Judul: Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
ISBN: 978-967-5118-15-9
Harga: RM20.00
Sinopsis Belakang Buku:
JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.
Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti! Kini ibu tiada lagi untuk bercerita.
Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?
Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.
Inilah kisah pencarian...
Pencarian diri seorang Akira Muhammad (Akira) di dalam mengertikan sebuah kehidupan, memilih jalan lurus yang perlu ditempuhi, mencapai sesuatu yang manis dengan penuh ranjau...
Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini. Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi. Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.
No comments:
Post a Comment