-pelaburan yang lain.

Di dalam keghairahan untuk mencari peluang pelaburan dan memaksimakan keuntungan, tabungan anda juga perlu diambil perhatian. Anda perlu ada tabungan untuk kecemasan, jangka pendek dan jangka panjang, sekiranya anda mampu berbuat demikian.

Contoh: Tabung kecemasan tersebut boleh digunakan disaat-saat kecemasan. Tabung jangka pendek adalah seperti tabung pelancongan dan tabung jangka panjang anda itu boleh dibahagi-bahagikan mengikut portfolio keutamaan anda seperti yang dicadangkan di atas.

Contoh pengiraan:
Gaji anda = RM5000
Tabung Kecemasan = RM100 sebulan
Tabung Pelancongan = RM100 sebulan
Tabung Jangka Pendek = RM100 sebulan
Tabung Jangka Masa Panjang = RM700 sebulan

Jumlah tabungan anda sebulan adalah = RM1000.
Tabung jangka pendek itu mungkin boleh dimasukkan di dalam pelaburan Mutual Fund dan yang seumpamanya, begitu juga dengan tabung jangka panjang anda. Dengan pelaburan jangka pendek tersebut, akan memberi peluang kepada anda untuk membuat pelaburan jangka panjang.

"Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit"
"Mulakanlah dengan langkah yang perlahan, tetapi anda perlu teruskan berjalan. Selepas itu, anda akan berasa selesa untuk memulakan langkah anda dengan lebih besar dan cepat dan akhirnya anda berjaya menuju destinasi anda."~uark

Allahu Ta'ala A'lam

No comments: