24 March 2012

Kewangan

Yang mana satu amalan kewangan kita?
  - 
Pendapatan - Simpanan = Belanja
Bila dapat gaji, kita simpan dahulu. Lepas tu baharulah kita gunakan baki gaji tersebut untuk belanjakan pada semua komitmen kita. Sekiranya masih ada berbaki...bermakna, perbelanjaan kita ditahap selamat. Baki tersebut boleh dimasukkan di dalam tabung simpanan.

atau
Pendapatan - Belanja = Simpanan
Bila dapat gaji, kita belanja dan gunakan untuk membayar semua komitmen bulanan kita. Setelah ada yang berbaki, baharulah kita masukkan di dalam tabung simpanan. Persoalannya, adakah masih ada baki bagi gaji bulanan kita? Sekiranya tiada atau perbelanjaan lebih dari gaji, maka kita harus sedar yang kita berada di tahap yang bahaya.

Sekiranya setiap bulan, simpanan kita semakin berkurangan kerana digunakan untuk menampung komitmen kita, maka...kita perlu muhasabah diri dan muhasabah perbelanjaan bulanan kita. Mana-mana perbelanjaan yang tidak relevan, wajiblah disingkirkan. Kurangkan perbelanjaan untuk leisure atau bersuka-suka, kurangkan perbelanjaan yang tidak tetap seperti makan minum dengan membawa bekal dari rumah seboleh-bolehnya pada setiap hari bekerja, mengurangkan perbelanjaan dipanggung wayang dan pusat membeli belah dengan mengelakkan untuk selalu berkunjung di tempat tersebut, mengelakkan diri dari terlalu obses kepada perkataan SALE dan sebagainya. Permulaannya memang sakit...tapi kita perlulah sedar selama ini kita telah lama bersenang lenang di dalam hutang. Apa salahnya kita berkorban untuk berpisah dengan hutang dan sekaligus mengurangkan beban bulanan kita dan mempositifkan tabung simpanan kita...:-)

Semakin tinggi dan besar pendapatan seseorang itu, seharusnya dan logiknya...semakin banyak duit yang boleh dimasukkan di dalam tabung. Tetapi selalunya, bila pendapatan kita semakin tinggi, kita semakin ghairah untuk menambahkan bad debt kita (dari kereta kecil kepada kereta besar, dari pakaian biasa kepada pakaian branded dan sebagainya) dan tabung simpanan kita masih juga berada di tahap yang sama. 

Satu lagi yang perlu dilakukan sekiranya pendapatan kita semakin meningkat adalah dengan menambahkan asset kita samada rumah, tanah, emas, perak dan sebagainya. Ini di dalam perkara-perkara duniawi. Dalam perkara ukhrawi sebenarnya kita perlu meningkatkan saham kita dengan sedeqah, wakaf, dan sebagainya. Sudah tentu nanti saham akhirat lebih tinggi nilainya dari saham dunia yang kita ada.

Fikir-fikirkan dan selamat menyimpan :-)
It's good to have money and the things that money can buy, but it's good, too, to check up once in a while and make sure that you haven't lost the things that money can't buy.  ~George Horace Lorimer 
Allahu Ta'ala A'lam

No comments: