25 March 2012

Sistem sampul

Saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan Sistem Sampul di dalam menguruskan perbelanjaan seharian.

Sistem sampul ini, saya dapati amat berkesan bagi yang kurang berdisiplin di dalam berbelanja. 
 
Setiap minggu akan ada sampul yang tersendiri. Contohnya, sekiranya ada 4 minggu, sediakan 4 sampul. Di dalam sampul tersebut, masukkan duit perbelanjaan mingguan yang telah dibajetkan bagi perbelanjaan seminggu termasuk sabtu dan ahad. Walaupun agak leceh kerana perlu menyediakan sampul mingguan tersebut, InsyaAllah saya percaya perbelanjaan mingguan anda akan dapat dikawal dengan syarat anda hanya menggunakan peruntukan bagi minggu tersebut sahaja dan perlu diingatkan sekiranya ada baki belanja bagi minggu tersebut, baki tersebut perlulah dimasukkan di dalam tabung simpanan. :-)

Contoh:
Gaji bersih anda = RM3000.00
Tolak (-)
Loan Rumah = RM600
Loan Kereta = RM500
dan semua komitmen tetap bulanan anda = RM400
Simpanan = RM400
Zakat = RM100

Baki Gaji = RM1000
Baki gaji tersebut bahagikan berapa minggu di dalam bulan tersebut contohnya 4 minggu
Maknanya RM1000 / 4 minggu = RM250.00 seminggu
Ini bermakna, seminggu anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM250.00 sahaja. Lebih baik bagi anda sekiranya perbelanjaan anda kurang dari RM250. Ini juga bermakna, simpanan anda akan bertambah kerana baki perbelanjaan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung simpanan anda dan bukannya dibawa ke minggu seterusnya :-)

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membeli sesuatu, berazamlah untuk mengurangkan perbelanjaan mingguan anda. Pelbagai cara boleh dilakukan samada dengan membawa bekal ke tempat kerja, berpuasa sambil menambahkan pahala sunat anda (perlu diingatkan niat berpuasa bukanlah kerana hendak berjimat atau hendak berdiet, tetapi adalah kerana Allah Ta'ala semata-mata) dan lebih baik sekiranya bagi yang Muslim, kita mengamalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis :-)

Samada gaji anda banyak atau sedikit, anda akan bermasalah besar sekiranya perbelanjaan anda melebihi pendapatan. Fikir-fikirkan dan selamat menabung :-)

He is rich or poor according to what he is, not according to what he has. ~Henry Ward Beecher

Allahu Ta'ala A'lam

No comments: