U: Assalam ya ukhti
I: Wa'alaikumusssalam
U: Apa khabar?
I: Alhamdulillah sihat ya akhi
U: ana nak tanya boleh?
I: nak tanya ape tu, boleh je dipersilakan
U: Anti dah ade kawan ke?
I: kawan apa ya?kawan memang ramai...(lurus nyer soalan)
U: ana ade nak kenalkan kawan pada anti
I: Bujang lagi ke
U: Duda kematian isteri
I: So...nak recommend dengan ana ke?
U: Yup...hehehe
I: Bila isterinya meninggal?
U: 2 tahun lepas
I: Ada anak?
U: Ada...3 orang
I: Kerja kat mana?
U: Ada firma sendiri
I: Ooooo. Dia tak cari sendiri ke? kot ada berkenan kat mana-mana? Siapa yang jaga anak dia?
U: Ana ada jugak nak rekomenkan dengan anak-anak usrah, tapi muda sangat. Lagipun jauh. Tu yang ana teringat kat anti, dekat kl sana. Dia pun tak pandai nak cari sendiri dan mungkin juga sibuk.
I: Kalau orang baik macam anta rekomenkan, InsyaAllah baiklah nanti. Ingatkan nak rekomenkan yang bujang.
U: hehehe, ada jugak yang bujang macam...(disebutkan nama-nama yang dikenali). Nanti ana tengok-tengokkan
I: Ana tak ada masalah, cumanya anta perlu tahu kondisi ana yang serba serbi tidak sempurna ini. (maka berceritalah dengan matchmaker mengenai kondisi tersebut)
U: InsyaAllah, kalau begitu ana sampaikan. Bagi ana yang penting bukan luarannya...
I: Tapi kebanyakan manusia memang akan memandang luaran terlebih dahulu sebelum melihat yang di dalam hatinya. Manusia kebanyakannya memilih yang sempurna walhal diri sendiri tak sesempurna mana fizikalnya. Manusia juga lebih cenderung melihat apa yang cantik di mata dan sedap mata memandangnya. Baharulah selepas itu melihat hatinya yang bagaimana. Mungkin juga anta boleh merujuk cara bagaimana Saidina Umar Al-Khattab r.a mengenal seseorang itu dan contoh tentang perihal "kenal" yang mungkin dapat dijadikan panduan (lihat dalam bab sebelumnya)
U: InsyaAllah, kalau tujuan nya berpaksikan untuk akhirat, yang penting agamanya
I: InsyaAllah, dan ana tidak berharap apa-apa di atas perbualan ini. Sekiranya tiada jodoh di dunia, ana berharap Allah sediakan ana jodoh di syurga nanti...:-)
U: InsyaAllah :-) Assalamu'alaikum. Kalau ada berita susulan, ana akan hubungi anti nanti.
I: Wa'alaikumussalam
No comments:
Post a Comment