Saya percaya saya hidup di tahun inflasi. Sebelum ini saya mampu untuk minum pagi dengan lauk yang sama dengan kadar RM3.50, semalam lauk yang sama telah naik kepada RM4.00.
Hari ini, lauk minum pagi saya sedikit ringan, dan sebelum ini harganya RM2.50, tetapi hari ini harganya RM3.50.
Itu belum lagi makan tengahari dan makan malam.
Saya bukan kedekut, saya hanya suka mengira dan mencongak. Ianya menjadikan saya peka dengan perubahan turun naik kos kehidupan kita dan sekaligus membolehkan kita membuat perancangan lebih awal di dalam menguruskan kewangan kita sendiri. Saya selalu berhadapan dengan situasi di mana bila sampai hujung bulan, selalu kedengaran keluhan-keluhan tidak cukup duit, bila la gaji nak masuk, takde duit nak makan, takde duit utk bayar itu ini...nahhh, selama ini, gaji bulanan pergi ke mana??? Adakah terlalu banyak hutang atau terlalu berlebih-lebihan di dalam berbelanja atau terlalu banyak komitment atau tidak pandai menguruskan kewangan?
Wallahua'lam...kita sendirilah yang perlu muhasabah diri kita. Tidak perlu marahkan orang lain, atau menyalahkan orang lain di atas pengeluaran duit gaji kita itu disebabkan nak kene bayar itu ini situ sini dan sinun.
Wallahua'lam...kita sendirilah yang perlu muhasabah diri kita. Tidak perlu marahkan orang lain, atau menyalahkan orang lain di atas pengeluaran duit gaji kita itu disebabkan nak kene bayar itu ini situ sini dan sinun.
Saya bukanlah orang kaya atau bijak pandai yang boleh memberi nasihat di dalam pengurusan kewangan. Saya hanya berkongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Kadang-kadang saya sendiri pun tergelincir di dalam berbelanja, nak itu, nak ini sedangkan benda atau barang tersebut tidak benar-benar diperlukan dan kadang-kadangpun hanya untuk memuaskan hati sendiri. Ada yang berkata, "Apa salahnya puaskan hati sendiri. Penat-penat kerja, kenela reward diri sendiri...". Ya...saya tidak nafikan, tetapi selepas itu, kita kene fikir, adakah dengan memuaskan hati sendiri dengan mengosongkan poket dan tabungan, kita akan dapat tidur lena? Saya pasti anda atau saya tidak akan dapat tidur lena dan berfikir-fikir bagaimana untuk membayar hutang-hutang yang semakin bertambah dan masa yang sama tabungan tidak bertambah-tambah.
Peringatan ini juga untuk diri saya, buat perancangan dan sentiasa berhati-hati. Syaitan akan sentiasa berusaha untuk menggagalkan usaha kita untuk membuat kebaikan dan menabung dan membuat pelaburan itu adalah salah satu kebaikan untuk diri kita sendiri..:-)
"Law of inflation: whatever goes up will go up some more."~Unknown Author
Definitely it's true. Whatever goes up will go up some more. Gaji naik barang-barang keperluan asas naik harga. Tetapi bukan semua orang naik gaji. Ada yang tidak pernah naik gaji atau jarang naik gaji dan mereka menghadapi kesukaran di dalam berbelanja kerana harga barang-barang keperluan asas telah naik.
Bersyukurlah bagi mereka yang bergaji besar dan mendapat kenaikan gaji. Syukur, Syukur, Syukur. Janganlah kita menjadi orang yang dzalim terhadap diri kita sendiri. Itu jugalah peringatan yang selalu saya ingatkan untuk diri saya sendiri.
Bagi yang kurang bernasib baik, Sabar,Sabar,Sabar dan teruskan berusaha...itulah yang sebaik-baiknya. Ganjarannya sangat besar bagi orang yang bersabar dan tawakkal setelah berusaha.
Wallahu Ta'ala A'lam.
No comments:
Post a Comment